Makan2.

Biasa nya saya kalau balik kampong ni mesti ada misi. Misi untuk makan apa2 jenis makanan yang tentu nya tak dapat di makan di Keningau atau di KK. Jadi agenda makan2 ni memang agenda wajib lah. Tak kira la makan kat luar ke…kat rumah ke…sorang2 ke..ramai2 ker…

Kalau balik Kelate it is mandatory untuk pekena nasi belauk for breakfast. Mesti! Tidak dapat tidak bak orang Arab kata. So kalau dah ramai2 ada kat rumah my mom tu….anak2 cucu2 semua balik seolah2 macam dah set2 ikut turn dah…pagi ni sapa beli brekfes…besok sapa plak yang beli . Bergilir beli brekfes yer kawan2…bukan bergilir buat brekfes. Hehehe. Kalau pegi ke Pasar Kubang Pasu tu….semua ada. Nasi Belauk, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Kuning, Laksam Laksa, Mee goreng lah…mihun lah…satay pon ada…kuih muih toksah cerita laaa…..macam2 jenis macam2 kaler ada. Memang meriah. Saya rasa la...di Kelate je kot macam ni. Bukan apa…hari tu saya ada la pegi ke pasar di Pandamaran, Klang ni. Pegi pagi2 sebab nak beli ikan fresh…so ada la beberapa orang yang jual kuih2 serta menu2 untuk sarapan. Boleh kata semua nya jual Nasi Lemak…pastu kuih muih pulak ada la dalam 4,5 jenis paling banyak pon. Kuih wajib ada ialah karipap, donat, ketayap. Jadi kesimpulan yang boleh saya cakap…memang tokleh lawan kat Kelate lah….especially kat Pasar Kubang Pasu.

Family saya ni family besar. Baru berkumpul adik beradik pon dah macam kenduri dah. Kami ni pulak suka sangat wat makan2…bukan apa. Nak ramai2 je sebenarnyer. Pastu menu untuk makan2 ni pulak tak semestinya menu yang gempak2 ada kambing golek sekor ke……simple2 macam makan Nasi Lemak atau mee goreng untuk brekfes pon boleh. Janji dapat makan ramai2, kumpul adik beradik, sepupu sepapat, pakcik and makcik.

Macam lepas kenduri hari tu kami pegi PCB, lepak2…makan ccolek…satay ikan…minum air nyior….

Pastu Moksu Mah plak panggil menantu (budaya orang Kelantan ni kalau ada pengantin baru nanti sedara mara akan panggil pengantin baru tu makan2 kat rumah sambil nak berkenalan dengan menantu baru….) konon je panggil menantu tapi semua pegi…ahahaha.

Lepas tu Ayah Ziz plak panggil makan2…buat Nasi Beriani ke hari tu ? tak ingat dah…eheheh….

Kadang2 kita wat BBQ…bakar ayam…sosej ke…goreng mee….makan selerak…kat bawah rumah…atas pangkin…atas tikar….pastu bergosip….ehehe.

Tapi yang pasti tiap2 tahun mesti pegi makan besar kat restoran. Biasa nya makan kat Four Seasons atau pon kat New Horizon. Booking la 3 meja besar..makan ramai2…bayar ramai2. Tapi tahun ni ada pengantin baru belanja. Alhamdulillah….

My cousin Adrina pon sempat jugak ajak saya makan2 kat rumah dia. Dia ajak adik2 dia sekali untuk meramaikan majlis. Lagi pon the more the merrier kan ? Apa lagi kalau kami semua dah berjumper harus la kena bergossip2. Owh best nyer lah.


makan ccolek at PCB


makan Ayam Penyet at Bangi


Makan separuh besar (sebab tak cukup korum) at Four Seasons, KB.


Makan pinggan besar, lauk besar Beriani Peha Kambing at Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam


berkelah at rumah Che Jie at Wakaf Bahru.

Sesi balik kampong 2011 untuk saya dan keluarga pon dah sampai ke penghujungnya dah. Misi untuk makan itu ini boleh di katakan tercapai. Kali ni la paling lama kami balik…dari 5/11 sampai 30/12. Hamek ko…dekat 2 bulan. Buah2 pon dapat makan dengan puas,hehehe.

InsyaAllah…tahun depan ..kalau ada di panjang kan umur, di murahkan rezeki kami akan balik lagi…… J

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!