Dari Dapur Janna : Spaghetti Bolognese

Masa saya update resepi udang butter telur masin baru2 ni sebenarnya saya ada berhutang satu lagi resepi  iaitu resepi Spaghetti Bolognese.

Malu nak share sebenarnya sebab resepi yang mak guna ni biasa2 je, Lagi pon mak guna instant spaghetti sos je pon, Haha, Tapi untuk tidak menghampakan permintaan sahabat saya ni saya share la jugak,





Spaghetti Bolognese My STyle

Bahan2:

1/2 packet Spaghetti ( ikut instruction pada packaging dan masak  hingga ala dente, maksudnya biar dia masih ada rasa kenyal2 gitu, Jangan masak sangat nanti spaghetti mudah hancur and patah2)

* pastikan anda masukkan garam ke dalam air rebusan tu ya. Generous.


Bahan2 Sos :

2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar holland
( cincang kasar )

3 sudu besar minyak zaitun ( minyak biasa pon boleh)

3 hingga 4 batang lobak merah ( di dadu kecil2)
2 biji tomato ( di dadu kecil2)

400g daging cincang ( ayam or daging pon boleh, tapi mak suka daging)
2 botol sos spaghetti jenama Kimball ( mak suka jenama ni sebab murah, dan sedap)

satu sudu kecil oregano kering
4 sudu besar parmesan cheese

garam secukup rasa.

air.


CAra2 :

- panaskan minyak zaitun di dalam kuali kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- setelah itu masukkan lobak merah dan tomato yang sudah di dadu kecil2. Kacau rata . Masukkan sedikit air sehingga semuanya tenggelam , kecilkan api , tutup kuali dan biarkan sehingga lobak merah lembut ( kira2 15 minit)

- Bila lobak merah dah lembut, masukkan daging cincang. Kacau hingga daging berubah warna menjadi pucat. Masukkan pula sos spaghetti dan satu botol air ( guna botol spaghetti tadi untuk sukat). Kacau2 lagi dan biarkan ia mendidih dan kuah nya pekat sikit.

- Sekarang masukkan oregano, garam dan parmesan cheese. Kacau2 sekejap dan lepas tu boleh la di hidang dengan Spaghetti.


* selain daging cincang anda juga boleh guna sosej cocktail yang kecik2 tu pon sedap.
** selain di makan dengan spaghetti sos ni boleh juga kita guna  untuk buat lasagna.

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak