Soalan Jawab Masak2 : Bolehke masak nasi arab dalam rice cooker ?

Assalamualaikum....saya baru perasan ada yang bertanya di ruang komen soalan pasal nak masak Nasi Arab. Kepada yang bertanya saya minta maaf sebab lambat respon. Sebab saya ni jarang2 dapat meluang masa mengadap laptop. Jadi saya nak jawab la kat sini. Senang skit jawab begini supaya kawan2 yang lain pon dapat baca dah dapat tahu. Soalannya macam di bawah.

"Salam...bru trjumpa resepi ni. Nk tnye sikit..saya nk guna rice cooker bole tk sbb tk pndai masak nasi guna periok biase. Air stok ayam/kambing tu nk tunggu bg sejuk dulu ka bru masak nasi? Sukatan 1.1 air beras tu mcm mna saya kurang fhm maaf lah. Hrp dpt bntu sbb bru nk bljr masak nasi arab wlwpn dh tringin lama. Terimaksih."

Untuk pengetahuan saudari/puan yang bertanya ni...saya memang masak nasi arab guna rice cooker. Biasanya kambing or ayam tu saya rebus pon dalam rice cooker . Sebab nya saya tak suka nak guna periuk banyak2 nanti banyak jugak la periuk2 yang saya kena cuci. Hehe. Lagi satu kalau masak dalam rice cooker ni senang tak payah nak risau pasal gas habis ke. Style saya buat macam ni...saya rebus dulu ayam or kambing dalam rice cooker. Pastu bila ayam kambing dah empuk, saya keluarkan stoknya dan masukkan dalam bekas lain. Pastu saya masukkan beras basmathi yang saya dah sukat , cuci ,rendam dan tos kan ke dalam periuk. Pastu saya masukkan la pula stok tu.. dan masaklah nasik macam biasa.

Sukatan 1.1 air stok kira senang macam ni lah. 1 sukatan beras untuk 1 sukatan stok (air rebusan ayam/kambing)...tapi lebihkan skit sukatan stok. Haa..faham tak...gini lah....kalau la kata beras tu kita sukat 5 pot...maka sukatan untuk air rebusan untuk kita tanak nasi tu kita bubuh 6 pot. Haa...lebih kan 1 pot gitu.

Air stok kambing tu tak perlu kita tunggu sejuk pon tak apa. Sebab nanti kita nak masak nasi pon kena panaskan jugak kan? Kalau dah sejuk pon tak apa juga. Mana2 pon tak boleh.  

OK tak ? Harap2 saudari yang bertanya tu paham la yer.....Orait ! Kalau ada sapa2 nak tanya lagi boleh la bertanya pada saya di ruang komen ni..atau pon di FB saya ya !

Comments

pengemis tua said…
tumpang iklan ya...
mana satu pilihan anda??
pilihan A-topup rmxx tiap bulan dpt :
1. call
2. sms
3. internet...

pilihan B-topup rmxx tiap bulan dapat:
1. call
2. sms
3. internet
4. topup rm30 dpt extra rm10, topup rm50 dpt extra rm20
5. dpt cash back 3%
6. dpt mata ganjaran terkumpul (tiada expiry date)utk tebus tiket airasia, hp,
tablet, jam, tiket wayang dll
7. dpt 30% diskaun tune hotel
8. dpt perlindungan insuran kemalangan 100k percuma
9. kawan join kita dpt bonus $$$..
10. kawan topup kita dpt $$$..
11. insentif pakej UMRAH dan percutian
12. cabutan bertuah..mingguan, bulanan dan tahunan..

mana satu pilihan anda???
ingin penerangan lanjut...whatsup/telegram 0198577684

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!