Dari Dapur Janna : Resepi Begedil

Sebenarnya saya baru teringat..rasa nya macam ada orang pernah mintak resepi begedil denga saya tak silap dan saya dah berjanji yang saya akan update resepi di blog. Maaf lah kepada yang meminta resepi tu yer sebab lambat update di blog. So mari la kita tengok resepi dan cara2 macam mana nak buat begedil. Senang je .....








Begedil

Bahan2:

500g kentang ( dikupas kulit, di potong wedges, dan di goreng hingga empuk)
2 keping daging burger, di goreng.
daun bawang ,di hiris.
daun sup , di hiris.
2 sudu besar bawang goreng
garam dan lada sulah secukup rasa.
Sebiji telur ( utk menyalut begedil)

Cara2:

- tumbuk kentang dan daging burger hingga lumat dan hancur.
- kemudian satukan semua bahan2 di dalam mangkuk.
- gaul2 hingga sebati dan rata.
- selepas itu bulat2 kan sebesar bola pingpong.
-Bulatkan sehingga habis.

- kemudian panaskan minyak untuk menggoreng.
- pecah kan sebiji telur di dalam mangkuk dan kacau2 agar telur kuning dan putih bercampur.
- celup sebiji begedil yang sudah di bulatkan ke dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas.
goreng sehingga begedil nampak garing , angkat dan toskan minyak.
- ulang sehingga semua bebola begedil habis.
- Siap !


Begedil sedap di makan bersama soto, atau juga dengan lauk2 lain.

Selamat mencuba !


p/s : Selain burger daging, boleh juga kita guna daging lembu kisar atau daging ayam kisar.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik