Fettucini Alfredo


Baru2 ni saya buat fettucini carbornara pastu saya letak la gambar kat Facebook...ater, ramai la pulak yang mintak resepi...hehehe. Resepi tu saya main ejas sendiri je...ikut selera saya ...tapi untuk tidak menghampakan kawan2 yang request so saya letak la resepi nya kat sini...senang, sapa2 pon boleh refer.

Cuma...saya ada pembetulan la nak buat....setelah saya google sana sini dan merujuk beberapa resepi rupa2 nya nama resepi yang saya guna tu salah....bukan Carbonara....tap Alfredo ( white sauce), sebab nya kalau Carbonara ada letak telur...and tak letak cream. So nama sebenar resepi yang saya buat tu adalah Fettucini Alfredo lah....hehehehe...





Fettucini Alfredo 

Bahan2 :

- 3/4 packet Fettucini , tapi kalau nak guna pasta jenis lain pon boleh macam spaghetti, penne atau pon shells. (cukup utk 4 orang dewasa makan)

- rebus pasta mengikut arahan di packet nya . Rebus hingga pasta masak al dente, iaitu lembut tetapi masih terasa kenyal2 bila di gigit, do not over cooked , nanti pasta bonyok, mudah patah and tak berapa sedap






Untuk sos alfredo :

- sebiji bawang besar di cincang
-3 ulas bawang putih, di cincang
- 3 sudu besar mintak zaitun (saya guna extra virgin)
- 4 keping meatloaf ( di potong2)
- sedikit air
- 1 cawan susu segar
- 1 peket serbuk krim cendawan
- 1 tin cream Nestle
- garam, serbuk lada sulah secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
- keju parmesan


Bahan2


Cara2 :

- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Kemudian masukkan meatloaf dan sedikit air.








- tuang kan pula susu segar, serbuk krim cendawan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.



tuangkan susu segar



- setelah itu masukkan kan krim dan kacau rata. Kecilkan api dan biarkan sos merenih sambil mengacau sekali sekala supaya krim tidak berkerak.




masukkan krim




- Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah di bancuh dengan sedikit air. Kacau2 hingga nampak sos sedikit pekat dan selepas itu masukkan keju parmesan kira2 2 sudu besar.Kemudian tutup api dan boleh di hidang bersama pasta.



Gambar atas : masukkan tepung jagung. Gambar bawah : Masukkan parmesan Cheese






Cara menghidang :

- sebaik2nya fettucini di gaul terus berasama sos, kemudian barulah di hidangkan di dalam pinggan. Taburkan lagi sedikit parmesan cheese dan kalau suka tuang kan sedikit minyak zaitun. Makan la semasa masih panas2.

Selamat mencuba ya !


* Meatloaf boleh dijuga di ganti dengan sosej atau pon isi ayam. Meatloaf boleh di beli di pasaraya berdekatan anda di bahagian sejuk beku.
* Keju parmesan adalah penting dalam setiap masakan Italy. Wajib ada ! Hehe. Boleh beli di pasaraya terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik