Dari Dapur Janna : Ikan Kukus Limau

Ok lah...sementara tengah rajin mengupdate blog ni elok la saya update resepi Ikan Kukus Limau yang telah di minta oleh peminat2 saya...ahahaha. Perasannya lah. Ikan kukus ni senang je nak buat. Pastu yang best tu plak boleh sediakan awal2. Buh *awah2 dia semua...simpan kat peti ais. Pastu bila nak makan tinggal kukus je lagi. Senang kan ?  Cuma kalau nak kukus ikan ni kena pastikan ikan tu betul2 fresh lah. Kalau dah tak berapa fresh memang mudah je kita detect bila makan .

Ikan yang sesuai untuk di kukus plak biasa nya ikan Siakap lah...ikan merah pon sedap, ikan jenahak....ikan kerapu pon sedap. Cuma kalau nak guna ikan kerapu kena make sure semua sisik2 nya dah di bersihkan. Bukan apa...sisik ikan kerapu ni halus2....jadi kalau tak bersihkan betul2...pastu kita kukus....memang akan terasa2 la sisik tu bila makan....sangat lah menganggu. Tapi kalau kerapu tu di goreng garing2 tak per....jadik sedap la plak sisik2 tu.

Ok lah...kita tak payah cerita panjang mari kita teruskan dengan resepi kita ya...






IKAN KUKUS LIMAU

Bahan2 :

-Seekor ikan jenahak/siakap/ kerapu/merah ( berat kira2 500g -1kg)
ikan ni di siang bersih2, dan di kelar, pastu kalau boleh tak payah potong, biar sekor2 gitu....

- 5 ulas bawang putih ,dicincang
-5- 7 biji cili padi , di hiris . ( Kalau suka pedas boleh tambah, kalau tak suker boleh kurangkan)
-3 biji limau nipis ( di ambil jusnya)
- 1 sudu besar sos ikan
- sedikit kicap manis
-1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1/2 cawan air

(campurkan semua bahan2 di atas di dalam mangkuk).

-1 biji tomato  ,di potong dadu
- 2,3 tangkai daun ketumbar di hiris halus.


Cara2:

- sediakan ikan di dalam pinggan yang panjang. Muat2 untuk seekor ikan. Dan pastikan muat juga dengan pengukus anda nanti ya....hehehe. Kang nanti bila nak kukus tak muat la pulak...satu keje dah kat situ.

- kemudian tuang lah campuran bawang putih, cili padi dan semua2 tadi tu la....ke atas ikan. Tuang la juga kat bahagian dalam ikan...biar rata gitu.

- Pastu bubuh la pulak tomato yang di potong dadu.

- OK ...bila dah bubuh semua bahan2 tu..kalau nak makan boleh terus kukus, tapi kalau kata nak makan untuk lunch ke...atau dinner ke...boleh simpan dulu kat peti ais. Bila nak makan baru kukus...so sedap la makan ikan fresh...panas2 baru kuar dari pengukus. Contoh kalau macam kata uols keja la kan...Malam tu sebelum tido atau pon pagi2 sebelum gi keje tu siap kan ikan ni awal2 dgn bahan2 ni semua..pastu simpan dulu kat peti ais. Balik keje kang , panaskan air dalam kukusan...pastu kukus...sementara tunggu ikan masak kita boleh solat ker...mandi ke...siapkan anak ke....masak lauk lain ke...ok tak ?

- Bila nak kukus ni...pastikan air kukusan dah menggelegak....api, tak payah besar sangat, sederhana je. Kalau ikan tu besar dalam 1kg, kukus la dalam 20-25 minit....kalau ikan tu kecik skit...15 minit pon dah cukup dah.

- Bila nampak ikan tu dah masak, barulah di tabur daun ketumbar..., tutup piuk dan matikan api.

- Pastu senduk2 la nasi buh dalam pinggan sedia...pastu boleh angkat ikan letak kat tengah2 meja..untuk di santap.

- Ok tak ? Rasa2 susah tak ? Tak la susah sangat kan? Anak saya yang sulung pon reti dah buat Ikan Kukus Limau ni. Hehehe...


Ada orang penah tanya saya..tak letak serai ke...halia ke nak bagi hilang hanyir ikan....well, saya kalau kukus limat memang tak letak dah...sebab nya rasa limau yang masam2 tu dah cukup untuk hilang kan bau2 ikan.....tapi kan, kalau kita guna ikan fresh...mana ada hanyir pon. Kan ?

So sila la cuba ya ?

* awah2 = bahan2

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak