Dari Dapur Janna : Kari Kambing

Saya masih lagi ada terhutang beberapa resepi dengan orang2 yang request resepi dengan saya. Maaf lah ye kepada yang mintak sebab lambat bagi resepi. Saya ni kalau nak mengarang di blog, memang amek masa skit.

OK lah...sekarang ni saya nak kongsi resepi Kari Kambing. Saya tak ingat sangat dah sapa yang mintak tapi tak apa...bila dah update di blog ni sapa2 pon boleh cuba...boleh amek resepi ni. Resepi Kari kambing ni lebih kurang je macam resepi kari ayam or daging. Tapi tak apa , kita tulis je kat sini , kang besok2 anak2 saya nak refer pon senang. Hehehe.


So ini lah resepi nya ya....







KARI KAMBING

Bahan2:

- 1kg daging kambing , di potong dadu kasar.( saya beli daging kambing frozen yg org buat lamb chop tu, sbb kat Keningau ni tader orang jual fresh mutton)

- 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 5 ,6 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga ,2, kuntum bunga lawang)
- 5 sudu besar minyak utk menumis

- 1biji bawang bombay di hiris
  5 ulas bawang merah di tumbuk
  2 ulas bawang putih, di tumbuk.
  1 inci halia, di ketuk.
  3 sudu besar rempah kari daging ( apa2 jenama pon boleh)


1 keping asam keping
1 cawan santan pekat ( saya guna 1 kotak santan segera )
4 cawan air ( actually, ni agak2 je, kalau nak kuah byk, lebih kan.)
2 sudu besar yogurt
2 @ 3 biji kentang ( di dadu) - tengok saiz kentang la jugak.
garam dan gula secukup rasa.
serbuk pati ayam ,jika suka.


Cara2:

- panas kan minyak...bila dah panas, tumis 4 sekawan biar wangi. kejap je.
- lepas tu masukkan bawang bombay yang di hiris., bawang merah + bawang putih yang di tumbuk. Tumis hingga wangi dan bawang nampak layu . Api jgn besar sgt.

- lepas tu masukkan rempah kari yang dah di campur dengan sedikit air.  Tumis lagi sampai rempah garing dan pecah minyak.

- lepas tu masukkan la daging kambing, campur air ....kacau2 biar rata. Masuk lagi asam keping dan halia. Pastu tutup periuk, kecikkan api dan biar kan sehingga daging kambing empuk. Petua mak saya...kalau nak bagi daging cepat empuk, masukkan 1 sudu besi bersama2 dengan daging tu. Kalau byk sangat masak , letak la 2 batang ke sudu...

- bila daging dah separuh empuk baru kita masukkan kentang. Pastu kita biar lagi biar daging dan kentang betul2 empuk.

- Macam mana nak tahu daging dah empuk ? Macam mana lagi caranya...kena rasa sendiri lah. Cuba siat daging tu guna sudu ke...kalau elok dan senang je di siat, dah empuk la tu....

- bila daging dah empuk, kentang pon dah lembut...kita masukkan pulak santan dan juga yogurt.
- kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak...
- kemudian masukkan lah pulak garam, gula, dan juga serbuk pati ayam ( jika suka la). Pastu rasakan dulu....kalau semua rasa dah cukup, maka siaplah kari kambing kita !


Kari kambing ni selalunya kalau saya buat untuk makan dengan nasi briyani. Kalau malas nak buat nasi briyani makan dengan nasi putih je pon dah sedap jugak ! Atau pon nak cicah dengan chapatti ke...atau roti Naan ke....roti canai pon boleh . Kadang2 saya sengaja buat kari kambing ni banyak2 skit...sebab kalau ada kuah lebih nanti saya akan kiraikan roti jala buat cicah dgn kuah nya. Mals nak kirai roti jala..cicah dengan roti sandwich pon boleh !

OK, itu lah resepi kari kambing. Kepada kawan2 yang nak cuba boleh la cuba.....

Comments

Aina said…
kebetulan ada stok mutton dlm peti :D. beli sempena nak gst kononnya. nak buat masak kari lah juga...

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik