Mode Wakil Rakyat.

Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) .  Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan.

Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni  Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah.



Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, ada lorong kecemasan, jalan raya nya rata dan pemanduan pon smooth je serta lengkap dengan lampu jalan raya di kiri kanan jalan malah papan tanda jalan raya juga lengkap...maka kita tahu lah bahawa kita sedang memandu di jalan raya kawasan pedalaman Brunei Darussalam .


Ni di Bandar Lawas...of course ada lampu jalan.





Cuba teka ni jalan Malaysia ke Brunei ? Hehehe...






Yang ni plak ? Anda nampak tak lampu jalan ? Ni kawasan kampung ni, belom masuk BSB, jauh lagi dari BSB.





Kenapa saya mention Pedalaman di sini ? Sebab saya nak bandingkan jalan raya di pedalaman Sabah/Sarawak dengan pedalaman Brunei.  Yela...kalau di bandar2 utama di Malaysia jalan raya memang okay je...lampu jalan banyak..malah tiang lampu pon siap yang berukir2 lagi tu.....tapi asal masuk je jalan kampung...terus jalan jadi kecik, berlubang2 dan paling sadis lampu jalan tak ada. Jadi kalau drive malam2 memang bahaya. Mungkin juga pihak berkuasa tempatan fikir orang kampung atau orang2 di Pedalaman tidak memerlukan jalan raya yang sempurna....tak perlukan lampu jalan...hanya orang di bandar saja yang perlukan kemudahan tu semua. Ini la namanya pembangunan tidak sekata.



Ni jalan Papar lama kalau drive malam2. Can you see anything ?Papar ni tak jauh pon dengan KK,rasanya 30 minit drive je dengan KK.






 Jalan raya yang tidak sempurna, berlubang2 serta tiada pula lampu jalan boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mencetuskan kemalangan. Kalau pon tak boleh nak sediakan lampu jalan setiap 100m, letak la lampu jalan setiap kilometer pon ok dah juga, atau pon di simpang2. Mungkin juga pihak kerajaan fikir dengan tidak memasang lampu jalan raya, serta jalan raya yang tidak diturap sempurna maka pemandu kenderaan akan lebih berhati2 ketika memandu. Owh, mungkin juga kami patut drive pada kelajuan 40km/j sahaja.

Hahaha.

Kemudahan jalan raya yang sempurna yang lengkap dengan lampu jalan adalah kemudahan asas. Kemudahan asas yang patut disediakan di semua tempat, tanpa mengira sama ada  di bandar, di kampung2 mahupun di kawasan pedalaman.

Saya akui kalau nak dibandingkan Bandar Seri Begawan dengan Kuala Lumpur memang jauh beza nya. BSB kecik je....2 kali round dah habis dah pusing satu BSB. Jalan pon tak banyak flyover tapi tak apa...yang penting diturap sempurna ! Kami ke Miri dari BSB ikut highway . It took us 2 hours to reach Miri from BSB. Highway nya pon bagus. Owh..macam highway di Malaysia juga laa...CUMA....highway di Brunei TAK ADA TOL. Yup. Nada. Ehh...ada la tol. Satu je, tu pon dah nak habis highway and nak masuk Miri dah...satu tu jelah tol pon.

Saya berharap sangat supaya saya dapat travel ikut jalan darat ke Thailand pula. Nak tengok lah macam nama keadaan jalan raya di sana.

And Owh, anda patut cuba memandu di jalan Ranau- Telupid- Sandakan, lagi best ! Jalan raya berlubang2, jalan raya macam berparit jadi nya, serta tiada lampu jalan ! Memang terbaik !

Hehehe.


Comments

mmg sedih la kualiti jln raya d sabah...blm luar bandar...pegi la jln tuaran lama...inanam...mengatal tu..telipok...tuaran...jln raya mcm d lambung ombak kita driving...paling sakit hati...asyik2 la d korek...di tampal...bertompok2 sna cni. .bkn nya tmbh baik...tmbh hampeh...mmg kontrek jln raya d sabah ni. ..mkn duit...x sure d pantau ole dbkk or jkr...peruntukn kluar juta2....tp hasil nya...zero...
tsam_ismail said…
salam,

setuju dengan kak ja..saya ada pengalaman memandu di thailand. dari alor setar ke krabi dan balik ikut hatyai.jalan dia besarrrr,walaupun ada certain part yang rosak sebab tengah repair, lorong kcemasan pun ada walaupun jalan kampung je.

xada tol tapi ayah mertua cakap bangkok ke atas kot yang ada.

pemandu dia pun ada sivik la,kalau dia rsa dia perlahan (contohnya lori) dia akan signal ke kiri dan bergerak ke tepi sedikit so that kita boleh over take dia.

cuma masalah dengan penunngang motosikal la. sebab diorang keluar dari kampung sesuka hati,terkejut kita haha.and x pakai helemt sbb mmg bukan undang2 dia rsanya
tsam_ismail said…
nak tambah cewah haha..masa saya g sabah haritu,abg ipar bawa ke kundasang n kk dari tenom ikut laluan yang hutan2 gaung2 tu.siap xde tar lagi jalan tu.gaungg dia dalam masyaAllah.ya allah takut sgt saya ingt dah sesat haha.siap xboleh selisih lagi sebab muat satu kereta.pngalaman yang saya paling tak boleh lupa

government really should do something about this.kesian urang sabah.duit balak banyak tapi x dapat merasa

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!