This Is Why.....

Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar Sophea ke sekolah berasrama ( SBP or SMKA or MRSM) , rugi depa kata UPSR 5A tapi hantar sekolah harian biasa je.

Well, gini lah...bagi saya yang nak sekolah adalah anak saya. Yang nak belajar nanti pon dia , bukan saya. Jadi di mana pon anak saya nak bersekolah saya kena ambil kira perasaan dan pendapat dia. Memang sedap nak cakap kat orang ..." Owh...anak sulung saya belajar di MRSM...bla, bla ,bla..." tapi apalah maknanya pergi bersekolah berasrama tetapi anak tak gembira belajar di sana ? Saya pula tak suka paksa2 nih

Bagi saya kalau nak masuk asrama pon biarlah SBP ataupon MRSM , boarding school la kiranya. Kalau setakat sekolah biasa pastu suh anak dok asrama atas sebab nak suh berdikari...baik tak payah. Tu pendapat saya lah. Lain orang lain pendapatnya. Macam saya sendiri memang tak skolah asrama. I went to two selected schools juga masa secondary school dulu tapi saya tak dok asrama sebab rumah dekat je kan . Tapi sekolah yang saya attend tu walaupon bukan SBP or MRSM tapi bukan semua orang boleh masuk skolah tu . I went to Ma'ahad Muhammadi (P), Kota Bharu (MMP)...sebuah sekolah yang tidak pernah gagal dalam mencipta sejarah dalam melahirkan pelajar2 yang terpelajar dan insyaAllah masih mengutamakan Islam. Nak masuk result UPSR mesti bagus juga dan di samping itu mesti lulus ujian bertulis serta ujian lisan . My second school was SM Ismail Petra ( currently known as SMK Ismail Petra) juga salah satu sekolah harian terpilih di Kota Bharu. Kalau PMR kurang dari 5A kena tendang keluar dari SMIP.

Jadi in my doter's case saya menyerahkan sepenuhnya kepada Sophea untuk decide which school she wants to go. Buat masa sekarang ni dia bersekolah di SMK Keningau 2 . Tu memang feeder school untuk SK Pasir Puteh la....plus dekat je dengan rumah. Tapi saya ad jugak tanya dia kalau dia nak ke SMK Gunsanad 2 (G2)  sebab di G2 ada Kelas Rancangan Khas ( kelas untuk pelajar2 lepasan UPSR yang dpat 3A ke atas ) dia kata ok jer.

Saya ada juga tanya dia kalau dia memang nak pegi ke SBP or MRSM....pon jawb ok, tp saya tahu dia seboleh2nya tak mahu tinggal di asrama. Dah faham sangat dah dia tu. Tapi apa2 hal pon kami memng tanya dia dulu. Bukan apa....ada this one lady cakap kat saya dan suami...." hantar je anak pegi asrama...dia suka ke tak suka ke ,hantar je...lama2 ok laa..." . Well, saya tak suka dengan pendekatan macam tu...lagipon ni anak saya....bukan anak dia. Sebab nya anak dia memang dia hantar je dok asrama. Tak apalah...tu anak dia. Saya memang tak masuk campur.



p/s : lepas saya UPSR saya yang decide utk pergi ke MMP, so abah pon amek la borang masuk skolah tu, lepas SRP saya cakap kat abah nak tukar skolah pegi SMIP so abah ikutkan jugak...begitu jugak dengan my other siblings, Kakak di SM Kota Bharu, kak Ngoh di MMP juga, Kak Noor and Kak Lah di SM Puteri dan SMIP, Welloh di MML, Jie di SM Puteri, Siti di SMIP dan MRSM Kuantan, Ahlami di SMIP and Fatien di SM Penambang dan MRSM Kuala Terengganu. Abah tak pernah paksa kami adik beradik.....bagi abah, just do whatever we like, as long as it's good , not against Islam, abah will always support us.

Comments

fatienwm said…
betul tu.. abah just bagi suggestion jah.. serupo jgk nak pilih course nak blaja.. abah nak suruh sgt2 ambik medic dulu..tapi sy nk matematik...abah pon okay jah, tak paksa2 pon...huhu
effa zz said…
alamak...
aunty effa sudah ketinggalan...
Tahniah Sophea!
and good job mak! .. bagus tak paksa anak2. Alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!