7 Ramadhan 1438H

Hari ni sudah pon masuk 7 Ramadhan. Sekejap je dah seminggu. Cuti sekolah pon ada seminggu lah juga lagi.

Persiapan hari raya saya...well, macam biasa...ala kadar sahaja. Beli baju untuk anak2...kasut..asal ada je. Tak sedondon pon. Tak ada warna tema pon. Hehe.

Tak apa. Yang penting anak2 happy...dan ada juga baju baru.

Baju baru untuk saya sendiri tahun ni tak ada. Tak excited sangat nak soping untuk diri sendiri.

Bila dah umur2 macam ni, diri sendiri dah bukan keutamaan.

Dan tahun ni..macam tahun2 lepas juga..beraya di Keningau sahaja. Ntah bila la dapat merasa beraya di kampung lagi.

Setakat 7 hari puasa ni kami masih berbuka di rumah...masak sendiri. Kecuali hari Rabu dan Khamis baru2 ni...berbuka di KK.

Hari ni mak masak ikan masak sambal cili hidup, sambal goreng dan udang goreng kunyit. Pastu mak arahkan anak2 buat onde2. Tapi onde2 mak kali ni warna pink. Hihi. Takde kaler hijau. Tak apa. Onde2 hipster mak kata. Pastu jiran2 pulak masing2 bagai berjanji...semua pakat bagi kuih warna hijau. Ahahaha! Macam tahu2 je mak kehabisan pewarna hijau.

Alhamdulillah.



Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak