Dari Dapur Janna : Udang Butter Telur Masin

Saya ni nak menunaikan janji saya untuk bagi resepi Udang Butter Telur Masin. Maaf la kawan2, adik kakak..sebab lambat skit bagi resepi. OK, tanpa melengahkan masa mari la kita tengok cara2 nak buat udang ni macam mana...






Udang Butter Telur Masin

Bahan2:

400g udang (bersaiz sederhana, dibuang kulitnya dan di belah belakang butterfly style. saya memang suka bukak kulitnya)

garam, kunyit secukup rasa

5,6 sudu besar tepung jagung/


Cara2:
- campur semua bahan2 di atas bersama udang, gaul rata .
-Panas kan minyak masak dan goreng udang tadi sehingga masak.
- Ketepikan


Bahan2 untuk Sos:

2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih , di cincang
4-5 biji cili padi, di hiris
1 biji cilihijau/merah, di cincang kasar
2 pelepah daun kari
1/4 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis + setengah cawan air
sebiji telur masin yang sudah di rebus , di hancur2 kan.
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung.


Cara2:

- panaskan butter + minyak masak, kemudian tumis bawang putih, cili padi, cili merah/hijau dan daun kari hingga wangi
- masukkan telur masin yang di hancur2 kan.  Kacau rata.
- masukkan susu cair, susu pekat manis + air, kacau rata.
- perasakan dengan garam. Jangan banyak sangat sebab telur dah masin.
- bancuh kan tepung jagung dengan sedikit air dan campurkan ke dalam kuali tadi. Kacau supaya tepung tidak berketul.
- Ketika ini boleh la di masukkan udang yang kita telah goreng tadi. Kacau hingga sos rata.
- Siap.


Note : Selain udang , kita boleh juga guna ketam, isi ayam, isi ikan or sotong . Semua pon sedap. Heheh. Cuba jangan tak cuba !

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!