Dari Dapur Janna : Rendang Ayam Lah Konon

Owh, baru2 ni...eh, apa plak baru2 ni...semalam je pon. Yer semalam saya buat rendang ayam. Well, konon la rendang sebab tak pasti la plak kalau buat rendang memang macam tu. Anak2 plak suka makan...so tengok alang2 dah ada rendang ni kalau makan dengan pulut kuning pon sedap juga. Maka saya pon buat la pulut kuning. Tak reti jugak sebenarna buat pulut kuning. Main belasah ke...asal jadi kuning. Hehehe. Dapat la bagi2 kat jiran2 and kengkawan sikit sorang. Buat2 rasa. Alih2 ada kawan ni sorang mintak la plak resepi  Rendang Lah Konon saya tu....Saya ni kalau orag mintak resepi memang saya suka share. Nak2 lagi kalu resepi yang senang2 lagi la best nak kongsi .


So ini lah resepi Rendang Ayam Lah Konon ni ya my fren Suriani Makhtar dan sapa2 yang nak cuba pon boleh juga.











Rendang Ayam Lah Konon. 

Bahan2 :

1 ekor ayam ( di potong 12, atau berapa2 lah )
10 bij bawang merah ,dihiris
2 ulas bawang putih, di hiris.
1 inci lengkuas, dihiris.
2 batang serai, di titik.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
2 sudu besar cili kering yg di kisar ( cili boh pon boleh)
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat  @ 1 kotak santan segera
1 keping asam keping
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
air
3,4 helai daun limau purut, di koyak2.


Cara2 :
- masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan gaul rata. Hidupkan api. Tutup kuali dan biarkan ayam dalam piyuk tu sehingga masak. Kacau la sekali sekala ya. Kalau suka berkuah lebihkan skit la air..kalau suka kuahnya kering and pekat biarkan la ayam atas dapur tu lama skit. Api jangan besar sangat yer..kang hangus plak. Hehehe.

Senang tak ? Senang kan ? Kalau nak guna daging pon boleh jugak. Cuma tempoh nak masak tu jadi panjang skit la sebab daging ni lambat empuk skit dari ayam. Jika suka pedas boleh tambah cili padi dalam tu. Biar rasa pedas meletop2 skit. Rendang ni sedap di makan dengan nasi lemak, nasi putih, nasi impit or ketupat nasi pon sedap, dengan lemang pon boleh...atau macam yang saya makan tu...dengan pulut kuning.

OK...selamat mencuba ya ?

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!