Dari Dapur Janna : Resepi Mexican Bun

Baru2 ni, Mak buat roti. Mak ni sebenarnya lama dah tak buat roti. Setahun lebih dah kot walaupon dulu2 Mak jual roti sebenarnyya ! Ha..percaya tak ?

So mak pon buat la roti...buat dua jenis je...Mexican Bun dengan Sweet bun jah. Itu je yang sedap tapi senang di buat. Bila dah siap2 bakar, dah buat keluar dari oven baunya sungguh la harum dan memanggil2. Tapi, tak boleh makan lagik ! Mesti la kena amek gambar dulu. Hahaha. Lepas dah upacara amek gambar baru la boleh di ngap.

Bila dah amek gambar of kos la kena la upload kat mana2, kat fesbuk dan instagram la seharusnya kan. Ater, bila dah upload gambar roti ni di media sosial maka ramai la peminat2 Mak yang mintak resepi. Mak ok jer....kita jangan kedekut ilmu. Cuma tu la...sori la ye semua sebab lambat mak update resepi kat blog ni. Malas nak mengarang sebenarnya.

So ini lah resepi nya...resepi ni mak main hentam je sebenarnya....tapi insyaAllah jadi la kalau buat nanti .







Mexican Bun 


a)Bahan2 utk inti :

- marjerin atau butter di potong kiub kecik
- gula perang (brown sugar)

cara2:  Golek2kan marjering yg di potong kiub tadi di dalam gula perang supaya semua permukaannya di selaputi dengan gula sepenuhnya.


b)Bahan2 untuk topping :

65g butter
55g icing sugar ( saya guna gula castor je)
1biji telur
sedikit coffee emulco
65gtepung gandum

Cara2 :
- pukul butter dan gula hingga gebu
- pecahkan telur dan putar lagi hingga sebati, kemudian barulah masukkan coffee emulco. Putar lagi.
- masukkan tepung dan kacau rata.
- masukkan krim ke dalam piping beg ( supaya senang dan di picit ke atas doh nanti)  dan ketepikan.




c)Bahan2 utk bun :

450g tepung roti
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil yis kering
2 biji telur
1/2cawan susu cair atau susu segar
1/2cawan air
4 sudu besar shortening atau butter.


Cara2 :
- campur kan bahan2 kering ( tepung, garam, gula, yis) ke dalam mangkuk besar. Gaul2 rata. Kemudian buat lubang di tengah2. Pecah kan telur dan masukkan susu dan air sedikit2. Jangan masukkan semua air dulu ya...takut adunan terlembik pula. Kalau adunan nampak agak keras dan kering baru lah tambah air lagi.
- uli la adunan hingga sebati. Kemudian baru la masukkan shortening/butter. Uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan. Sebaik2 nya jangan di campur tepung lagi kalau adunan masih melekat2, cukuplah sekadar kita meminyakkan tapak tangan kita dengan butter atau shortening.

- Bila adunan dah tak melekat, bulatkan hingga licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain atau pon cling. Biarkan adunan mengembang 2 kali ganda . ( kira2 sejam la)

- Bila adunan dah kembang, tumbuk2 biar kelur angin nya dan uli lagi dgn tangan yg dah di minyakkan. Pastu uli la kecik2. Bulat2 kan, isi kan inti pastu susun dalam loyang yang sudah di gris.

- Lepas dah bulat2 kan biarkan adunan tu kembang lagi, kira2 30 minit. Jangan lupa tutup ya ! Kalau nak cepat bungkus je dengan plastik wat isi barang yang uols soping kat supermarket tu...boleh jugak. Cepat skit doh kembang.

- Bila dah kembang, panaskan oven pada suhu 170'C, pastu baru la picitkan topping yang kita dah buat awal2 tadi.....Picit secara melingkar gitu. Kemudian boleh la di bakar dalam oven kira2 20 minit ataupon sehingga topping atas nya dah nampak garing dan berwarna coklat.

- Keluarkan dah oven dah boleh la terus makan ! Hehehe.


p.s: Saya uli tepung roti saya dalam mixer. Campur je bahan2 kering dulu, kemudian baru lah masukkan telur, susu, air dan juga butter/shortening. Putar je hingga adunan tidak melekat . Kalau anda ada breadmaker lagi la senang.  

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!