Posts

Today I Learn

Hari ni baru saya tahu.... Selama dok tunggang terbalik adun kek, Dok berjaga malam, bangun pagi2 buta siapkan order orang... Dapat untung 50 ringgit....tu rupanya bukan berniaga. Terima kasih.

Balik Kampung 2018

Image
Tahun lepas kami balik kampung lewat sedikit dari pada biasa. It is because we had to wait for Sophea untuk selesai menduduki peperiksaan SPM. Tapi kami pos dulu 3 beradik balik kampung ( Nana, Kak Chik and Angah). And a week after that baru lah Mak balik berempat dengan Kakak, LinLin dan Umar, Ayah pulak terpaksa balik lewat sikit only after he finished his job in Brunei, Balik asing- asing semua dan balik kali ni pon tak lama. Dok di KB pon cuma seminggu je, Haish, Apa boleh buat, Banyak juga senarai makanan yang tak sempat kami makan, Hihihi, Itu pulak yang difikirnya, Well, makan2 ni memang salah satu agenda utama tiap kali balik kampung, Alhamdulillah juga kami sempat pergi bercuti sekejap di Cameron Highland , we spent a night there on our way back to Kota Bharu. Jadi lah, Sempatla jugak melawat ladang teh. Pengalaman lah bagi anak2, On our way back to Pulau Indah pula kami ikut Terengganu , and itu pon kami bermalam sekejap di Kuala Terengganu, setelah di paksa oleh my ...

First Post of 2019

Image
It has been a long time since the last time i posted anything in this blog. I have a lot of stories to share and document here but to post anything using your mobile phone is not very convenient, This year 2019 marks the 14th year of me been blogging and I want to keep this blog as long as I could, This blog has always been a treasure to me. I kept so many of my memories here that I no longer keep. This year Umar has started kindy and he enjoys going to kindy everyday. Kakak Sophea is home since she's waiting for her SPM result. Angah is now in form 5 and will be sitting for SPM while Nana is in her primary 6 and will be taking UPSR Kak Chik is in her first year as a secondary student and she goes to the same school with Angah and Kakak. LinLin is turning 3 this February 11 . The kids are all grown up . *sigh. to more posts and entries. Mak Janna

Long Weekend

Lama sungguh tak post apa apa entry di blog ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal cuti hujung minggu yang panjang baru baru ni. Bulan September ni banyak betul cuti umum yg bersambung dengan cuti hujung minggu. Macam minggu yang sebelum ni cuti Hari Kebangsaan jatuh pada haru Jumaat...minggu ni pula cuti Haru Keputeraan YDPA jatuh pada hari Ahad,maka hari Isnin nya di kira cuti umum ganti. Kemudian bersambung pula dengan cuti tahun baru Hijriah, 1 Muharram pada hari Selasa. Maka straight la cuti 4 hari. Ramai la yang ambil kesempatan untuk berjalan2. But too bad for us tak dapat nak ke mana2 sangat. Sabtu Ahad saya ada order kek, suami pula ada pertandingan badminton hari Sabtu tu. Ahad pula dia ke KK dan balik hari Isnin. Tu pon matahari dah tenggelam baru sanpai rumah. Hari Selasa pagi pula anak2 yang exam UPSR dan SPM ada kelas tambahan. Maka petang di hari terakhir cuti hujung minggu yang panjang tu baru la kami semua dapat berjalan. Encik suami ajak kami ke Rabbit Farm d...

Tips Supaya Anak-anak Mudah Tidur Malam

Assalamualaikum semua... Sejak dua menjak ni terasa rajin pulak nak update blog. Hehe. Sekarang ni dah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. Bukan apa tadi lepas solat Maghrib saya dah terlelap sekejap. Sampai tak pergi terawikh di masjid. Bila saya sedar dah dekat jam 9. Suami pon dah balik dari masjid. Umar dan LinLin pon dah nyenyak tidur dari tadi lagi. Oh, sebut pasal Umar dengan Lin saya teringat seorang kenalan saya ni tentang anak2 dia yang jenis tidur lambat sampai jam 2,3 pagi. Allahu..kesian betul dengan dia. Hampir setiap malam jadi burung hantu. Macam Umar dengan Lin pon kadang2 kerap juga tidur lambat. Tapi saya ada cara untuk bagi diaorang mudah tidur. Saya mandikan mereka berdua sebelum tidur! Betul! Saya tak kira pukul berapa pon hatta jam 12 tengah malam pon saya mandikan je budak dua orang tu. Saya mandikan dengan air suam laa. Orang tua2 kata tak bagus mandi malam takut nanti kena penyakit paru- paru berair? Nampaknya itu semua mitos semata mata. Pa...

Pergi Tak Kembali.

Image
Hari ni sudah masuk hari ke-16 kita di bulan Ramadhan. Baru la saya nak update blog. Hehe. Tak apa. Apa nak cerita ya...? Owh..ye..Ramadhan kali ni saya telah kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang sangat baik. Sentiasa tersenyum. Mudah untuk kita minta tolong. Sahabat satu sekolah rendah dulu. Radzuan nama dia. Tapi kami semua panggil dia Wan je. Masa sekolah dulu saya tak pernah sekelas dengan dia rasanya. Arwah telah diserang angin ahmar untuk kali kedua beberapa hari sebelum puasa dan tak sedarkan diri. Sebelum ni pon dia dah pernah kena stroke sekali...tapi just mild stroke. Masih boleh berjalan..masih boleh memandu kereta. Wan ni memang baik orangnya. Cakap pon lembut je. Muka tu tersenyum sokmo. Kalau geng Redang ni ajak jumpa, pegi minum2 ke...pekena me rebus ke dia mesti join. Tak pernah tak join. Kali terakhir saya jumpa dia masa akhir tahun lepas. Kita semua ramai2 pegi makan mee rebus kedai Rahim. Hehe. Siapa sangka, Allah panggil dia dulu...di usia 42 tahun. Pe...

September Promotion!

Image
Assalamualaikum... Siapa kat sini yang...: - dah lama berkenan dengan iron best ni? - nak bayar kali2 tapi tak nak main kutu? - nak cepat dan takmau tunggu turn? Haa...sekarang la masa yang sesuai sebab # amway ada buat offer 4 kali bayar. Lepas first payment boleh terus dapat iron. Best tak? So.....cepat2 wassap saya 0146887963. Offer ends on 30th September 2017.

Dari Dapur Janna: Kentang Oregano

Anak2 saya sangat suka makan kentang. Tak kira lah apa cara masakan nya mereka memang suka. Jadi di rumah ni memang kena selalu ada stok kentang. Kali ni saya suka nak berkongsi satu resepi kentang yang mudah, cepat dan yang penting sedap. Saya namakan kentang ni Kentang Oregano. Okay...jom kita tengok bahan bahannya. Kentang Oregano Bahan2: -5,6 biji kentang, di kopek kulitnya dan di potong dadu dan direbus hingga empuk - 100g salted butter - secubit oregano Cara2: - toskan kentang yang sudah direbus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. - ketika masih panas, masukkan butter dan juga oregano. - gaul rata. - siap! Kan saya dah cakap, senang sajakan? Kentang oregano ni sedap kalau kita padankan dengan chicken chop ke..lamb chop ke...makan dgn sosej pom boleh atau pon dengan pasta. Memang sesuai. Jika sula boleh juga drizzle sedikit extra virgin olive oil. Pon sedap. Jadi janganlah lupa untuk cuna resepi yang simple tapi sedap ni.

Dari Dapur Janna : Tuna Pasta

Image
Baru kali ni berkesempatan untuk tunaikan permintaan sahabat yang request resepi Tuna Pasta saya. So tanpa melengahkan masa jom kita tengok apa bahan2 nya. Tuna Pasta Bahan2: 1 pack pasta ( boleh guna apa2 jenis yg anda suka spaghetti, fettuciné ke..macaroni ke)- di rebus hingga ala denté 5 ulas bawang putih- di cincang 1 biji bawang besar - di potong wedges 1 biji capsicum - di potong panjang2 1 tin isi ikan tuna 50g butter Garam secukup rasa Serbuk parmesan cheese Chilli flakes 1 sudu kecil oregano kering Minyak zaitun utk menumis. Cara: -panaskan minyak zaitun dalam kuali atau pan kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. - kemudian masukkan capsicum dan kacau2. - seterusnya masukkan pasta, isi tuna, garam dan serbuk parmesan cheese. Kacau2 biar rata. - masukkan butter, kacau lagi sehingga butter cair, dan lepas tu boleh la masukkan oregano kering dan chilli flakes. Gaul rata dan siap. Sedap di makan panas2.  Senang saja kan? Saya m...

The day I turned 41.

Image
Yer... 9 Ogos datang lagi maka bertambah lah umur Mak. Sekarang umur Mak dah 41. Haish. Tua dah tu. Gambar kat atas tu adalah hadiah hadiah dari encik suami dan juga anak anak. Hehe. 1) Hand cream tu pemberian dari Sophea. Rupanya dia beli untuk Mak. Mak dah nampak hari tu tapi mak tak terfikir pon ia adalah untuk Mak sebabnya dia memang suka online shopping dan gemar sangatlah beli skin care. Tahun lepas dia bagi Mak sekotak facial mask. Dalam kotak tu ada 5 pack facial mask. Seminggu pakai lah sekeping. So patutnya dalam masa 5 minggu habis lah kesemuanya tu kan. Namun, bukan itu yang berlaku. Selepas setahun dan sehingga hari lahir Mak untuk tahun ini datang lagi Mak masih ada 1 pack lagi facial mask yang belum dipakai. Sori ya kakak, bukan Mak tak suka..tapi mak ni tak cukup berdisiplin nak pakai mask segala tau. So tahun ni dia bagi hand cream. Haa..yang ni Mak rasa mak akan pakai sampai habis sebab mak memang suka pakai hand cream. Best je kalau nak bersalam dengan oran...

Perkahwinan itu....

Perkahwinan bukanlah medan untuk bertanding. Siapa yang beri lebih banyak, siapa yang lebih rajin, siapa yang malas, siapa yang lebih banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit. It's not a competition. It's a teamwork. We work together, we complete each other. Jika ada perasaan iri, dengki sesama suami isteri apalah maknanya itu? Ungkit mengungkit serta rasa cemburu dengan kejayaan atau kelebihan masing-masing sepatutnya tidak wujud. Andai semua itu wujud di dalam hubungan suami isteri maka istilah perkahwinan yang membawa maksud perkongsian sudah tidak relevan lagi. Cinta sudah mati.

7 Ramadhan 1438H

Image
Hari ni sudah pon masuk 7 Ramadhan. Sekejap je dah seminggu. Cuti sekolah pon ada seminggu lah juga lagi. Persiapan hari raya saya...well, macam biasa...ala kadar sahaja. Beli baju untuk anak2...kasut..asal ada je. Tak sedondon pon. Tak ada warna tema pon. Hehe. Tak apa. Yang penting anak2 happy...dan ada juga baju baru. Baju baru untuk saya sendiri tahun ni tak ada. Tak excited sangat nak soping untuk diri sendiri. Bila dah umur2 macam ni, diri sendiri dah bukan keutamaan. Dan tahun ni..macam tahun2 lepas juga..beraya di Keningau sahaja. Ntah bila la dapat merasa beraya di kampung lagi. Setakat 7 hari puasa ni kami masih berbuka di rumah...masak sendiri. Kecuali hari Rabu dan Khamis baru2 ni...berbuka di KK. Hari ni mak masak ikan masak sambal cili hidup, sambal goreng dan udang goreng kunyit. Pastu mak arahkan anak2 buat onde2. Tapi onde2 mak kali ni warna pink. Hihi. Takde kaler hijau. Tak apa. Onde2 hipster mak kata. Pastu jiran2 pulak masing2 bagai berjanji...semua p...

Be Positve.

Sekarang ni sudah pon pukul 12.30 tengah malam. Mak baru je siap cuci muka...gosok gigi yang tinggal berapa batang je lagi ni...dan juga basuh kaki...yela, orang tua tua kata nanti tak mengigau. Hehe.  Elok je tengah landing atas katil ni mak tiba tiba rasa macam nak update blog lah. Nak cerita la sikit kejadian tadi.  Bukan kejadian teruk sangat pon tapi ia cukup membuatkan mak rasa sedih sangat. Rasa putus semangat sangat dan rasa kecewa nya alahai.  Tadi siang mak dah open order untuk brownies. Alhamdulillah.....ramai yang nak order . Jadi petangnya lepas solat Asar mak pon pergilah ke pekan nak beli bahan bahan untuk buat brownies ni lah. Dah cukup semua mak pon balik.  Dah memang jadi tabiat Mak kalau nak buat kerja malam malam mak lebih gemar buat bila Umar dengan Aileen dah tidur. Bukan apa..aman sikit nak buat kerja. Jadi bila kedua dua nya dah selamat ke alam mimpi mak pon nak la start enjin. Siapkan bahan2 semua...cuci telur siap siap. Lep...

Dari Dapur Janna : Spaghetti Bolognese

Image
Masa saya update resepi udang butter telur masin baru2 ni sebenarnya saya ada berhutang satu lagi resepi  iaitu resepi Spaghetti Bolognese. Malu nak share sebenarnya sebab resepi yang mak guna ni biasa2 je, Lagi pon mak guna instant spaghetti sos je pon, Haha, Tapi untuk tidak menghampakan permintaan sahabat saya ni saya share la jugak, Spaghetti Bolognese My STyle Bahan2: 1/2 packet Spaghetti ( ikut instruction pada packaging dan masak  hingga ala dente, maksudnya biar dia masih ada rasa kenyal2 gitu, Jangan masak sangat nanti spaghetti mudah hancur and patah2) * pastikan anda masukkan garam ke dalam air rebusan tu ya. Generous. Bahan2 Sos : 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar holland ( cincang kasar ) 3 sudu besar minyak zaitun ( minyak biasa pon boleh) 3 hingga 4 batang lobak merah ( di dadu kecil2) 2 biji tomato ( di dadu kecil2) 400g daging cincang ( ayam or daging pon boleh, tapi mak suka daging) 2 botol sos spaghetti jenama Kimball ( mak ...

Now i know...

Sekarang saya sudah tahu.... kenapa orang selalu kata perempuan lebih cepat tua dari lelaki..... 😢😢😢

Dari Dapur Janna : Udang Butter Telur Masin

Image
Saya ni nak menunaikan janji saya untuk bagi resepi Udang Butter Telur Masin. Maaf la kawan2, adik kakak..sebab lambat skit bagi resepi. OK, tanpa melengahkan masa mari la kita tengok cara2 nak buat udang ni macam mana... Udang Butter Telur Masin Bahan2: 400g udang (bersaiz sederhana, dibuang kulitnya dan di belah belakang butterfly style. saya memang suka bukak kulitnya) garam, kunyit secukup rasa 5,6 sudu besar tepung jagung/ Cara2: - campur semua bahan2 di atas bersama udang, gaul rata . -Panas kan minyak masak dan goreng udang tadi sehingga masak. - Ketepikan Bahan2 untuk Sos: 2 sudu besar butter 1 sudu besar minyak masak 4 ulas bawang putih , di cincang 4-5 biji cili padi, di hiris 1 biji cilihijau/merah, di cincang kasar 2 pelepah daun kari 1/4 tin susu cair 2 sudu besar susu pekat manis + setengah cawan air sebiji telur masin yang sudah di rebus , di hancur2 kan. garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung. Cara2: - panaskan butte...

Blood is thicker than water, indeed.

Image
Cuti Tahun Baru Cina baru2 ni saya telah berpeluang untuk pulang ke Semenanjung berdua sahaja dengan Aileen. Terima kasih kepada encik suami kerana telah mengizinkan saya bersama dengan ma abah dan adik beradik saya sekejap. Mudah mudahan Allah akan melimpahkan rezeki buat Ayang...ameen. Pada awalnya memang saya berhasrat untuk balik tapi saya pada mulanya tidak mengharap sangat...sebab yelah..tiket flight tu bukan berharga seringgit dua. Tapi Alhamdulillah...Allah telah mengizinkan saya untuk balik juga....seronok sangat2. Tujuan asal balik tu sebenarnya nak bersama2 dengan kakak sulung saya who had been through tough time. So when we heard that she wanted to go to KL just to ease her mind and be with my two other sisters in KL so we ( me and my other siblings) thought ...why don't we get together in KL . Just to support her. Further more my sister who lives in Japan was also in town and I haven't seen her for 2 years! The last time we saw each other was during our younges...

Tagal Kampung Kinolosodon, Papar.

Image
Oh, lupa pula saya nak tulis pasal cerita kami pergi ke Tagal Dolungan Sumbiling, Kg Kinolosodon di Kimanis. Eh, apa tu? Panjangnya nama? Hehe. Ok, mari la kita cerita satu-satu. Tagal ni maksudnya ' tidak boleh memancing'. Mana2 sungai yang sudah kena tagal ni maknanya kita memang tidak dibenarkan memancing kat situ. Tujuannya adalah untuk menjaga stok ikan di sungai tu. Eh, stok la pulak....kira macam nak jaga populasi ikan di sungai tu. Haa..macam tu la. Tapi tak silap saya dalam sekali setahun akan ada satu hari khas akan diperuntukkan di mana orang ramai akan dibenarkan untuk menangkap ikan. Tak kira nak pancing ke, nak jala ke..atau nak sauk2 je tak kisah. Tak silap saya laa...kalau salah tolong betulkan ye? Sebenarnya di Sabah ni ada banyak juga sungai sungai yang kena tagal tapi yang paling popular dan boleh kata paling ramai dikunjungi oleh orang ramai ialah di Kg. Luanti, Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu tu kira-kira 2 jam naik kereta..ataupon mungkin lebih. Bo...

Mungkin.

Image
Mungkin saya tidak layak untuk meminta..... Mungkin juga tidak layak untuk menerima....

What's your hobby?

Sekarang ni kalau orang tanya "what is my hobby?", Saya memang tak oleh nak jawab. Seriously, sejak dah berbelas tahun kawin dan ada anak I'm not sure if i have a hobby at all. Dulu2 boleh la kata hobi saya suka baking, buat kek dan kuih...buat roti..pastry...tapi sekarang hobi tu dah jadi punca rezeki. Alhamdulillah... Hobi lain? Entah la. Bersukan pon lama dah tak buat. Dulu2 boleh la juga kata hobi saya bersilat. Nak kata hobi saya suka membaca pon tidak juga sebab saya ni sangat memilih bahan bacaan saya. Tapi seingat saya majalah pon dah lama gila saya tak beli. Entah lah. Mungkin juga sebab harga majalah di Keningau ni agak boleh tahan juga harganya sehingga saya berfikir berkali2 untuk membeli. Apa ye hobi saya....most of my time are spent for my family. My husband, my 6 kids. Sehingga saya sendiri pon tidak mempunyai masa untuk hobi saya sendiri. Ada orang suka membaca novel so they spent a lot of $ untuk membeli buku atau majalah kegemaran. Ada yang...