Be Positve.

Sekarang ni sudah pon pukul 12.30 tengah malam. Mak baru je siap cuci muka...gosok gigi yang tinggal berapa batang je lagi ni...dan juga basuh kaki...yela, orang tua tua kata nanti tak mengigau. Hehe. 

Elok je tengah landing atas katil ni mak tiba tiba rasa macam nak update blog lah. Nak cerita la sikit kejadian tadi. 

Bukan kejadian teruk sangat pon tapi ia cukup membuatkan mak rasa sedih sangat. Rasa putus semangat sangat dan rasa kecewa nya alahai. 

Tadi siang mak dah open order untuk brownies. Alhamdulillah.....ramai yang nak order. Jadi petangnya lepas solat Asar mak pon pergilah ke pekan nak beli bahan bahan untuk buat brownies ni lah. Dah cukup semua mak pon balik. 

Dah memang jadi tabiat Mak kalau nak buat kerja malam malam mak lebih gemar buat bila Umar dengan Aileen dah tidur. Bukan apa..aman sikit nak buat kerja. Jadi bila kedua dua nya dah selamat ke alam mimpi mak pon nak la start enjin. Siapkan bahan2 semua...cuci telur siap siap. Lepas tu mak pon ambil la pack coklat masakan tu nak potong coklat...sekali bila mak dah gunting plastiknya mak nampak putih je kat dalam. Bila mak baca peket tu dia tulis " white chocolate compound"!  Mak tersalah beli coklat rupanya. Patutnya mak beli dark compound. Aduhai...

Terus mak rasa macam nak rebah. Mak keluar pegi depan nak tengok jam...tengok tengok dah pukul 10.05 malam. 

Mak buntu. Tak tahu nak buat macam mana. Mak pon baring atas katil. Dada mak rasa berat je macam nak meletup. Ya Allah...sabar mak..sabar. 

Mak bagitahu laki mak. Tapi dia pon tak dapek nak nolong jugak. Dia tanya..." 7-11 ada jual ke?", Mak geleng geleng kepala, lemah. Kalau ada pon mesti harganya mahal melambung. 

Mak masa tu rasa tak boleh nak bercakap dah. Sudahla brownies tu 4 pek semua orang nak pagi pagi. Sungguh mak buntu tak tahu nak buat macam mana lagi. Yang mak rasa masa nak nangis je. 

Jadi , mak pon masuk dalam bilik air. Nangis senyap senyap. Supaya tak ada orang dengar. Mak malu. 

Lepas dah nangis mak pon keluar la. I felt much better. Mak tarik nafas dalam dalam dan mak cakap dalam hati..

"Setiap apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah dan ia tidaklah terjadi sebagai sesuatu yang sia sia. Pasti ada sebab dan hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi aku idea baru...resepi baru.....".

Barulah mak rasa lega dan tenang sedikit. Maka mak pon pergilah ke dapur untuk menyambung kerja mak yang terhenti tadi. 

Dan akhirnya siap juga 3 loyang brownies mak yang customer nak ambil pagi pagi nanti. Elok je kejadiannya. Alhamdulillah..

Yer...memang betul kalau nak buat brownies tu bahan bahannya kena lah betul macam dalam resepi...tetapi yang menentukan sama ada ia jadi atau tidak jadi tetap Allah s.w.t. Kan? 

Banyak pengajaran yang mak dapat dari kejadian tadi. Antaranya, jika kita nak beli coklat masakan, pastikan kita belek dulu tulisan pada peketnya agar tak tertukar dengan jenis yang lain. 

Wassalam. 


Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!