Lost & couldn't be found
Kesian suami saya kehilangan handphone. Tak pasti pulak tercicir kat mana tapi katanya mungkin hilang di kedai makan tempat dia minum dengan kawan dia. Dah patah balik pegi kedai tu tapi tak ada. Cari2 dekat area parking kereta pon tak ada. Alahai...apa boleh buat. Setakat tu jelah rezeki nya. Handphone tu pon baru setahun lebih dia guna. Sayang tu satu hal, satu hal lagi sebab telifon sekarang ni kan macam laptop kecik yang kita simpan macam2. Ini kali kedua dia hilang handphone. Kali pertama hilang dulu kat rumah mak dia sendiri. Time tengah kenduri kawin abangnya. Yelah, kenduri kan ramai orang...nak2 plak orang yang keluar masuk rumah tu pon ramai. Jadi memang tak boleh nak agak sapa. Tidak mustahil kalau orang yang curi telefon tu adalah salah seorang dari tetamu. Masa tu fon yang husband pakai Nokia 3210. Kira paling up-to-date and canggih dah la masa tu....hahahaha, .korang imagine sendiri la tahun berapa tu yer.....time Nokia masih hot gitu.... Saya pon baru juga kehilangan kas