Cerita Kawin

Musim cuti sekolah juga adalah musim orang kawin. Kalau kat negara lain tak tahu la kalau2 macam ni juga...asal cuti skolah kenduri kawin berderet2.

Bila tengok orang kawin ni teringat la masa saya kawin dulu. Kami kawin dulu simple je. Family saya memang tak pernah panggil jemputan sampai seribu orang. Seramai2 adik beradik saya yang 9 orang dah kawin ni paling ramai jemputan pon 500 orang je.

Masa saya kawin saya baru keluar U, suami pon baru kena posting. Kad kawin saya print sendiri lepas tu saya fotostat guna kertas kaler2. Pastu saya beli sampul surat kaler putih.

Saya kawin tak ada pelamin. Cukup lah dengan bilik pengantin yang di hias sendiri oleh sedara mara, adik beradik ,sepupu sepapat, masing2 mencurahkan idea masing2. Heheh . Cadar, backdrop ( eh yeke org panggil backdrop ?) , pinjam dengan kenalan Ma. Baju nikah pinjam dengan Moksu Na, baju songket pinjam (ke sewa) dengan CheMinah Songket sebab sedara...barang hantaran plak di sponsor oleh adik beradik, sepupu2 dan mak sedara.

Tade upah photographer, apa lagi videographer.
Tade buat outdoor photo shoot  atau tukar2 baju.
Tade warna tema.

Ehh... ada la ! Warna tema ialah Warna Warni !
Hehehe.

Seminggu sebelum nikah and kenduri saya goreng keropok lekor di rumah arwah nenek saya. Keropok meletop, minyak panas terkena dua jadi kiri saya sampai berparut.

Aduhai.

Abang ipar saya ,Abe Miji cadangkan saya pakai inai ke seluruh jari saya yang terkena minyak panas tu as a method to cover the scar.

Ada yang cadang suruh lipat je jari yang berparut tu masa bersanding di katil pengantin. (Macam style rockers buat tu...)
Ada juga yang suruh saya terbalik kan tangan yg ada parut tu masa sanding.

Hahaha.

Mujur la suami saya bagi saya rantai tangan , jadi selamatlah saya dari menghulurkan jari saya yang berparut tu. 

Saya kawin musim tengkujuh, musim banjir, tapi alhamdulillah hari saya kenduri tu cuaca cantik.

Waktu bertandang ke tempat suami meriah juga. Ada yang pegi naik flight , ada yang drive naik kereta tapi yang paling ramai naik keretapi. Satu coch tempat tido tu hampir penuh dengan kami sedara mara. Meriah !

Orang Pulau Indah semua terkejut tengok rombongan orang Kelantan datang 10 buah kereta. Terpaksa mereka sambung saprah sampai hujung. Hehehe.

Masa bersanding di Pulau Indah baju pengantin saya besar sikit sebab yang pegi sewa tu abang suami saya. Mungkin dia ingat badan saya ni sama saiz dengan badan gepren dia (sekarang isteri lah). Tapi saya tak kisah. Bahagian yang besar tu elok je bila di pin2 di bahagian pinggang. Cantik juga bila kebaya jadi kembang kat bahagian bawah macam gown. Nampak macam sayap pon ye juga.

Lupa pula nak bagi tahu, suami saya ni kawin langkah bendul. Masa kami kawin tu abang dia tunang pon belum lagi tapi tahun seterusnya tu dia pon kawin dah jugak.

Itula serba sedikit kisah kawin saya dan suami.



p.s : sebenarnya...esok (16 November) adalah anniversary kami yang ke-12 . :)

Comments

firdhausre said…
Warna warni pun tema jugak kan...atau pun cacamarba...yg penting kita enjoooyyy
nordee said…
yang penting kehidupan selepas kahwin iteww...i pun dulu cowboy je..haha
Kak Fir, yup. yang penting majlis tetap meriah walaupon sederhana...dan yang penting...tidak membazir, insyaAllah. :))

Dila , betul tu dila...lepas kawin lagiiii banyak nak pakai duit....bahagia je kita kan Dila ?
paNavia said…
Saya suka cerita ni.
Terasa meriahnya :)

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik