Siapa juara ? KELANTAN !!!!
(Gambar di ambil dari KELATEBOLA)
Tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan atau pon The Red Warriors (TRW) kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2012 ! Kelantan telah mengalahkan ATM 3-2
Saya semestinya la menyokong TRW sebab saya memang orang Kelantan ! Hehehe....Tapi ada orang tu lagi semangat tau. Kalah orang Kelate. Siap pegi sesi photography lagi you.....semangat sungguh !
Actually hari Sabtu tu kami sefamily dari KK. Pegi KK hari Jumaat lagi and tido sana. So hari Sabtu yang bersejarah tu kami bertolak balik Keningau dari KK kira2 pukul 6.45petang. Masa tu hujan kat KK.
Sampai2 je Keningau terus pegi Restoran Phuket. Memang niat nak tengok bola kat situ and dinner sekali. Dah siap suruh member booking table and order makan awal2 lagi. Hehehe. Cuma tu la, saya rasa tak berapa best tengok bola malam tu sebab tak pakai baju merah tapi saya pakai baju hitam. Huhuhu. Balik kampung nanti kang nak kena pegi beli baju TRW la selai sorang.
Tengok di Phuket sampai habis first half je lepas tu balik rumah sebab anak2 semua dah kepenatan dan kemengantukan....
Balik rumah, keluarkan barang2 dari kereta, tutup and kunci pagar, tutup and kunci grill and pintu pastu tukar baju and terus ngadap tv. Sungguh la berdebar2 masa tu sebab kedudukan masa tu dah terikat 2-2. Aduhaii......
Namun tetap tabahkan hati tengok jugak sambil baring. Tapi bila tengok kat tv stadium penuhhhhh dengan warna merah...pergh! Rasa macam best nye la kalau dapat tengok live di stadium kan ? Feel dia memang lain kan ? Tak apa la..dapat tengok kat tv pon jadi la.
Pastu tiba2 saya sedar2 kat tv dah team lain dah yang dok berlawan. Ehhh..?? Biar betul ? Saya pon menenyeh2 mata saya....saya tengok jam kat dinding : 3.05 pagi.
Cehh! Saya tertido rupanya. Jadi tak tahu la sapa yang menang ! Ish sabor jelah. So terus la pegi check fesbuk and baca status sedara mara, kawan2....Kelate menang rupanya. Tapi tak best betul tahu cara macam tu. Tader thrill. Nak bersorak pon tak der feel. Tapi tak apa la...janji Kelate meneyyy!
Cikgu2 dan Ustaz2 di Keningau yang sporting2 belaka. Bersungguh2 siap buat photoshoot khas utk TRW
( Gambar ihsan dari Gomogi Pictures)
( Gambar ihsan dari Gomogi Pictures)
Comments