Sapa yang nak jemput kami di airport?

Tiap kali cuti skolah tiba Ma dan Abah adalah orang yang paling gembira sebab boleh dikatakan semua anak2 akan balik berkumpul di rumah sampai tak cukup bilik. Adik beradik saya ramai (10org) dan semuanya tinggal jauh bersepah2 di seluruh Malaya dan Borneo and abroad jadi bila semua pakat2 balik memang seronok. 

Acara menjemput anak menantu dan cucu di airport adalah acara wajib. Semua orang excited dan tak sabar2. Biasanya satu kereta memang tak cukup. Bab sapa yang nak volunteer pegi amek, or hantar has never been an issue. Malah berebut2 pula nak tolong jemput/hantar. Kita yang nak balik ni bertambah2 teruja dan terasa diri ni tersangatla di sayangi dan dirindui, hehe. Langsung tak nampak yang kerja menjemput kita di airport adalah satu beban atau menyusahkan. 

Sebenarnya saya memang dah tak sabar nak balik kampung ! 


Comments

fatienwm said…
kalau saya ada di Kampung, boley aje g ambik.tapi apakaan dayaa..saya di sini..:P

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!