Posts

Sneaker? Sport Shoes ?

Image
hmm...setelah saya merujuk kepada Incik Wikipedia.....dia kata....sneakers ni istilah yang diguna oleh orang Amerika untuk casual sport shoes. Mana kala sport shoes ni Incik Wikipedia kata ada banyaaaaaaaaaaaaaaak jenis depends on jenis sukan lah. Ada tennis shoes, ada football shoes, ada running shoes....and juga SNEAKERS! So setelah saya baca berkali2....rupa2 nya, sneakers ni salah satu jenis sport shoes. Hohohoho...nampaknya tipah sudah tersilap. Sneakers are sport shoes too. Alahaii.......jadi gini lah, let me rephrase ayat saya di entry lepas......sebenarnye, saya lagi suka pakai sneakers dari pakai running shoes........hehehe.....mekasih. ni running shoes and these are sneakers.....hehehe high heel sneakers....ada! LOL ! kids' sneakers...cumil kan ? Adeh.....comey la plok hok ni...... Aahh.....classic design sneakers.....*drools. ......jadi..rasanya nak kena beli dua2 ker? running shoes and sneakers ? pening2....

Biar barang rosak sebab di guna, bukan sebab di simpan

(alahai...panjang nyer tajuk, dah berjangkit ngan makcik rehan ker? tinggal tak guna Capital letter jer,hihhihi) Last entry saya kata saya dah berazam nak main squasy at least seminggu sekali kan? alahaii....nampak gaya sebelum azam tu berjaya saya kena la beli kasut sukan baru. Kasut sukan yang sedia ada ni dah rosak. Dah ternganga tapak dia cam mulut buaya lepas pegi main minggu lepas. Nila akibatnya kalau simpan satu2 barang tu lama2. Tak pakai. Rosak jugak. Macam abah saya kata....biar barang tu rosak sebab kita guna..jangan rosak sebab simpan. So...nak kena la cari kasut baru. Owh...nak cari kasut yang murah jer. Tak payah yang mahal2 sangat. Sebab hajat di hati ni nak beli jugak sneakers sepasang. Wah2...mak budak ni nak berjiwa remaja ke pakai sneakers ? Actually, memang dari dulu lagi suka pakai sneakers. Sebab selesa. Compare to sport shoes....err....ntah ....sport shoes hanya guna untuk bersukan la. Nak berjalan2...untuk di guna setiap hari, saya pakai sneakers. Owh dan lagi...

Saya berazam untuk....

bermain squasy sekurang2 nya sekali seminggu. Itu pon kalau cik abang bawak la. Kalu la boleh pegi sendiri kan best? Tapi nak main ngan sapa plak kalu cik abam ku tak ada? tader gu la plak. dah lama dah pencen main squasy ni. dulu masa skolah je dok main. Nak kata terror tu.....tak la ....bawah sikit dari Datuk Nicol David. Hahahaha....sangat la perasan. Tapi memang enjoy main squasy ni. Nak kata macam badminton....tak jugak..nak kata cam tennis pon tak jugak. Between tennis and badminton la kot. Lepas habis skolah ntah kenapa la dah tak pegi2 main. Tade gu satu hal...satu hal lagi sebab tader raket .Dah lagu mane nak main kalu tader raket kan? Masa dok UPM penah la jugak pegi melawat secara tidak sengaja ke court squasy sebab actually tak tahu pon ada court squasy pon kat situ....sekali tengok orang dok main2...waaaa...rindu nyer nak main squasy...tapi...tader gu + tader raket punyer pasal so...tak dapat la nak main. So kita pegi berenang ajelah...... Jadi baru2 ni...kami dah mula ma...

Kenapa?

My form 5 class Show encrypted text

Happy Father's Day

Image
Bersempena hari bapa ni...saya nak cerita pasal abah saya yang sangat saya sayangi dan kagumi. Lama dah saya tunggu waktu ini untuk bercerita tentang ayah saya. Nama abah saya Wan Muhammad Wan Jaafar. A second child of 7. Kalu ikut I.C ..tahun ni abah baru omo 67 tapi kalu ikut omo betul...abah dah pon masuk 69. I.C baru abah saya tak ingat, tapi kalu I.C lama saya ingat. Hehehe. Abah saya seorang pesara guru. He dedicated his life for 32 years to teaching. To me he was born to be a teacher. But that's not all he did... he also was a national football referee. Just like my late uncle Ayah Sid who was also my abah's brother and best friend. Masa saya kecik2...saya memang tak rapat dengan abah. Boleh dikatakan saya takut lah dengan abah . Saya pernah kena rotan dengan abah saya masa saya omo 6 tahun rasanya. Tak ingat pulak sebab apa. Tapi memang lepas tu...saya memang takut sangat dengan abah. Nak pandang muka abah pon saya tak berani. Apa lagi nak bercakap. Dengar tapak kaki a...

Al-Fatihah

Image
In Loving memory of Syahdan Salleh 22 April 1984 - 16 June 2010. Sebentar saya telah terima satu berita sedih. Abang kesayangan Hugau sudah kembali ke rahmatullah. Hugau telefon saya tadi , dia di hospital sebab Shahdan tak sedarkan diri. Dia mintak saya call my Ayang untuk pegi hospital segera. Hugau cuma cakap doktor memang kata tade harapan. Cepat2 saya call Ayang. Tak dapat. Pastu tak lama tu Hugau call lagi cakap Ayang dah sampai hospital . Lega sikit hati saya. Tapi tak lama lepas tu Ayang pulak call kata Shahdan dah tak ada. Sungguh2 saya terkejut. Tak tahu nak kata apa. Saya cuma kenal Shahdan sebagai budak silat yang sama2 satu team dengan Ayang. Saya kenal dia sebagai sahabat baik kepada Hilman Dato' Sairin. Saya kenal dia sebagai abang kepada Hugau ...dan saya juga kenal dia sebagai jurulatih silat anak2 saya di SK Pasir Puteh. Sekarang dia sudah tiada. Pemergian dia sungguh mengejut buat saya. Apalagi buat seluruh ahli keluarga dia. Dia masih muda. Masih bujang. Sang...

Saya

Image
Saya ni perahsia orang nya. Saya jarang dan tak berapa suka nak share apa2 dengan orang lain. Well..tengok keadaan la. If it's too personal is just for myself. But saya sangat berbesar hati kalu ada orang nak berkongsi cerita dan masalah dengan saya. Ntah la....saya tak suka orang tahu masalah saya. Saya tak mahu orang tahu saya sedih atau tidak gembira. Lebih2 lagi family saya. Memang dari kecik lagi saya gitu. Tak pandai nak berkongsi masalah dan bercerita dengan keluarga. Bagi saya, ada hal lain yang lebih penting dari perasaan , cerita dan masalah saya. Hal2 orang lain. Namun ini tidak bermakna saya tidak pernah berkecil hati...atau perasaan saya ni tak pernah terusik. Saya pon manusia biasa. Saya diam, tak cakap apa2 tak bermakna saya tak berasa apa2. I chose not to say anything. Cuma saya tidak gemar untuk tunjukkan pada semua. Hingga kan saya rasa tidak ada orang yang betul2 mengenali saya. Itu lah saya.

2 cerita

1) Citer Period A Hari tu, sophea ngadu sakit perut. Aku kata...lapar la tu. pegi makan nasik. Dia pon masuk dapo, tengok2 aku wat asam pedas ikan pari peberet dia. Senduk nasi buh kat dalam pinggan, buh kuah sampai banjir, buh ikan pari seketul . Baru 2 suap....muka dia dok berkerut. Sakit perut lagi dia kata. tokleh nak proceed makan nasik. Aku kata, nak berak la tu. Pegi toilet. Dia pon pegi. Kejap je dalam toilet, dia kuar. Bukan nak berak la mak... Aku suh dia bubuh ubat kat perut, pastu suh dia baring. Baring la dia. Dengan harapan lepas tu dia diam la. tertido ker...perut dia makin lega ker. Tapi tak jugak. Dia kata sakit perut lagik. Aiikk....heran gak aku sakit perut dia tak pandai nak hilang. Aku kata...senggugut kot. Nak period. Laki aku ketawa. Hugau pon ketawa. Sophea wat muka separuh tekejut. Muka macam risau pon ada jugak. Nak period mak ? Haa...iyer la kot, nak period. Dok sakit2 perut tu. Aku tanya dia, omo berapa tahun. dia jawab 9. Haa...9 tahun dah boleh period da...

.......

NowSeeHeart Damai Yang Hilang Tercalar pelangi dihiris gerimis Senja pun merangkak menutup mentari Terbias warnanya ke wajah Lagu kedamaian tiada kedengaran Bumi yang merekah disirami darah Kemelut melanda tiada kesudahan Kemusnahan bermaharajalela Yang lemah menjadi mangsa Anak-anak kecil menggongcangkan ibunya Yang lemah longlai tak lagi bernyawa Jeritan suara batinnya Tak siapa mendengarnya Tergadaikan maruah oleh janji-janji Terbayarkah dengan nyawa dan darah Soalan yang tiada jawapan Kemanusiaan telah lama hilang Kini yang tinggal hanya ketakutan Musnah kasih sayang dan persaudaraan Tandus akhlak dan keimanan Menyemai persengketaan p.s Kalu dengar lagu ni misti teringat kat my sisters...especially, Jie..... I miss them so much.!

Ehemm...

Amacam? ok tak template ni? since Blogger ada designers templates baru so nak cuba la. Not bad jugak kan yang ni ? Lagi pon my blog anniversary pon tak lama lagi dah. And changing my blog template is the way I celebrate it. Haii....pejam celik pejam celik it has been 5 years since the first day I started blogging. Tukar2 template ni memang kerja yang paling malas saya nak wat. Owh..bercinta nya kalu nak tukar. That's why saya cuma tukar new templates setahun sekali jer. Bila tiba anniversary blog saya ni. Ok lah. Back to work.

Keningau-KK-Keningau

Hari Selasa baru2 ni saya ke KK sekali lagi. Me, Cik abam and Aina je. Yang lain2 tinggal kat umah with Hugau. Ntah hantu rajin apa yang datang....leh siap2 wat nasi lemak lagi untuk anak2 wat bekfes. Bangun pukul 4.30 pagi tanak nasi lemak, rebus telur pastu solat Subuh. Wah...siyes macam typical Malay mothers la. So very not me ! Since dah masak nasi lemak ,maka boleh la saya bawak bekal ke KK sekali. bawak 3 bungkus,...3 saiz. L,M,S. Selalunya tade la saya nak bawak2 bekal2 nih. Apa lagi bekal nasi. Tak kuasa la. Paling2 rajin pon bawak roti je. Sampai KK pukul 7 pagi. Lepas hantar Ust. Fuad kat Terminal 2 kami pon pegi Tan Chong plak. Ntah Ayang nak cek apa ntah kat Livina tu. So...di situ la kami bersarapan. Ada meja. Ada kerusi.Ada mesin air milo/Nescafe (self service la)..tv pon ada gak. Tapi ada suara jer. Gambar tader. Tak kisah la. Lama jugak kat situ. Tapi nasib baik la ada this one lady yang tengah tunggu keta dia kena servis gak...Madam Evelyn...syok borak2 dengan dia. Dia...

Hari ini.

Malam tadi tido pukul 12..err..sebenarnya tak tahu pon tido pukul berapa sebab masa tu tengah dok tengok Kimora..last2 Kimora yang tengok saya. So tak tahu la tido jam berapa. Hari ni pulak bangun pukul 3.30 pagi. Terpaksa la korban kan waktu tido sebab nak gentel roti, pastu nak bakar roti yang diorder oleh my neighbour Anis. Dia nak pegi cuti2 mesia di Labuan so roti2 tu nak dibuat bekal la. Lepas sidai2 baju lipat baju pulak. Ish...rajin pulak hari ni nak melipat kain. Sementara mood tu tengah mari, baik la melipat segera. Kalau tak memang ada gunung kain la jawab nyer. Siap melipat separuh (aaiii? separuh jer?) mandi. Siap mandi...apa plak? Mesti la pakai baju. Dah siap pakai baju ...and mangi2....goreng keledek plak wat sarapan. Dah lama dah nak menggoreng keledek...ehhh..keledek plak...Keladi la. Hari tu la..ada beli keladi nak wat kek yam...so ada lebih boleh la di goreng...tp tu la...dari hari Jumaat lagi dah siap potong and slice keladi, pagi Isnin ni baru nak goreng. Nak wat ...

Cerita Jururawat

Image
Aku ni kan kalu tengok muka orang2 yang licin je....terasa sangat la jeles. Sebab muka aku tak licin. Laki aku kata, muka aku cantek macam permukaan bulan. Hmm...pengakuan yang sangat la jujur dan ikhlas dari hati. Huhuhu. The last time I had flawless skin free when I was 16. Masa tu memang licin lah..bak pauh di layang. Tader jerawat ....hatta sebijik pon. Padahal masa tu nak kata jaga sangat muka ni...tader la jugak. Biasa2 jer. Until I turned 17 and changed school. Masa awal2 pindah skolah tu ok lagi la. Peminat2 pon leh tahan ramai jugak la. Ntah sapa2 mai tegor la...nak berkenalan la....hahahaha. Pastu ntah bila la pulak jururawat mula aktif timbul. Hadoiii......tensen sungguh. Bila semakin tensen jururawat pon makin galak la. Alahaii......Kalu jumper member2 skolah lama kat MMP dulu misti kena tegor..." janna....nape jadik gini..." wuwuwuwuwu...sedey wooo....masa awal2 kalu kena tegor ngan kengkawan gitu misti rasa sedey sesangat....pastu lama2...dah jadik kalis..... A...

Fully Occupied

Image
Yer, lately saya sangat2 fully occupied. Nak online pon tak sempat. By the time dah malam, saya dah penat and mengantuk. And the only thing that I want to do the most is to have a good night sleep. Try la jugak ngadap laptop....baca status2 terkini kawan di Facebook ..tak pon ingat nak update blog la....ape la....skali mata nya tidak tahan. Berair2 ni menahan..last2 kalah jugak. Tido jela jawab nyer. Bisnes saya semakin baik...alhamdulillah...sales2 tiap2 bulan meningkat la. Hari2 memang ada oder kek, pizza...Hugau pon selalu je balik lambat lately. sian dia. Tak pe Gau...hujung bulan dapat bonus. Boleh la makan KFC yang sedap pada 1hb. Hahahaha... Sabtu lepas pegi KK. Sebab ada member mintak saya wat kelas baking di rumah dia. So ...saya pegi la...sambil2 cari barang2 stok untuk kedai sekali. Tapi yang paling best pegi KK tu sebab dapat jumpe my old friend Meah! Owh...kami dah lebih 10 tahun tak jumpe. Giler lama seh! Kebetulan dia pon outstation ke KK...and saya pon kebetulan jugak n...

Hmmm.....

Lately agak malas nak update blog. Acutally, nak online macam tak berapa sempat. Cuti skolah ni kami tak memana w/p cuti panjang....3 minggu! err...Sabah je kot cuti 3 minggu. Dah dapat dah jugak kak jemputan kawin...setakat ni baru 3. tapi sumer jauh2 di semenanjung. So tak dapek la eden nak attend. Ishh.....nak makan nasi kenduri kawin ni. Nasi dia..lauk dia...ish...sedapnyerr.......

Agak sentap laa......

Image
(ini adalah ilustrasi semata2,heheeh) Saya berasa sedikit sentap la...bila orang suka2 je cakap... "wahh....surirumah ker? boleh la bangun lambat..." atau, "awak dok rumah tak per laa...leh tido bila2....." atau " awak lain la...dok rumah, esok tak keje, tak kena pegi opis...bangun lambat pon tak per" duuhh! wtf? well...may be if saya seorang surirumah yang tader anak....tido saya takder sapa yang akan ganggu...maka saya boleh la bermalas malasan dan bangun lewat.Itu kalu saya tader anak la kan. Tapi hakikatnye saya ada 4 orang anak. Agaknye memang orang yang bekerja ni fikir gitu kot. Mereka fikir surirumah macam saya ni banyak masa terluang....tader benda nak buat....agak2 rasa ngantuk boleh tido bila2 masa. Katil dan bantal dah siap tersedia kan. Agaknye orang yang bekerja ni rasa mereka je sibuk....mereka je banyak kerja....tak dapat tido siang..mereka je yang bila balik umah kena gegas2 masak...kena gegas mandikan anak....kami surirumah ni....tak pay...

Adeh!

Image
(alah,den ingat gambar ni besar, kocik jo ruponyo....) Badan den ni raso nak domam pulak. Lamo dah jugak eden tak domam. Ado la dalam 4 tahun kot. Poie klinik hari tu pon eden lupo nak bawo surat banak anak2. Punyo la lamo tak poie kinik. Hari ahad lopeh, ehh...apo plak lopeh..baru semalam, haaa....semalam eden sihat laie....hari sabtu tu eden dah raso lomah2 badan, tapi eden tahan. maleh nak layan. Jadi hari ahad tu eden maseh buleh poie jalan2, cari barang2 kek kodai...poie makan, malam nyo baru teraso biso2 tulang2 den. Badan pon raso lomaaaaah jo. Tapi eden gigih jugak buat kek. buat pizza....bakar kek.... Kek blueberry 2 kilo. Ado kawan den nak amek pagi2. Siap jo kojo den...tapak kaki memang sakit gilo lah! Tengok2 laki den dah tido puh2. Kosian nak kojut dio. Biar la. Tapi dio terjago. Terus dio picit2 tapak kaki den ni. Legooo sikit raso. Tapi maso laki den picit2 tu..memang biso lah raso. Memang den nangis lah ! Bilo laei nak bermanjo2 dengan somi ? Dok gitu? ehh..... (tubik ...

Which one do you prefer?

Masa tengah2 dok makan Bakso yang cik abe ai belikan untuk ai......sambil2 dok hirup2 kuah sup tu...ternampak la isi2 ayam.....dalam hati kata.... " hai...kalu ayang beli bakso daging kan besh..." so..itu la yg timbul soklan kat atas.....jadi....tercipta la senarai2 kat bawah... Which one do you prefer? 1) Ayam or Daging lembu - Daging lembu 2) Daging lembu ke.....Ikan - ikan la. 3) Original ke..spicy? -saya sker spicy 4) Tomyam ke Sup Ayam - I'd go for tomyam 5) mee ke mihun - owh...tengok keadaan 6) Mihun ke keowteow - mihun 7) Milo ke Nescafe? - Nescafe 8)laksa penang ker...laksa kelantan - laksa penang........hehehe 9)kangkung goreng belacan ker...kailan ikan masin ? - kailan ikan masin. 10) Sungai ke laut? - pool....hahahaha 11) telur kuning ker telur putih - tentu la telur putih 12) heels ke flat - flat! flat! flat ! 13) rambut panjang or rambut pendek? - rambut pendek...senang nak diurus. 14) tocang or pony tail - tocang. (and memandangkan ada orang kata saya murta...

Genamorima?

Apa nak tulis aah..? tader idea lah.. lapa la pulok. nok makae gapo ehh? malahnyo nok makae nasik. ujae lebak luar nuh. gelak gelemak. cik abe takdop. gi KK. pukol 3.30 takdi dio gi. sapa doh bekali. baru sudoh wak kek cekelat nga pizza tigo butir. pagi takdi wak doh pizza sebutir. ingak ko takdop order doh hari ni. kalu tidok bulih rehat2. tak po lah. rezeki. takdi ado oghe nok oda kek. pahtu nok lolo2. mano dae. tapi gak ambo buat jugok. bley2 ngepek pom buat jugok. hihihi. pahtu gak dio mesej...." nok amek petae esok la kak..."......pulok doh. maring serro nok demae. tubuh sero biso2. muko serro panah2. lemoh jah. soro pon serro supo laing etek. semalae pon tido paka baju sejuk. demae2 ni bulih la nok manjo lebeh2 skit nga cik abe. hahaha. pagi takdi serro gitu lagi. tapi gak kijo keno wak jugok. dok lari sano, dok lari sining, peluh2 tubuh. sero segar sikit. bulih la gi mandi. lamo doh tok demae nyo. ado la dekak 4 taung . tok pong lebih, bekali. aikk? mano pulok la oghe ...

Cuti Hari Buruh

Image
Yer,cuti hari buruh baru2 ni anda semua buat apa? Pergi berjalan2? Berehat2 sahaja di rumah? Atau ada jemputan kenduri kawin? Pada Cuti hari buruh yang lepas saya bekerja seperti biasa. Malah terpaksa bekerja lebih masa. Bertungkus lumus menyiapkan tempahan kek dan juga pizza. Hmm....akhir2 ni tempahan banyak pula di hujung2 minggu. Membuatkan saya merasakan kaki dan tangan yang ada ni sangat la tak cukup. Tapi dah nama pon kerja....buat ajelah. Dah nama pon rezeki...bersyukurla banyak2. Sedang saya dok bergelumang dengan tepung, krim....somi saya kata, apa kata kita pegi berjimba2 dan bersuka ria di KK pada esok harinya. Saya pon setuju lah. Dah lama tak ke KK. Macam dah lupa dah berapa besar dah 1Borneo tu....macam dah tak berapa ingat dah CentrePoint tu ada berapa tingkat. Nampak gaya terpaksa la juga saya ke sana untuk mengira berapa besar dan berapa tingkat yang ada.....sebab dah lupa kan. So pada hari Ahad tu...selepas menyiapkan 7 biji pizza yang orang tempah untuk buat sarapan ...