Hari ini.

Malam tadi tido pukul 12..err..sebenarnya tak tahu pon tido pukul berapa sebab masa tu tengah dok tengok Kimora..last2 Kimora yang tengok saya. So tak tahu la tido jam berapa.

Hari ni pulak bangun pukul 3.30 pagi. Terpaksa la korban kan waktu tido sebab nak gentel roti, pastu nak bakar roti yang diorder oleh my neighbour Anis. Dia nak pegi cuti2 mesia di Labuan so roti2 tu nak dibuat bekal la.

Lepas sidai2 baju lipat baju pulak. Ish...rajin pulak hari ni nak melipat kain. Sementara mood tu tengah mari, baik la melipat segera. Kalau tak memang ada gunung kain la jawab nyer. Siap melipat separuh (aaiii? separuh jer?) mandi. Siap mandi...apa plak? Mesti la pakai baju. Dah siap pakai baju ...and mangi2....goreng keledek plak wat sarapan. Dah lama dah nak menggoreng keledek...ehhh..keledek plak...Keladi la. Hari tu la..ada beli keladi nak wat kek yam...so ada lebih boleh la di goreng...tp tu la...dari hari Jumaat lagi dah siap potong and slice keladi, pagi Isnin ni baru nak goreng. Nak wat cemaner..sibuk la katakan. hahaha.

Dulu2, saya tak tahu pon keladi ni boleh di makan. Ubi nya...batang nya. Bila orang kata keladi ni boleh di makan saya tak percaya. Bila dah kawin and pegi umah mertua baru la saya percaya ubi keladi ni boleh di makan. Malah sedap pulak tu. Batang nya pulak boleh di masak..buat sayur, masak asam rebus ke...atau masak lemak. Sedap sungguh.

Saya tak tahu keladi boleh di makan sebab mak saya tak penah masak masakan ala2 kampung gitu. Nak kata mak saya suka masak yang moden2 pon tak jugak.

Sekarang ni dah kenyang. Apa nak buat yer? Alah..buat je apa yang patut.

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak