Keningau-KK-Keningau

Hari Selasa baru2 ni saya ke KK sekali lagi. Me, Cik abam and Aina je. Yang lain2 tinggal kat umah with Hugau. Ntah hantu rajin apa yang datang....leh siap2 wat nasi lemak lagi untuk anak2 wat bekfes. Bangun pukul 4.30 pagi tanak nasi lemak, rebus telur pastu solat Subuh. Wah...siyes macam typical Malay mothers la. So very not me ! Since dah masak nasi lemak ,maka boleh la saya bawak bekal ke KK sekali. bawak 3 bungkus,...3 saiz. L,M,S. Selalunya tade la saya nak bawak2 bekal2 nih. Apa lagi bekal nasi. Tak kuasa la. Paling2 rajin pon bawak roti je.

Sampai KK pukul 7 pagi. Lepas hantar Ust. Fuad kat Terminal 2 kami pon pegi Tan Chong plak. Ntah Ayang nak cek apa ntah kat Livina tu. So...di situ la kami bersarapan. Ada meja. Ada kerusi.Ada mesin air milo/Nescafe (self service la)..tv pon ada gak. Tapi ada suara jer. Gambar tader. Tak kisah la. Lama jugak kat situ. Tapi nasib baik la ada this one lady yang tengah tunggu keta dia kena servis gak...Madam Evelyn...syok borak2 dengan dia. Dia tengah dok pening kepala sebab nak kena prepare for her VIVA on the next day. Nasib baik la saya dah penah tanya my fren Nonie ape ke benda kah VIVA itu....maka masa Cikgu Evelyn kabor esok dia ada VIVA...tidak la saya ternganga tak paham.

Siap dah cek keta pegi plak ke HSBC pasal cik abam saya nak tutup akaun kad kredit dia. Alhamdulillah...selamat dah tutup satu kad hutang. Pastu pegi kedai BERJAYA plak. Nak usha peti ais untuk letak cake2 saya. Ni la festaim pegi sendiri ke BERJAYA STEEL tu. Sebelum ni beli mixer Berjaya pon sebab main kutu....my fren Alin yang amek. Beli oven hari tu pon cik abam saya je yang pegi...dia yang tengok, dia yang pilih...dia jugak la yang bayar. Hehehe...

Pastu pegi plak lunch kat Chicken Rice Shop. Makan guna kupon yang dapat free tahun lepas. yer la. Orang dah bagi kupon yang ada spcecial offer baik guna sebelum expired. Jangan eksen or malu2 la nak guna kupon.Bila dok makan2 ni ada Aina jer, rasa pelik la pulak. Selalu ramai...banyak tangan nak amek tu, nak amek ni...banyak mulut yang mintak nak tu...mintak nak ni......ni bertiga jer...rasa lain macam plak. Siap makan masuk CentrePoint kejap. Ingat nak cari jajan yang anak2 pesan sebagai upah kena tinggal. Hari tu Anin kata nak jajan PS2....adoiii! Itu bukan jajan Anin oii...itu dah kira hadiah dah tu...tapi nasib baik dia tukar....suh beli Tora jer. Tapi cari2..tak jumpa la pulak. Tak jumpa tora..takkan la nak beli PS2 betul2 plak? Payah2 mak beli Tora kat Keningau ajelah.

Sebelum balik ke Keningau, singgah jap beli barang2 buat kek kat Bake With Me. Tak banyak pon beli. Pasal duit tinggal 100hengget je. Benti solat kat Petronas pastu balik . Sampai umah pukul 6 lebih. Bila tengok anak2 sumer ok....happy...lega sesangat. Ini macam kalu, boleh la Mak tinggal kan lagi. Nana pon tinggal lah. Bagi Mak and Ayah dating plok.

Comments

fatien adibah said…
hehe...btul jugak tuu next time tinggal nana plak..hehe..

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!