Posts

Air Tebu

Image
Saya sangat suka minum air tebu. Nak2 kalau yang baru di mesin dan sejuk2 plak tu. Pergh! Bak macam suami kata ..."masih terasa batang nya...." hahahha. Ini lah gerai jual air tebu yang saya suka singgah beli. Kalau hari tengah panas terik pekena air tebu memang nyaman sekali.  Sebotol kecil 500ml tu di jual RM2, kalau beli botol besar yang 1.5l tu cuma RM5 je. Jimat sikit lah. Boleh kata saya akan beli tiap kalu saya lalu nak balik rumah . Kalau kebetulan ada memang saya akan berhenti beli. p.s : betapa mereka ni berusaha untuk mencari rezeki yang halal..... kan ?

Mode Wakil Rakyat.

Image
Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) .  Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan. Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni  Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah. Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, ada lorong

Durian Crepe

Heyy....! Saya tak buat la durian crepe....! Saya cuma nak cakap je sekarang ni memang trend orang makan durian crepe kan...Rata2 dok cerita pasal durian crepe. Hebat sungguh penangan nya ya. Saya sendiri belom cuba pon lagi tapi dah ada orang mintak saya buatkan. Aduhai....cemaner la nak buat, resepi pon tak ada. Lagipon kat sini sekarang durian tak banyak. Bila tak banyak harganya pon amatlah mahal. Hari tu ada la beli sekali kat jalan lama Papar tu...3 biji je beli 78 hengget ko! Tu pon blom tentu elok isinya. Tapi nak makan punya pasal pejam mata jela. Tapi lepas tu tak beli dah...tunggu balik kampung la kalau nak makan. Tak lama lagi dah nak balik pon. Tu yang tak sabar nak balik kampung ni! Hmm....sebut jugak pasal kampung dalam entry ni. Obvious kan ?

Pisang Goreng Cheese

Image
Anda penah dengar pisang cheese? Pernah makan ?Saya pernah. First time saya makan ni di gerai kawan saya -Kak Sheri. Mula2 tu rasa macam pelik juga, yelah...pisang goreng cheese...sedap ke? Masuk ker?Sekali bila dah rasa sedap rupanya ! I guess fried banana fritters and cheese is not a weird combination after all ! Cuba lah rasa.

Sapa yang nak jemput kami di airport?

Tiap kali cuti skolah tiba Ma dan Abah adalah orang yang paling gembira sebab boleh dikatakan semua anak2 akan balik berkumpul di rumah sampai tak cukup bilik. Adik beradik saya ramai (10org) dan semuanya tinggal jauh bersepah2 di seluruh Malaya dan Borneo and abroad jadi bila semua pakat2 balik memang seronok.  Acara menjemput anak menantu dan cucu di airport adalah acara wajib. Semua orang excited dan tak sabar2. Biasanya satu kereta memang tak cukup. Bab sapa yang nak volunteer pegi amek, or hantar has never been an issue. Malah berebut2 pula nak tolong jemput/hantar. Kita yang nak balik ni bertambah2 teruja dan terasa diri ni tersangatla di sayangi dan dirindui, hehe. Langsung tak nampak yang kerja menjemput kita di airport adalah satu beban atau menyusahkan.  Sebenarnya saya memang dah tak sabar nak balik kampung ! 

Dynamo Baru

Image
Dua hari lepas saya ke Hiap Lee nak beli sabun basuh baju, alahai, pasal beli sabun basuh pon nak cerita ke? Hehehe...nak ceritanya Dynamo sudah berwajah baru!  Saya ni memang pengguna setia Dynamo. Pernah juga cuba guna pencuci pakaian jenama lain tapi last2 akan tetap kembali guna Dynamo juga. Jadi sementara saya masih ingat tujuan utama pegi Hiap Lee tu sebab nak beli Dynamo jadi saya pon terus la pergi ke bahagian sabun2  ni...sekali tengok  tak ada stok Dynamo botol biru yang saya suka tu tapi ada beberaps botol Dynamo berwarna putih yang memang saya tak pernah tengok...saya fikir mungkin salah satu rangkaian baru Dynamo la tu...so saya ambil yang itu. Sekali masa nak pegi ksunter tu baru la saya perasan ada banyaaaakkk stok dynamo botol putih tu.....rupa2nya dynamo dah tukar packaging......warna putih pulak. Malah pack refill pon ada! Wah! Saya pon terusla tukar ambil refill pack memandangkan kat rumah ni memang banyak botol2 Dynamo yang kosong. Anda pula suka guna sabun

Bila bersahabat...

One of my neighbour yang sudah menetap di Keningau lebih 14 tahun telah dapat berpindah ke negeri asal mereka di Kedah. Upon hearing this saya pon tumpang gembira. Mereka adalah antara yang berjaya dapat tukar walaupon ia merupakan cubaan mereka yang pertama kali.Mereka sendiri tidak menyangka akan dapat malah agak terkedu dan masih sukar untuk mempercayai yang mereka sekeluarga akan berpindah balik ke Semenanjung for good.  Salah seorang dari anak mereka adalah kawan baik dengan anak saya. Ibtisam namanya. Mereka sudah berkawan sejak dari kecil lagi. Sama2 belajar di Pasti, sekelas pula sejak dari  tahun 1 lagi hingga lah sekarang, sama2 dalam Persatuan Puteri Islam , teman bermain basikal di waktu petang, hehe. Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk berpindah apa lah pula kesan terhadap anak2 ya?Itu la yang terlintas di fikiran saya.  Maka saya pon memberitahu Laila yang Ibtisam akan berpindah dan tahun depan mereka sudah tidak bersekolah sama2 Laila nyata memang sedih. Pergi sud

D

Biar lah. Nak tulis jugak kat sini. Maka dengan ini secara rasmi nya saya adalah pemegang lesen memandu Kelas D. Yer....sila la gelak. I tak kisah pon sebab ai tahu ....dah tua2 macam ni baru nak ada lesen kan . Tapi tak apa lah...at least berjaya jugak dapat lesen walau pon pada usia remaja purba ni. Tapi ai bangga tauu...sebab masa I pegi test tu ai dah setahun tak pegang stereng. Owh, ada la pegang stereng sekali tu....tapi cik abang kat sebelah tu yang terlebih gabra taw. I tau laa dia tu ada lesen F1. Tapi bila dia dok cakap " brek ! brek! " ...pastu " tengah skit.." pastu, " ehhh! jangan wat gituu...! " ..I punyer level of confidence terus negative you.....hampir2 trauma la jugak. Hahaha. Over nye lah. Tapi kan, best jugak baru dapat lesen at the age of 36 ni...my eldest sister sampai buat status you...incik somi pon wat status jugak. Wah ! Terasa diri ni hot sungguh ! Ahahahaha. Jadi, di tempat anda, berapa kos nak buat lesen memandu kelas D ni ?

Rindu juga.

Image
Ketika mengarang entry yang sebelum ni hati saya membuak2 rindu kepada UPM. Aduhaii....memang banyak kenangan di situ. Masa saya mula2 masuk tu nama nya masih Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama), lepas tu bila saya di semester kedua baru la PM ketika itu tukar jadi Universiti Putra Malaysia (Uniputra).... Di sana lah saya belajar, di sanalah saya bertemu cinta dan jodoh....haish. Sebelum saya masuk UPM Serdang saya amek Matrikulasi setahun di UPM Terengganu ( currently known as Universiti Malaysia Terengganu ) pastu bila buat degree baru la ke Serdang. Masa mula2 daftar, saya mendaftar di Kolej Canselor, dulu nama dia Kolej Kediaman Keempat. Saya telah di hantar oleh kakak saya , Kak Ngoh sefamily. Masa tu kakak saya Halilah pon masih di UPM juga. Saya ditempatkan di bilik 237...eh, ke 273? Hahaha, mana2 lah...tapi memang  Blok Masria. Bilik saya tingkat yang paling atas. Penat naik turun tangga. Roomate saya masa tu Kak Zaiton, student tahun akhir B

Part Time Job Anyone ?

Dulu2 masa saya dok study UPM, saya penah juga keje part time. Masa tu kredit hours utk semester tu tak banyak so boleh la ambo mencari rezeki. Mula2 tu tak tahu gak nak keje apa. Ye la kan. Terai gak survey2 kat Mines sebab kononnya nak keje tempat yang ada aircond and tempat yang boleh nak berpoya2 jugak. Hahaha, niat tak betul dah tu.....tapi on second thought jauh la plak nak kena naik bas apa. Last2 jumpa keje, eceh...jumpa plak, dapat keje dekat kedai fotostat yang dekaaat sangat dengan rumah. Jalan kaki ada la dalam 30 tapak je kot. Ha..dekat kan ?Jimat dah tambang bas. Pastu plak tepi2 tu pon banyak kedai2 makan so nak lunch tu tade masalah lah. Masa mula2 dapat keje tu saya di bayar RM2.50sejam. Maximum keje sehari 8 jam lah. Pagi2 kol 8 dah kena masuk punch kad.Yer, keje kedai fotostat pon kena punch kad la..pasal keje ikut jam kan. Kalau hari saya ada kelas saya tak pegi la keje. Tapi tak lama tu gaji saya dah di up kan jadi RM3/hour. Best jugak keje kedai fotostat ni. Saya

RINDU

Saya sebenarnya tidak la sekuat mana. Orang mungkin nampak saya kuat, orang mungkin fikir saya keras tapi sebenarnya tidak. Saya sudah lebih 16 tahun hidup merantau.  Dari zaman matrik hingga zaman first degree hinggalah sekarang zaman berkeluarga dan beranak pinak. Di Sabah ni sahaja saya sudah menetap hampir 12 tahun. Bila berjauhan dari ibu bapa dan adik beradik boleh dikatakan semua benda terpaksa saya lalui sendiri bersama suami. Apa saja masalah mahu tak mahu kena la pandai2 selesaikan nya sendiri. Saya cuma balik kampung setahun sekali, Hari Raya Aidilfitri pon dah 10 tahun beraya sendiri...dan rasa nya saya la yang paling kurang menyebut betapa teringin nya saya untuk kembali. Namun hakikatnya saya TERPAKSA kuatkan diri, saya TERPAKSA keraskan hati kerana jika saya tidak memaksa diri saya sebegitu saya tidak akan mampu survive di sini. Mahu pon di mana2. Hakikatnya saya menangis di dalam hati...merindui wajah2 yang saya sayangi, di dalam hati ni meronta2 ingin memeluk mereka y

Cerita Tandas

Image
(Sumber gambar : Google Image Search) Saya tak paham betullaa...kenapa la ada orang yang suka ( sebenarnya tak tahu la mereka ni suka ke tak) menyangkung atas toilet duduk tu. Seriously tak paham . Saya anak2 beranak2 memang prefer toilet duduk. Kalau pegi public places ker....or pegi rumah orang ker memang cari toilet duduk. Macam anak2 saya memang sejak dari dalam perut lagi diaorang memang dah guna toilet duduk ni ! Saya plak dah besar skit baru guna toilet duduk. Gitula sejarah nya. Jadi kalau pegi mall ke kalau nak masuk toilet tu budak2 ni memang akan aim toilet yang ada tandas duduk tu lah. Tapi di mall di Malaysia ni memang diaorang buat jumlah toilet cangkung lebih dari toilet duduk kan ? Kalau dalam tandas tu ada 6 tandas ...2 je yang toilet duduk. Memang kebanyakan orang suka toilet cangkung eh ? Padahal kalau tengok rumah2 sekarang boleh kata semua rumah2 yang pemaju buat tu semua buat toilet duduk rasanya. Saya rasa la kaann... Yang membuatkan saya macam bengang ialah

Siapa juara ? KELANTAN !!!!

Image
  (Gambar di ambil dari KELATEBOLA ) Tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan atau pon The Red Warriors (TRW) kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2012 ! Kelantan telah mengalahkan ATM 3-2 Saya semestinya la menyokong TRW sebab saya memang orang Kelantan ! Hehehe....Tapi ada orang tu lagi semangat tau. Kalah orang Kelate. Siap pegi sesi photography lagi you.....semangat sungguh ! Actually hari Sabtu tu kami sefamily dari KK. Pegi KK hari Jumaat lagi and tido sana. So hari Sabtu yang bersejarah tu kami bertolak balik Keningau dari KK kira2 pukul 6.45petang. Masa tu hujan kat KK. Sampai2 je Keningau terus pegi Restoran Phuket. Memang niat nak tengok bola kat situ and dinner sekali. Dah siap suruh member booking table and order makan awal2 lagi. Hehehe. Cuma tu la, saya rasa tak berapa best tengok bola malam tu sebab tak pakai baju merah tapi saya pakai baju hitam. Huhuhu. Balik kampung nanti kang nak kena pegi beli baju TRW la selai sorang. Tengok di Phuket sampai habis

Keh3.

Ler...sampai dua kali pos entry tak puas. Nampak benor tak puas nya, Hahahaha.

Tak Puas.

Saya tak berapa gemar la update blog menggunakan tablet. Ntah. Rasa tak puas. Mungkin sebab keypad nya yang kecik je so bila menaip saya terpaksa menaip dengan penuh berhati2 supaya tidak banyak kesalahan ejaan berlaku. Rasa nya jari ni macam dah kecik dah, tapi masih tak cukup kecik la nampak nya. Lagi satu saya lebih enjoy menaip menggunakan keyboard sebab bila kita mengetuk2 huruf2 di keyboard tu nanti akan keluar bunyi yang best. Ktek Ktek Ktek Ktek.....lagi2 bila kita menaip dengan laju lagi syiok bunyi nya hingga menampakkan betapa sibuk nya kita membuat kerja walhal tengah update blog je pon. Tak pon tengah komen status di Facebook. Jadi bila saya ada idea je nak update blog terpaksa la saya tunggu suami saya pulang dari kerja baru la ada laptop. Nak buat macam mana, laptop yang lagi satu tu dah mogok dan dah mintak pencen rasa nya. So tinggal satu je lagi laptop yang boleh berkhidmat. Anda pula macam mana ?

Tak Puas

saya sebenarnya tak puas update blog guna tab. Bukannya apa keypad dia kan kecik je,asik la tersalah tekan huruf. Ni saya tengah mencuba la ni. Menaip pon dengan sangat berhati2. Lagipon feeling mengarang dengan mengetuk2 papan kekunci lebih best sebab bunyi yang dihasilkan ketika mengetuk2  tu pon macam best. ktek ktek ktek ktek ktek....apalagi bila kita menaip dengan laju...bunyi tu membuatkan kita ni macam sibuk je buar kerja...... hahaha. Sibuk la konon,padahal sibuk chatting and balas komen di fesbuk.

Dugaan

"Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya." I read this as my sister's in-law's Facaebook status. Dia sekarang tengah di uji dengan ujian yang agak berat. Apabila kita berada di dalam kesusahan, di uji dengan masalah dunia yang pelbagai tiada yang lebih bermakna buat  diri kita apabila seluruh ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai memberi semangat dan sokongan serta tolong mendoakan. Walaupon ia tidak dapat menyelesaikan masalah kita namun sekurang2 kita tahu kita

Hotel Transylvania : The Review Betul2 Punya ! Hehehe

Image
 Masa ni baru la ada mood nak bergambar sebab tiket dah berjaya di jual balik, hehehe. Yer...kali ni betul2 punya dah . Entry lepas tu tak apa la..to those who knows me tau sangat dah perangai saya kan ... So, movie ni best! Saya bagi 4 bintang . Lawak dia memang kelakar. Ada jugak part takut2 tapi part takut tu cuma sebagai intro kepada lawak jer. Hahaha. Suka2 ! Ada juga part sedih2 and part yang menyentuh hati....kiranya semua ada lah ! Cukup perasa lah. Watak2 dalam movie ni pon best, Mr. Dracula ( suara oleh Adam Sandler)  memang kelakar. Saya sendiri tak cam tau suara Adam Sandler ! Pandai dia bercakap dengan with different accent seolah2 memang macam orang Romania cakap English.  Cuma anak dia Si Mavis ( suara oleh Selena Gomez) tak la plak cakap pelat macam bapak dia. Elok je English dia, Hahaha. Watak Johnny pon best. Bila teringat balik konfirm saya senyum sorang2.  Johnny ni saya tak tahu suara sapa yang dia guna....tak ingat tu sebab tak berapa familiar with his name.

Hotel Transylvania : The Review......dan cerita2 lain.

Image
Cewah! Tajuk macam pengkritik filem profesional jer. Hehehe. Ini review from my point of view la yer. Orang lain saya tak tahu. So yes, Jumaat baru2 ni kami ke KK dan telah berjaya jugak tengok cerita ni. Tapi sebelum saya proceed dengan ulasan saya pasal movie ni meh la nak cerita sikit kisah2 sebelum dapat menontonnya. Lepas dah check in di Hotel Transylvania   Tang Dynasty Park Hotel kami pon terus menuju ke Suria KLCC..ehh...silap Suria Sabah. Sampai sana makan dulu sebab perut kami semua dah masuk angin pasal lambat makan pastu pusing2 skit dan terus pegi solat di surau. Alang2 dah nak dekat Maghrib terus la tunggu dan solat siap2. Senang hati bila dah selesai solat semua. Sebelum tu Cik Abang dah kata, kalau saya siap dulu tak payah tunggu dia dan dia suruh saya terus naik tingkat 8 pegi GSC. So bila dah selesai tu kami pon tanpa berlengah terus la naik atas, and terus la pegi kaunter tiket....and terus la beli tiket untuk 4 orang budak2 dan 2 orang dewasa.  Semua nya RM72

Sad But True

I read somewhere, tak ingat dah . Kerja2 rumah ni orang hanya akan sebut atau perasan mengenainya only when it's not done. When it's done, nobody seems to care, mention or notice it. Sigh. Sad but true.