Tak Puas.

Saya tak berapa gemar la update blog menggunakan tablet. Ntah. Rasa tak puas. Mungkin sebab keypad nya yang kecik je so bila menaip saya terpaksa menaip dengan penuh berhati2 supaya tidak banyak kesalahan ejaan berlaku. Rasa nya jari ni macam dah kecik dah, tapi masih tak cukup kecik la nampak nya.

Lagi satu saya lebih enjoy menaip menggunakan keyboard sebab bila kita mengetuk2 huruf2 di keyboard tu nanti akan keluar bunyi yang best. Ktek Ktek Ktek Ktek.....lagi2 bila kita menaip dengan laju lagi syiok bunyi nya hingga menampakkan betapa sibuk nya kita membuat kerja walhal tengah update blog je pon. Tak pon tengah komen status di Facebook.

Jadi bila saya ada idea je nak update blog terpaksa la saya tunggu suami saya pulang dari kerja baru la ada laptop. Nak buat macam mana, laptop yang lagi satu tu dah mogok dan dah mintak pencen rasa nya. So tinggal satu je lagi laptop yang boleh berkhidmat.

Anda pula macam mana ?

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!