Thoughts
Anak saya yang paling kecil ( setakat ini lah) dah pon masuk tadika. Cepat betul masa berlalu. Setakat ni dia enjoy pegi sekolah. Tak nangis pon kata nya. Untuk tahun ni anak2 dan suami semua sekolah pagi. Sophea dah masuk Tahun 5, Angah pulak tahun 4…Kak Chik and Nana pulak tadika 6 dan 5 tahun masing2 . Jadi sekarang ni pagi2 saya memang kalut gila. Nak kena sediakan sarapan..nak kena mandikan Nana and Kak Chik. Nana and Kak Chik pon terpaksa bangun pagi2 sama2 dengan Kakak and Angah and Ayah sebab nak pegi tadika seawall 6.30 pagi. Jadi lepas semua2 dah pegi sekolah kat rumah tinggal la saya sorang2. Sunyi je rumah. Bila dah sunyi gitu mula la Mak rasa mengantuk. Ehehehe….sejak Nana dah besar sikit ni orang2 selalu la dok tanya saya bila saya nak tambah lagi. Tambah ? Tambah apa? Alaa…tambah anak. Hmm….saya senyum jer kalau orang tanya2 macam ni. Lagi2 kalau yang tanya saya tu baru ada anak 1 atau pon 2. Nak tergelak pon ada…yer lah…patut nya yang ada ada anak 1,2 orang ni