Found !

Masa kami balik dari Semenanjung ke Sabah dua hari lepas ..perkara yang tak pernah jadi kat saya telah terjadi. Apa yang telah terjadi ? Alah…tader apa sangat pon sebenar nya , Cuma satu dari pada 8 luggage yang kami wat masuk dalam perut kapai terbang tak sampai ke destinasi.

Kami keluar agak lambat sikit sebab masa ngam2 nak keluar tu Yasmin muntah la pulak…nasib baik tak banyak sangat tapi habis muntah dia kena teddy bear yang dia bawak. So nak kena la pegi toilet dulu…cuci2 apa yang patut…kosongkan mana2 pundi yang patut di kosongkan….so lambat sikit la sampai kat tempat ambil luggage.

Selalunya kalau kat KLIA kalau kami lambat ambil barang ni ok la jugak, sebab nanti by the time kami dah sampai kat tempat beg kuar …beg kami dah elok dah tersusun setompok kat satu tempat. Ehehehe. Tak payah susah2 nak tunggu beg or barang2 lain keluar…tak payah nak berebut2 dengan passenger lain.

Tapi hari kami balik tu lepas kami tunggu2 …beg kami yang lagi satu tak keluar2 dah. Sah beg kami missing satu. Mujur la staff kat KKIA tu sangat la membantu…dia contact sana sini…and bitau kami apa yang apa patut kami buat. Yer la…selama2 saya dok naik kapai terbang ni ..dari zaman budak skolah…sampai zaman duduk U..dari zaman airport Subang tu lagi…sampai pegi Terminal 3…pastu ke KLIA..dari tader LCCT sampai ada …tak pernah terjadi lagi la kat saya. Ni la first time kena.

Staff kat situ kata saya kena buat report lah. Kena la bitau beg saya tu kaler apa…cap apa…besaq mana. Lepas tu kami pon balik la ke Keningau with one bag missing. Tapi orang Malaysia Airlines dah cakap dah kalau beg kami dah di jumpa depa akan call and hantar beg kami tu to our doorsteps. So tader la kami susah2 nak kena ke KK lagi.

On the same night akhirnya staff Malaysia Airlines call cakap beg kami dah di jumpai dan akan di hantar ke Keningau on the next day. Sangat la lega. Kira nya cepat la jugak dapat jumpe bag tu.

Akhirnya semalam beg kami tu dah selamat sampai ke tangan kami. Hantar naik teksi lagi . Kalau la beg tu boleh bercakap mesti saya dah tanya dah dia ke mana dia dah menghilang…ehehehe….



Kepada Staff Malaysia Airlines KKIA…terima kasih banyak2 yer ! You’ve been very2 helpful !

Comments

Effa said…
oh.. sudah sampai Keningau ye kak :)

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!