Surat Dari Kak Chk @ Anin @ Yasmin Liyana



Kepada Umi, Che Ngoh, Ibu Noor, Che Teh , Ayah Loh, Che Jie, Che Tie, Mak Ude dan juga Che Adek yang Kak Chik sayangi. ....

Hari Ahad lepas Kak Chik ada penyampaian hadiah. Kak Chik tak tahu apa dia hari penyampaian hadiah ni. Kak Chik ingat kan hari sekolah macam biasa. Tapi buat dekat Perpustakaan ( tapi Nana sebut - PERSUKUTAKAAN) .

Mula2 Kak Chik pegi dengan Ayah dan Nana je. Mak tak ikut sebab mak nak kena siapkan kek orang. Kakak dan Angah pulak tak ada sebab pergi perkhemahan di SK Pasir Puteh. Lepas tu Ayah tinggal kan Kak Chik dan pegi ambik Mak pulak. Lepas tu Ayah pon pergi sebab Ayah ada pertandingan badminton.

Masa Mak sampai Kak Chik dan kawan2 sedang ikut pertandingan mewarna. Lepas tu baru lah masuk dalam dewan . Kak Chik ada juga buat persembahan nyanyian.

Kemudian baru lah ada acara peyampaian hadiah. Cikgu suruh Kak Chik beratur. Kak Chik beratur di belakang sekali sebab nama Kak Chik bermula dengan huruf "Y". Semua kawan2 pon dapat hadiah. Kak Chik rasa seronok sangat.

Lepas tu Cikgu suruh Kak chik beratur lagi sekali. Kali ni Kak Chik duduk yang paling depan. Kemudian ada orang panggil nama Kak Chik - YASMIN LIYANA. Kak Chik pon naik ke atas pentas , salam dengan orang tu lepas tu orang tu bagi Kak Chik sijil dan 'pahala'. Lepas tu kak chik pon turun dan pegi dekat Mak. Kak Chik tanya mak..sijil ni tulis apa...mak kata sijil ni kata kak Chik dapat No.1. Wahhh! Rupanya2 nya Kak Chik nombor 1 . Dah dua kali Kak Chik dapat nombor 1. Kak Chik sungguh seronok.

Lepas acara makan2 Ayah pon datang ambik Kak Chik dan Mak dan Nana. Ayah bawak kami semua pegi minum kopi special. Tak lama lepas tu Kakak telifon Mak suruh ambik dia dan Angah di SK Pasir Puteh.

Sampai di rumah Kak Chik terus simpan pahala Kak Chik dalam almari Ayah. Kak chik mintak hadiah dengan Mak sebab dapat no.1 lagi. Kak Chik mintak sticker Angry Bird dan pemadam Angry Bird. Itu je. Mak kata boleh.

Hari ni ,lepas mak balik dari pasar mak bagi Kak Chik plastik Hiap Lee. Kak Chik tengok dalam plastik tu ada Sticker Angry Bird, Buku Nota Angry Bird, dan Pembaris Angry bird. Wahhh! Kak Chik sangat gembira. Kak Chik cakap terima kasih dekat Mak. Untuk Nana pon mak belikan jugak sebab Mak tak mahu Nana nangis pulak nanti. Untuk Angah dan Kakak Mak tak beli kan.

Tak lama lepas tu Mak nampak Angah baring2 sambil tutup muka dengan bantal. Rupa2 nya Angah menangis. Mak tanya Angah kenapa....rupa2 nya2 Angah pon nak juga sticker Angry Bird. Lepas tu mak kata nanti petang mak belikan.





Sekian terima kasih.

Comments

Adrina Adi said…
tahniah Kakcik. cantik 'pahala' Kakcik. nanti jumpa Mak Long bagi hadiah. bagi t-shirt Angry Bird.
FA said…
haha.kak cik..kak cik..panggil pahala bakpo plok?
kesian dgn angah...
ise3339 said…
Tahniah kak cik dpt no.1, wlpn kk cik tak suke mkn nasi..tp kk cik rajin blaja hi3 klakar la angah ni..takut nana nangis skali org lain plk yg banjir..huhu
nonie said…
congrats kak chik! nanti kumpul pahal banyak2 yea... semoga berjaya dunia & akhirat :)
WaN dAn Ti said…
wah...pahala tu comel..pandai nyer k.achik :)))tahniah

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak