Posts

Anak Saya Menang !!!.

Image
Kira2 sebulan yang lepas saya telah mendapat satu panggilan telefon. Orang tu kata dia dari KFC...and dia kata lagi...anak saya Sophea dah menang hadiah saguhati peraduan KFC.....saya pon naik heran. Bila masa la pulak si sophea masuk peraduan...? Bila masa di hantar nye peraduan tu ? Tetapi setelah di tanya dengan bermacam soalan....itu dan ini maka memang sah lah sophea dah menang itu peraduan. Walaupun cuma hadiah saguhati....hehehe...boleh laaa... Tapi lepas dapat call tu saya tak bitau pon Sophea...saya diam2 je. Nak wat surprise. Lagi pon kalau bitau dia awal2 nanti dia akan balik2 tanya saya bila hadiah dia nak sampai. Sampai saya naik rimas. Jadi adalah lebih baik saya rahsiakan sahaja. So minggu lepas sampai la jugak akhirnya hadiah yg di tunggu2....besar kotak nyer.... Tapi saya tak bukak...saya nak suruh tuan empunya hadiah yang buka sendiri...dah dia punya kan...maka Mak ...sila la jangan over. Walaupun mak ni sebenar nya tak sabar nak tunggu sophea balik sebab mak pon dah

Vacancy - Review Writer for hannahjohary.blogspot.com

Image
Apa? iklan kerja? Hahaha...bukan...ni ada contest ni..ehh..ker giveaway? Bubuh jela mana2 pon. Saya ni sebenarnya tak berapa minat nak join contest2 ke...giveaway ke kecuali la dah kena tag ke..tu lain ceritalah. Tapi kali ni memang saya masuk atas kehendak saya sendiri. Tak ada orang tag..tak ada orang paksa..tak ada orang ugut sambil letak pisau kat leher ke...memang tak ada. Saya yang sukahati dan sukarela nak join. Sebab apa ? Sebab saya memang suka baca blog HannahJohary ni! Saya boleh terbaca blog mama Myiesha ni sebab dia ada letak link blog dia dekat forum Bincang.net. Masa tu nick name dia dekat BDN tak silap saya crystallynna ke...atau lebih kurang gitu lah. Masa tu dia belum kawin....belum tunang...tengah prepare2 nak tunang . Mula2 tengok dia punya posting...humang aiii! panjang. suka betul hannah taip entry yang panjang2. Saya pulak kalau dah entry panjang2 sangat saya mula la terasa malas nak baca....tapi kalau yang Hannah tulis.....memang syiok baca! Sedar2 dah habis. H

Ntahapeape.

Hari Sabtu baru2 ni saya telah pergi mendengar ceramah. Rajin nya la saya pegi ceramah. Iya la..kena la merajinkan diri. Nak ambik lesen punya pasal . (Apa? baru nak amek lesen?) . Saya dengar laa walaupon awak semua sebut dalam hati jer... .ya....tua2 macam ni baru nak amek lesen. Tak pelah...walau pon sekarang kos nak amek lesen punya la mahal. Jadi..pagi2 sabtu tanpa bersarapan saya pon pergi la ke Interior Driving Academy (IDA) untuk mendengar ceramah. Encik suami la yang hantar di iringi oleh dua orang budak kecil. Sampai sana belom pon pukul 8 sebab katanya ceramah start pukul 8..jadi kena la sampai awal sikit kan. Dah tu...tunggu2..pukul 8 lebih sikit baru la kaunter kat depan di bukak untuk pendaftaran dan jugak pembayaran yuran ceramah. Tunggu punya tunggu siap semua dekat pukul 10 baru la start ceramah. Hmm..masa ni mula la fikir..kalau la aku pegi brekfes nasi lemak dekat Pak Kandar dulu kan bagus...dah kenyang. Tapi tak apa lah. Lagi pon ada kantin jugak kat situ. Sesi per

Membesar Bagai Johan

Image
Saya sejak dari kecil memang tak pernah mengalami masalah berat badan. Memang dari budak2 lagi saya memang kecik je orang nya. Tapi kurus sangat macam tak cukup zat tu tidak lah. Sebab masa sekolah rendah dulu tu saya tak layak pon untuk dapat bantuan susu tepung percuma, maknanya saya ni dah cukup zat la.Dah menginjak ke umur remaja pon badan masih mantain je...sedang elok je. Lagipon saya ni bukan la tinggi orang nya. Masa dah masuk U pon gitu lagi lah saiz saya. Tak kembang...tak kecut. steady je. Tambah2 pulak saya sangat la aktif bersilat masa di universiti. Kalau ada tournament lagi ligat saya training..pegi jogging, berenang. Pendek kata memang fit lah. Bila dah kawin pon saya tak ada konflik dengan berat badan saya. Walaupon masa mengandung anak sulung berat saya naik 19kg tapi elok je lepas bersalin kecut balik macam biasa. Bila dah masuk anak dua berat turun la pulak..sampai ada member tegur saya nampak cengkung. Haish. Tapi sejak akhir2 ni setelah beranak 4 badan saya macam

Dah besar dah anak mak.

Semalam sophea nak mandi mintak syampoo rambut saya. Saya pon bagi. Hmm...nampak nya adegan meminjam barang2 mak sudah bermula. Dah besau dah anak mak. Tak pe lepas ni mak beli syampoo untuk kakak jer. bukan syampu kanak2 lagi dah....dah beli syampoo...kang tak lama tu kena beli pulak pencuci muka.....aduss.....lepas pencuci muka ...nak kena beli pad la plak....adehhh!

Bagai mencurah air ke daun keladi

Seorang emak telah keluar dari bilik dan melihat ke empat2 anak nya sedang bergelimpangan menonton tv.Wah....celik mata tengok tv....sudah la belom mandi..gigi pon belom gosok. Mak sudah penat la nak marah2. Jadi mak pon bersuara...bukan la menjerit...tetapi bernada tegas. Mak : Hhmm....bagai mencurah air ke daun keladi anak2: blur (apekehei mak ni ?) Mak : maknanya apabila kita memberi nasihat atau teguran ia tidak memberi kesan terhadap orang itu anak2: blur lagi (apa la mak merepek ni,org nak tgk kartun neh) Mak : cth - apabila mak menyuruh anak2 pegi mandi,tiada seorang pon yg bergerak pegi mandi sekian...pepatah untuk hari ni. nanti mak nak tunjuk kat anak2 macam mana mencurah air ke daun keladi pasal daun keladi pon anak2 tak penah tengok.

Macam2 lah.

Image
Saya masuk bilik nak ngadap laptop. Pastu saya nampak ni ....... v v v v v v v v v v v dah ni ape kehal la plak.......? bila saya tanya dia kata ... " ada belalang warna coklat terbang2...." l err.....jadi takut ngan belalang..tapi nak main game.....berbungkus ngan towel la yer ?

Chef Wan's Chilly Crab

Image
Semalam nak masak ketam, tapi tak tahu nak masak apa. Selalunya saya buat sweet sour..atau pon buttered crab ke...letak status kat fesbuk mintak la sapa2 bagi idea. Banyak yang bermurah hati memberi idea....hehehe.....setelah di pikir2 saya pon setuju dengan cadangan Incik Khairul Nizam a.k.a Chef Nizam and Kak Mah kita supaya buat Chilly Crab je.Chep siap bagi link lagi suh amek resepi kat mana. Resepi Chef Wan. Tengok bahan2...sume ada....maka boleh la saya cuba. Tung tang tung tang..Siap! The verdict. Sedap! Semua kata sedap. Anak2 suka..somi lagi la suka. Bagi la 2 ketul dekat jiran saya yang tengah pegnen..Anis...buat rasa2. Pada sapa2 yang nak cuba ini resepi nyer.....(saya copy paste jer, malas nak taip balik...hehehe) Chef Wan's Chilly Crab Ingredients: Cooking Oil for deep-frying Crabs 1.2-1.5 Kg / 2 – 3 pound, halved 2 Tablespoons / 1 oz Corn Flour (Cornstarch), mixed with 60 ml 2 / fl oz ¼ Cup water 1 Egg, beaten 1 Spring Onion (Scallion), chopped 1 Pineapple, grated Fi

Semalam.

Image
Semalam saya pegi pasar petang .Kenapa panggil pasar petang? Sebab pasar tu di buka pada waktu petang dan saya pergi pada waktu petang. Kalau saya pergi malam tentula dah jadi pasar malam. Sesampai di pasar saya membuat keputusan untuk turun seorang diri sahaja. Saya pon keluar dari kereta dan berjalan beberapa langkah saya patah balik ke kereta. Lupa nak tanya incik suami nak beli apa. Elok je saya pusing balik dah dua orang budak nak ikut saya. Ikut saje la. boleh tolong bawak plastik sayur. Mula2 sekali saya beli pisang. Sebenarnye pisang ni tak ada pon dalam senarai benda2 yang hendak beli yang dah saya buat dalam kepala saya tapi saya beli jugak. Saya beli sesikat je. Nak buat goreng pisang nanti. Saya pilih yang dah kuning warnanya supaya by the time saya nak goreng esok2 ni pisang tu cukup lembek...saya suka pisang lembek2. Lepas tu saya bagi sophea pegang. sampai senget2 dia bawak sebab berat. Hahaha. Nak ikut sangat kan. Pisang di tempat anda berapa ringgit sesisir? Lepas tu s

Mari menyidai baju.

Image
Ini la hasil sidaian somi saya. Walau pon berkedut2 sikit, tapi tak pelah. walaupon di sidai tak ikut kategori jenis2 pakaian pon....tak apa.bukan apa..saya ni kalau sidai baju ada caranya..kalau t-shirt...t-shirt je dulu...pastu baru seluar.....pastu towel ker....pastu baju2.....gitu lah,kalau kain skolah....kain jer...gitu la....biar seragam orang kata.... tapi,tak apa la...yang penting ada gak inisiatif somi saya nak tolong saya sidai baju. Kang kalau di tegur macam2...sentap la pulak, terus majuk takmo sidai baju. hahaha...jadi biarla dia sidai ikut cara dia. kering jugak,dok gitu ? Thank you Babe.

Blank.

Sejak akhir2 ni saya tak ada idea nak tulis apa di blog. Rasa macam ada idea tapi macam tak berapa best. Alaa..macam Kak Mah kata...roh tade mari gitu. Looking back for the past few days membuat kan saya semakin sedar yang manusia ni ada bermacam2 perangai. Ada yang kita senang...ada yang kita tidak berapa senang. Adat la. Tak apa la.....dan mana2 aje lah. Cuma kita kena ingat..segala perbuatan baik akan di balas baik..dan segala perbuatan jahat akan di balas jahat juga.

Cuti

Hari ni saya tak perlu memasak (Weehuuuuuuuuuu...!!!!) sebab ada 2 kenduri kawin. Satu di keningau dan satu lagi di Papar. Terima kasih kepada yang menjemput ya.....kepada yang lain yang nak kawin tu sila jemput saya. Owh..lupa pulak....kebetulan jugak my cousin sorang ni pon kawin juga. Unfortunately I sekeluarga tak dapt attend. To my dear cousin Ahmad Faiz Abdul Azik a.k.a Paih..dan isteri nya Emma....selamat pengantin baru...semoga tabah dan sabar dalam mengharungi alam rumah tangga. Susah kawin ni. To Emma..welcome to the family.... p.s: tengok kad kawin Paih di fesbuk, dekat nama parents pengantin lelaki (my aunt and uncle la) just tulis "Abdul Aziz Wan Yusoff dan Wan Normi Wan Othman " je..tade pon tulis Haji2 kat depan w/p my ayah ziz and mokcik mi dah pegi haji lama dah.... .

Advetorial

Image
Semalam saya telah melawat satu pusat rawatan kecantikan yang baru di buka. Saya sungguh tertarik dengan pusat kecantikan ini sebab ada sesuatu yang istimewa serta lain dari yang lain. Cuma tak tahu la pulak apa nama kedai ni. Sebaik sahaja sampai di pintu hadapan kita akan di sambut dengan "papan tanda" ini... Pusat rawatan ni banyak di tampal dengan pelbagai notis dan papan tanda sebagai peringatan kepada pelanggan dan juga sesiapa yang berada di dalam premis. di bakul sampah pon ada notis Ketika saya sampai di situ terdapat 2 orang pelanggan sedang menunggu giliran di ruang khas untuk menunggu........ setia menunggu giliran dengan sabar. ...dan ada seorang pelanggan sedang menjalani rawatan. Mujurlah saya telah dibenarkan oleh pemilik premis ini untuk merakamkan sesi rawatan yang sedang dijalankan. Saya di fahamkan bahawa pelanggan ini sedang mendapat rawatan untuk melembutkan kulit tangan . Pelanggan di bawah pula datang untuk menjalani rawatan melembutkan kaki. Itulah y

Buhsan la pulak

Hari ni saya merasa sungguh la bosan. Tak tahu kenapa. Mujur la rumah hari ni berkemas elok jer. Jadi tidak la menambah semak di mata dan di kepala ni. Nak kata ada problem..tak pon. Biasa2 jer. Cuma selera untuk makan tu tidak ada tetapi tidak la sampai tak masak. Saya masak tapi saya masak untuk orang lain makan. Bukan untuk saya. Bila anak2 dan suami makan saya duduk semeja tengok mereka semua makan dengan berseleranya. Jam 4 kami semua ke gelanggang squash. Perut saya dah bergendang2 menyanyi lagu hip hop rasanya. Tapi tak terasa jugak nak makan. Bila anak2 warm up ..saya pon warm up. Lepas tu saya berjoget2 sekejap. Keluar la peluh setitik dua. Lepas tu saya duduk ...sampai badan kembali sejuk. Balik rumah terus sambung buat kek dan pizza. Ada orang oder. Pon selera saya tidak terbuka. malah bertambah bosan rasanya. last2 saya minum milo je satu mug. jadik lah. kali terakhir saya makan nasi....pukul 11 pagi semalam.

People

Image
Saya suka tengok gelagat orang. Gambar2 ni saya ambil sementara menunggu suami ke bank. Jadi saya curi2 ambil gambar orang2 yang lalu lalang. Ada yang tua...yang muda.....yang ranggi....yang simple.....yang nak pergi kerja atau cuma jalan2...... Ibu dan anak... New Sabah Times ada? Dia ni mungkin bekerja di pejabat agama kat atas bank ni rasanya. Bapa dan anak pulak yang tengah cakap telefon pon ada.... ni pon ye jugak... alamak ini pakcik sudah nampak saya curi ambil gambar dia...! yang ni tunggu gewe dia kot...dengan phone kat tangan lagi tu... Ibu dan anak lagi.... macam pernah tengok je sis ni .....tapi di mana ya ..? Jangan gaya ada,tapi duit tak ada..jadi kena la pegi bank cucuk duit dulu... Saya suka budak yang kecik tu...cumil jer. Mungkin mereka ni dari Timur Leste. sapu2 sampah... Gigih nya lah saya mengupload gambar dan maaf juga atas quality gambar yang tak berapa menarik, sebab semua gambar ni saya ambil dari dalam kereta je tanpa menurun kan cermin sebab malu

dialog

Mak : adulaaa...ngantuk weh! (sambil gosok2 mata) Nana : tido la... Mak : tido kat mana? Nana: Tido kat sini la....katil nana dan kak chick ni.. Mak : ok...mekasih Nana,......................................................! v v v v v v v v v v v v v v Nana : ....tapi kena bayar. Mak : ???????

:(

Aduhai....punah segala harapan dan rancangan saya untuk pergi berdating bersarapan berdua dengan suami tahun depan. Huhuhuhuu......nampak gaya kena la bersarapan puas2 dengan cik abe minggu ni dan minggu depan. Lepas raya cina dah tak boleh dah. Yang...esok kita pegi Pak Kandar lagi yerr......?

Alahai......

Image
Alahai....saya beli bende alah ni nak wat sangkut tudung2 saya yang tak banyak mana tu. Tapi ada la pulak orang pegi sangkut kemeje keje dia kat penyangkut tudung saya ni. Nak wat cemaner....penyangkut ada 28 lubang..tudung saya cuma 7 helai...ada 21 lubang lagi. Hmmm...kena la gigih mengumpul tudung la nih. Kang penyangkut tudung bertukar jadi penyangkut kemeja pulak.

LENGA

Image
Ni namanya air lada @ pencicah. Wat makan dengan mee goreng pon sedap, wat cicah kopok lekor ke..kopok keping pon sedap. Cicah popia pon sedap jugak. Bila aku belek2 botol tu terbaca la bahan2 nyer...... lada....gula ...bla bla bla......pastu lenga. ha? LENGA? Muahahahahaahahaaa......!

What about you ?

Image
illustrasi semata2 Saya tengok orang zaman sekarang buat majlis bertunang macam majlis kawin dah kekdahnya. Takut pulak menengok. Harus jugak habis beriban2 juga tu. mana la tak pakai duit banyak nak kawin ni kan? siap ngan khemah...siap ngan pelamin....siap kenduri bagai. untuk apa semua tu sebenarnyer yer ? saya tak berapa faham. sebab kalu belah family saya tunang simple je. mai2...cerita2....sarung cincin dah. makan la skit2. tadak khemah. tadak kenduri. makan dalam rumah jer. hampar saprah, hidang lauk 2,3 jenis. baca bismillah, makan lah. malah ada antara adik beradik saya yang tak bertunang pon. kawin terus. tak tahu la kalau besok2 kot adik saya yang ada belen 2 orang belum kawin ni buat tunang grand2 giler tu..tak tahu lah. harap tidak lah. yang pihak perempuan la selalunya kalau beriya2 pon. tempah baju (tu pon pakai sekali tu jer, kawin esok tempah hak lain pulak!), tempah pelamin, tempah jurumekap,tempah katering, tempah jurugambar, tempah juru hias hantaran.....dan segala