Bangun Lambat di Hari Jumaat...haish.
Hari ni mak bangun lambat. Kol 6.30 baru sedar. Haish. Kalau kat semenanjung bangun kol 6.30 memang sempat lagi....tapi dah nasib dok Sabah, matahari terbit kat sini dulu. Maka tak pergi skolah la anak2. Pepandai je mak bagi cuti. Cemaner la boleh tak sedar, selalu nya ngam2 kol 5 sebelum jam bunyi mesti otomatik mata terbukak. Ke sebab sakit kepala sangat malam tadi ? Tu lah. Tido awal sebenarnya, belom kol 12 dah tido pasal sakit kepala yang amat. Sampai rasa macam nak tumbang. Itu yang terus pegi menumbang kan diri kat tilam tu. Selalu selagi tak lepas kol 12 tak reti2 nak tido..hehehe. So lepas dah bangun tu terus pegi pasar. Dari semalam lagi dah pasang niat nak beli sekor lembu .Ehh....ekor lembu jer. cadang nye nak buat sup lah. Sekali dah sampai pasar, tengok2 jangan ke ekor lembu, orang yang jual daging lembu pon tader ! Memang tader rezeki betul la .....so kita beli ikan ajelah. Beli sayor skit. Pastu beli komik plak. Lepas beli komik beli nasi lemak. Pastu dok memutar tak ta...