Tahun ke-11
Tahun 2011 ni masuklah tahun ke-11 kami di negeri di bawah bayu ni. Suami saya datang ke sini pada bulan July 2000 sebaik sahaja tamat belajar manakala saya menyusul pada bulan Januari 2001 setelah sah bergelar isteri kepada suami saya pada hujung tahun 2000. Pejam2 celik pejam celik sudah pon masuk tahun ke-11. Sekejap je rasa. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan bermastautim di sini. Tidak merancang untuk memiliki rumah di sini, melahirkan dan membesarkan anak2 kami di sini serta menyekolahkan mereka juga di sini. Namun itu lah hakikatnya sekarang. Ketika saya mula menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini rasa memanglah rasa seronok. Walaupon terpaksa berjauhan dengan keluarga namun bagi saya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jadi semua itu tidak menjadi penghalang malah saya tidak pernah ragu2 untuk ke sini walaupun ketika itu saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan saya di sini nanti. Enam bulan pertama saya banyak merungut. Di sini tidak ada