Posts

Showing posts from October, 2012

D

Biar lah. Nak tulis jugak kat sini. Maka dengan ini secara rasmi nya saya adalah pemegang lesen memandu Kelas D. Yer....sila la gelak. I tak kisah pon sebab ai tahu ....dah tua2 macam ni baru nak ada lesen kan . Tapi tak apa lah...at least berjaya jugak dapat lesen walau pon pada usia remaja purba ni. Tapi ai bangga tauu...sebab masa I pegi test tu ai dah setahun tak pegang stereng. Owh, ada la pegang stereng sekali tu....tapi cik abang kat sebelah tu yang terlebih gabra taw. I tau laa dia tu ada lesen F1. Tapi bila dia dok cakap " brek ! brek! " ...pastu " tengah skit.." pastu, " ehhh! jangan wat gituu...! " ..I punyer level of confidence terus negative you.....hampir2 trauma la jugak. Hahaha. Over nye lah. Tapi kan, best jugak baru dapat lesen at the age of 36 ni...my eldest sister sampai buat status you...incik somi pon wat status jugak. Wah ! Terasa diri ni hot sungguh ! Ahahahaha. Jadi, di tempat anda, berapa kos nak buat lesen memandu kelas D ni ?...

Rindu juga.

Image
Ketika mengarang entry yang sebelum ni hati saya membuak2 rindu kepada UPM. Aduhaii....memang banyak kenangan di situ. Masa saya mula2 masuk tu nama nya masih Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama), lepas tu bila saya di semester kedua baru la PM ketika itu tukar jadi Universiti Putra Malaysia (Uniputra).... Di sana lah saya belajar, di sanalah saya bertemu cinta dan jodoh....haish. Sebelum saya masuk UPM Serdang saya amek Matrikulasi setahun di UPM Terengganu ( currently known as Universiti Malaysia Terengganu ) pastu bila buat degree baru la ke Serdang. Masa mula2 daftar, saya mendaftar di Kolej Canselor, dulu nama dia Kolej Kediaman Keempat. Saya telah di hantar oleh kakak saya , Kak Ngoh sefamily. Masa tu kakak saya Halilah pon masih di UPM juga. Saya ditempatkan di bilik 237...eh, ke 273? Hahaha, mana2 lah...tapi memang  Blok Masria. Bilik saya tingkat yang paling atas. Penat naik turun tangga. Roomate saya masa tu Kak Zaiton, student tahun akh...

Part Time Job Anyone ?

Dulu2 masa saya dok study UPM, saya penah juga keje part time. Masa tu kredit hours utk semester tu tak banyak so boleh la ambo mencari rezeki. Mula2 tu tak tahu gak nak keje apa. Ye la kan. Terai gak survey2 kat Mines sebab kononnya nak keje tempat yang ada aircond and tempat yang boleh nak berpoya2 jugak. Hahaha, niat tak betul dah tu.....tapi on second thought jauh la plak nak kena naik bas apa. Last2 jumpa keje, eceh...jumpa plak, dapat keje dekat kedai fotostat yang dekaaat sangat dengan rumah. Jalan kaki ada la dalam 30 tapak je kot. Ha..dekat kan ?Jimat dah tambang bas. Pastu plak tepi2 tu pon banyak kedai2 makan so nak lunch tu tade masalah lah. Masa mula2 dapat keje tu saya di bayar RM2.50sejam. Maximum keje sehari 8 jam lah. Pagi2 kol 8 dah kena masuk punch kad.Yer, keje kedai fotostat pon kena punch kad la..pasal keje ikut jam kan. Kalau hari saya ada kelas saya tak pegi la keje. Tapi tak lama tu gaji saya dah di up kan jadi RM3/hour. Best jugak keje kedai fotostat ni. Saya ...

RINDU

Saya sebenarnya tidak la sekuat mana. Orang mungkin nampak saya kuat, orang mungkin fikir saya keras tapi sebenarnya tidak. Saya sudah lebih 16 tahun hidup merantau.  Dari zaman matrik hingga zaman first degree hinggalah sekarang zaman berkeluarga dan beranak pinak. Di Sabah ni sahaja saya sudah menetap hampir 12 tahun. Bila berjauhan dari ibu bapa dan adik beradik boleh dikatakan semua benda terpaksa saya lalui sendiri bersama suami. Apa saja masalah mahu tak mahu kena la pandai2 selesaikan nya sendiri. Saya cuma balik kampung setahun sekali, Hari Raya Aidilfitri pon dah 10 tahun beraya sendiri...dan rasa nya saya la yang paling kurang menyebut betapa teringin nya saya untuk kembali. Namun hakikatnya saya TERPAKSA kuatkan diri, saya TERPAKSA keraskan hati kerana jika saya tidak memaksa diri saya sebegitu saya tidak akan mampu survive di sini. Mahu pon di mana2. Hakikatnya saya menangis di dalam hati...merindui wajah2 yang saya sayangi, di dalam hati ni meronta2 ingin memeluk mere...

Cerita Tandas

Image
(Sumber gambar : Google Image Search) Saya tak paham betullaa...kenapa la ada orang yang suka ( sebenarnya tak tahu la mereka ni suka ke tak) menyangkung atas toilet duduk tu. Seriously tak paham . Saya anak2 beranak2 memang prefer toilet duduk. Kalau pegi public places ker....or pegi rumah orang ker memang cari toilet duduk. Macam anak2 saya memang sejak dari dalam perut lagi diaorang memang dah guna toilet duduk ni ! Saya plak dah besar skit baru guna toilet duduk. Gitula sejarah nya. Jadi kalau pegi mall ke kalau nak masuk toilet tu budak2 ni memang akan aim toilet yang ada tandas duduk tu lah. Tapi di mall di Malaysia ni memang diaorang buat jumlah toilet cangkung lebih dari toilet duduk kan ? Kalau dalam tandas tu ada 6 tandas ...2 je yang toilet duduk. Memang kebanyakan orang suka toilet cangkung eh ? Padahal kalau tengok rumah2 sekarang boleh kata semua rumah2 yang pemaju buat tu semua buat toilet duduk rasanya. Saya rasa la kaann... Yang membuatkan saya macam bengang ialah ...

Siapa juara ? KELANTAN !!!!

Image
  (Gambar di ambil dari KELATEBOLA ) Tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan atau pon The Red Warriors (TRW) kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2012 ! Kelantan telah mengalahkan ATM 3-2 Saya semestinya la menyokong TRW sebab saya memang orang Kelantan ! Hehehe....Tapi ada orang tu lagi semangat tau. Kalah orang Kelate. Siap pegi sesi photography lagi you.....semangat sungguh ! Actually hari Sabtu tu kami sefamily dari KK. Pegi KK hari Jumaat lagi and tido sana. So hari Sabtu yang bersejarah tu kami bertolak balik Keningau dari KK kira2 pukul 6.45petang. Masa tu hujan kat KK. Sampai2 je Keningau terus pegi Restoran Phuket. Memang niat nak tengok bola kat situ and dinner sekali. Dah siap suruh member booking table and order makan awal2 lagi. Hehehe. Cuma tu la, saya rasa tak berapa best tengok bola malam tu sebab tak pakai baju merah tapi saya pakai baju hitam. Huhuhu. Balik kampung nanti kang nak kena pegi beli baju TRW la selai sorang. Tengok di Phuket sampai h...

Keh3.

Ler...sampai dua kali pos entry tak puas. Nampak benor tak puas nya, Hahahaha.

Tak Puas.

Saya tak berapa gemar la update blog menggunakan tablet. Ntah. Rasa tak puas. Mungkin sebab keypad nya yang kecik je so bila menaip saya terpaksa menaip dengan penuh berhati2 supaya tidak banyak kesalahan ejaan berlaku. Rasa nya jari ni macam dah kecik dah, tapi masih tak cukup kecik la nampak nya. Lagi satu saya lebih enjoy menaip menggunakan keyboard sebab bila kita mengetuk2 huruf2 di keyboard tu nanti akan keluar bunyi yang best. Ktek Ktek Ktek Ktek.....lagi2 bila kita menaip dengan laju lagi syiok bunyi nya hingga menampakkan betapa sibuk nya kita membuat kerja walhal tengah update blog je pon. Tak pon tengah komen status di Facebook. Jadi bila saya ada idea je nak update blog terpaksa la saya tunggu suami saya pulang dari kerja baru la ada laptop. Nak buat macam mana, laptop yang lagi satu tu dah mogok dan dah mintak pencen rasa nya. So tinggal satu je lagi laptop yang boleh berkhidmat. Anda pula macam mana ?

Tak Puas

saya sebenarnya tak puas update blog guna tab. Bukannya apa keypad dia kan kecik je,asik la tersalah tekan huruf. Ni saya tengah mencuba la ni. Menaip pon dengan sangat berhati2. Lagipon feeling mengarang dengan mengetuk2 papan kekunci lebih best sebab bunyi yang dihasilkan ketika mengetuk2  tu pon macam best. ktek ktek ktek ktek ktek....apalagi bila kita menaip dengan laju...bunyi tu membuatkan kita ni macam sibuk je buar kerja...... hahaha. Sibuk la konon,padahal sibuk chatting and balas komen di fesbuk.

Dugaan

"Allah menduga kerana Allah menunjukkan kasih sayang-Nya. Allah memberi ujian kerana Allah memilih kita. Bila Allah memilih kita,bermakna Allah INGAT pada kita...beruntunglah bagi insan-insan yang diduga Allah..bersyukurlah kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diduga,mudah-mudahan dugaan itu akan mematangkan kita,menjadikan kita lebih dewasa, memberi pengajaran yang cukup bermakna dan yang lebih penting moga-moga dugaan itu akan menjadi tanda Allah memberi kita masa untuk mengingati-Nya dan satu jalan untuk kita mendekati-Nya." I read this as my sister's in-law's Facaebook status. Dia sekarang tengah di uji dengan ujian yang agak berat. Apabila kita berada di dalam kesusahan, di uji dengan masalah dunia yang pelbagai tiada yang lebih bermakna buat  diri kita apabila seluruh ahli keluarga, rakan2 dan sahabat handai memberi semangat dan sokongan serta tolong mendoakan. Walaupon ia tidak dapat menyelesaikan masalah kita namun sekurang2 kita tahu kita...

Hotel Transylvania : The Review Betul2 Punya ! Hehehe

Image
 Masa ni baru la ada mood nak bergambar sebab tiket dah berjaya di jual balik, hehehe. Yer...kali ni betul2 punya dah . Entry lepas tu tak apa la..to those who knows me tau sangat dah perangai saya kan ... So, movie ni best! Saya bagi 4 bintang . Lawak dia memang kelakar. Ada jugak part takut2 tapi part takut tu cuma sebagai intro kepada lawak jer. Hahaha. Suka2 ! Ada juga part sedih2 and part yang menyentuh hati....kiranya semua ada lah ! Cukup perasa lah. Watak2 dalam movie ni pon best, Mr. Dracula ( suara oleh Adam Sandler)  memang kelakar. Saya sendiri tak cam tau suara Adam Sandler ! Pandai dia bercakap dengan with different accent seolah2 memang macam orang Romania cakap English.  Cuma anak dia Si Mavis ( suara oleh Selena Gomez) tak la plak cakap pelat macam bapak dia. Elok je English dia, Hahaha. Watak Johnny pon best. Bila teringat balik konfirm saya senyum sorang2.  Johnny ni saya tak tahu suara sapa yang dia guna....tak ingat tu sebab tak berapa fami...

Hotel Transylvania : The Review......dan cerita2 lain.

Image
Cewah! Tajuk macam pengkritik filem profesional jer. Hehehe. Ini review from my point of view la yer. Orang lain saya tak tahu. So yes, Jumaat baru2 ni kami ke KK dan telah berjaya jugak tengok cerita ni. Tapi sebelum saya proceed dengan ulasan saya pasal movie ni meh la nak cerita sikit kisah2 sebelum dapat menontonnya. Lepas dah check in di Hotel Transylvania   Tang Dynasty Park Hotel kami pon terus menuju ke Suria KLCC..ehh...silap Suria Sabah. Sampai sana makan dulu sebab perut kami semua dah masuk angin pasal lambat makan pastu pusing2 skit dan terus pegi solat di surau. Alang2 dah nak dekat Maghrib terus la tunggu dan solat siap2. Senang hati bila dah selesai solat semua. Sebelum tu Cik Abang dah kata, kalau saya siap dulu tak payah tunggu dia dan dia suruh saya terus naik tingkat 8 pegi GSC. So bila dah selesai tu kami pon tanpa berlengah terus la naik atas, and terus la pegi kaunter tiket....and terus la beli tiket untuk 4 orang budak2 dan 2 orang dewasa.  Semua ...

Sad But True

I read somewhere, tak ingat dah . Kerja2 rumah ni orang hanya akan sebut atau perasan mengenainya only when it's not done. When it's done, nobody seems to care, mention or notice it. Sigh. Sad but true.

Hotel Transylvania !

Image
 (image from Google search) Owh tak sabar rasa nya nak bawak anak2 tengok cerita ni. Sapa yang dah pegi tengok ? Betul ke citer ni best ? Eh, jap. Ni sapa yang tak sabar nak tengok sebenarnya? Mak ke anak ? Ahahaha...jawapannya dua2. Dari awal puasa lagi saya dan suami dah dok merancang2 nak bawak anak2 tengok cerita Hotel Transylvania nih. Mulanya kami pegi tengok citer Spiderman yang baru tu...(anak2 tak tahu mak ayah tengok citer ni sebab masa nak kuar tu anak2 dah pesan - "Mak Ayah jangan tengok wayang tauuu..." ,hihihih) , pastu ada la sedutan citer ni sebelum citer Spiderman tu start. Owh ! Seriously laaa...totally hilarious! Tu baru tengok sedutan pon dah rasa macam kelakar yang amat dah ! Pastu ada pulak iklan citer tu kat tv...owh bertambah2 nak tengok la anak2 ni. Tak sabar nak tunggu 27/9. So sekarang ni tengah dok tayang la di cinema. Si Yasmin beriya2 la nak pegi KK on the 27th...tapi kebetulan pula masa tu Si Sophea ada English Camp plak...so tak dap...

Update Cikgu Gigit Murid

Owh ! Masih ingat dengan entry saya pasal guru yang gigit murid tu ? Saya telah mendapat maklumat terbaru dari sumber2 yang boleh dipecayai bahawa cikgu tu rupa2 nya memang tak berapa "sihat" Kalau bergurau ngan budak2 pon kasar la..apa la...cuma part yang kata nya dia dah dipecat tu itu saya tak berapa pasti sebab tak ada bukti kukuh. Cuma cerita2 sahaja. Kalau benar begitu la kan, cikgu tu memang tak patut dibiarkan mengajar. Tidak bagus untuk reputasi sekolah, tidak membawa apa2 manfaat kepada murid2. Malah boleh mencetuskan perkara2 yang tidak di ingini pulak. Sebaik2nya cikgu tu kita bawak pegi spital, cek dengan doktor. Kalau betul cikgu tu tak berapa sihat kita tengok la kot2 ada treatment atau ubat ubatan yang boleh menyihatkan dia balik. Saya percaya cikgu itu sendiri pon mahu menjadi sihat dan waras semula kan ?

5 sen

Image
(gambar ihsan Google) Semalam saya ke pekan nak beli Dynamo...ater dah habis dah ni,nak basuh baju pon tak boleh. Dah sudah beli Dynamo dan lain2 ( harusla ada jugak lain2 w/p niat cuma nak beli Dynamo) saya pon singgah la Pizza Hut...saja la nak tapau pizza untuk anak2. Yer, Keningau pon ada Pizza Hut you....hehehe. Saya pon oder la 2 pizza saiz regular dan 4 pieces deli wings. Semua nya RM52.15 , so saya pon bayar la cashier tu RM52.20. Pastu saya pon tunggu la dia bagi resit dan baki 5 sen. Sekali masa dia hulur resit tu dia kata ... " Sori, saya tak ada 5 sen ..." , saya pon hangguk je and senyum. Pastu pegi la duduk kat ruang menunggu tu. Sambil saya duduk dan minum air bergas bewarna kuning yang depa bagi free tu  dalam kepala saya ni masih dok teringat baki duit saya yang 5 sen tu. Memang la cuma 5 sen je...tapi itu duit saya. Pihak Pizza Hut sepatutnya tokleh la amek duit saya suka2 hati dia kan ? Hatta 5 sen je pon. Dalam kepala saya ni dok la berfikir...k...