Posts

Showing posts from November, 2012

Bersiaran dari Temasek

Ya, saya di Singapura di rumah kakak sulung saya setelah lebih 13tahun tak ke mari. Sejak balik kampung ni tak update satu apa pon kan? Kat kampung hubby tader internet so nak online guna laptop tak boleh la ...setakat dapat upload gambar and update status kat facebook bolehla guna tablet. Hari ni hari ke-3 di Choa Chu Kang,tak tahu lagi nak ke mana. Semalam kami ke USS dah sehari suntuk.Itu nanti la saya cerita ya.Hari pertama dah jalan2 beli souviners bagai dah...so sudah agak banyak SingDollar yang habis....hehe. Ok, nanti saya sambung lagi ya !

Semoga Bertemu Lagi....

Image
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan... Kalau ada sumur di ladang, Boleh lah kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang,  Boleh kita berjumpa lagi..... p.s : Mak pun turut sedih dan sayu......

PANCAKE !

Image
Today we had pancake for breakfast. Lama dah tak wat pancake. Alih2 pagi ni rajin plak mak nak buat pancake. Mak dan Nana suka makan dengan madu + honey, Sophea and Angah plak suka makan dengan susu pekat manis ( typical Kelantanese, hihihi) ..Yasmin plak tak berapa makan, Hehehe. So she had cereals instead. Mak kalau buat pancake tak pernah guna yang premix. I guna ramuan sendiri. Cewah. Konon la ramuan sendiri dan saya ada satu secret ingredient yang boleh buat kita punya pancake lembut dan gebuss gitu.....macam yang Mc.D punya tu.... Tapi...tak boleh bagi tahu apa dia secret ingredient tu. Ye la..kan nama nya secret...mana bley bagitahu. Hahaha. But, anda jangan risau...kalau ramai yang nak tahu boleh je I reveal the secret. Hehehe.

Cerita Kawin

Musim cuti sekolah juga adalah musim orang kawin. Kalau kat negara lain tak tahu la kalau2 macam ni juga...asal cuti skolah kenduri kawin berderet2. Bila tengok orang kawin ni teringat la masa saya kawin dulu. Kami kawin dulu simple je. Family saya memang tak pernah panggil jemputan sampai seribu orang. Seramai2 adik beradik saya yang 9 orang dah kawin ni paling ramai jemputan pon 500 orang je. Masa saya kawin saya baru keluar U, suami pon baru kena posting. Kad kawin saya print sendiri lepas tu saya fotostat guna kertas kaler2. Pastu saya beli sampul surat kaler putih. Saya kawin tak ada pelamin. Cukup lah dengan bilik pengantin yang di hias sendiri oleh sedara mara, adik beradik ,sepupu sepapat, masing2 mencurahkan idea masing2. Heheh . Cadar, backdrop ( eh yeke org panggil backdrop ?) , pinjam dengan kenalan Ma. Baju nikah pinjam dengan Moksu Na, baju songket pinjam (ke sewa) dengan CheMinah Songket sebab sedara...barang hantaran plak di sponsor oleh adik beradik, sepupu2 dan mak se...

Air Tebu

Image
Saya sangat suka minum air tebu. Nak2 kalau yang baru di mesin dan sejuk2 plak tu. Pergh! Bak macam suami kata ..."masih terasa batang nya...." hahahha. Ini lah gerai jual air tebu yang saya suka singgah beli. Kalau hari tengah panas terik pekena air tebu memang nyaman sekali.  Sebotol kecil 500ml tu di jual RM2, kalau beli botol besar yang 1.5l tu cuma RM5 je. Jimat sikit lah. Boleh kata saya akan beli tiap kalu saya lalu nak balik rumah . Kalau kebetulan ada memang saya akan berhenti beli. p.s : betapa mereka ni berusaha untuk mencari rezeki yang halal..... kan ?

Mode Wakil Rakyat.

Image
Betul la orang kata, banyak berjalan luas pengalaman. Semasa kami berjalan2 ke Brunei melalui jalan darat saya dapat perhatikan perbezaan keadaan jalan raya di Brunei dan Malaysia ( Sabah dan Sarawak) .  Kalau travel ikut udara mungkin kita tak nampak sangat, tapi bila travel ikut jalan darat ni macam2 kita boleh nampak dan perhatikan. Dari Keningau ke Miri kami kena ikut laluan2 ni  Keningau- Sindumin (Sabah)- Merapok (Lawas,Sarawak) - Temburung (Brunei) - Limbang (Sarawak)- Bandar Seri Begawan - Tutong ( Brunei)- Seria (Brunei)- Kuala Belait (Brunei )- Sungai Tujuh ( Miri, Sarawak ) - Bandar Miri. So mahu tak mahu kalau ikut jalan darat memang nak kena keluar masuk Malaysia Brunei lah. Apa yang perhatikan kalau kita drive tu asal kita nampak jalan tu kecik, ada pecah2, jalan nya tak rata, tiada lampu jalan, kita boleh tahu yang kita sekarang sedang memandu di jalan raya di Pedalaman atau kawasan kampung di Malaysia. Tapi asal je kita nampak jalan raya yang lebar, a...

Durian Crepe

Heyy....! Saya tak buat la durian crepe....! Saya cuma nak cakap je sekarang ni memang trend orang makan durian crepe kan...Rata2 dok cerita pasal durian crepe. Hebat sungguh penangan nya ya. Saya sendiri belom cuba pon lagi tapi dah ada orang mintak saya buatkan. Aduhai....cemaner la nak buat, resepi pon tak ada. Lagipon kat sini sekarang durian tak banyak. Bila tak banyak harganya pon amatlah mahal. Hari tu ada la beli sekali kat jalan lama Papar tu...3 biji je beli 78 hengget ko! Tu pon blom tentu elok isinya. Tapi nak makan punya pasal pejam mata jela. Tapi lepas tu tak beli dah...tunggu balik kampung la kalau nak makan. Tak lama lagi dah nak balik pon. Tu yang tak sabar nak balik kampung ni! Hmm....sebut jugak pasal kampung dalam entry ni. Obvious kan ?

Pisang Goreng Cheese

Image
Anda penah dengar pisang cheese? Pernah makan ?Saya pernah. First time saya makan ni di gerai kawan saya -Kak Sheri. Mula2 tu rasa macam pelik juga, yelah...pisang goreng cheese...sedap ke? Masuk ker?Sekali bila dah rasa sedap rupanya ! I guess fried banana fritters and cheese is not a weird combination after all ! Cuba lah rasa.

Sapa yang nak jemput kami di airport?

Tiap kali cuti skolah tiba Ma dan Abah adalah orang yang paling gembira sebab boleh dikatakan semua anak2 akan balik berkumpul di rumah sampai tak cukup bilik. Adik beradik saya ramai (10org) dan semuanya tinggal jauh bersepah2 di seluruh Malaya dan Borneo and abroad jadi bila semua pakat2 balik memang seronok.  Acara menjemput anak menantu dan cucu di airport adalah acara wajib. Semua orang excited dan tak sabar2. Biasanya satu kereta memang tak cukup. Bab sapa yang nak volunteer pegi amek, or hantar has never been an issue. Malah berebut2 pula nak tolong jemput/hantar. Kita yang nak balik ni bertambah2 teruja dan terasa diri ni tersangatla di sayangi dan dirindui, hehe. Langsung tak nampak yang kerja menjemput kita di airport adalah satu beban atau menyusahkan.  Sebenarnya saya memang dah tak sabar nak balik kampung ! 

Dynamo Baru

Image
Dua hari lepas saya ke Hiap Lee nak beli sabun basuh baju, alahai, pasal beli sabun basuh pon nak cerita ke? Hehehe...nak ceritanya Dynamo sudah berwajah baru!  Saya ni memang pengguna setia Dynamo. Pernah juga cuba guna pencuci pakaian jenama lain tapi last2 akan tetap kembali guna Dynamo juga. Jadi sementara saya masih ingat tujuan utama pegi Hiap Lee tu sebab nak beli Dynamo jadi saya pon terus la pergi ke bahagian sabun2  ni...sekali tengok  tak ada stok Dynamo botol biru yang saya suka tu tapi ada beberaps botol Dynamo berwarna putih yang memang saya tak pernah tengok...saya fikir mungkin salah satu rangkaian baru Dynamo la tu...so saya ambil yang itu. Sekali masa nak pegi ksunter tu baru la saya perasan ada banyaaaakkk stok dynamo botol putih tu.....rupa2nya dynamo dah tukar packaging......warna putih pulak. Malah pack refill pon ada! Wah! Saya pon terusla tukar ambil refill pack memandangkan kat rumah ni memang banyak botol2 Dynamo yang kosong. Anda pula su...

Bila bersahabat...

One of my neighbour yang sudah menetap di Keningau lebih 14 tahun telah dapat berpindah ke negeri asal mereka di Kedah. Upon hearing this saya pon tumpang gembira. Mereka adalah antara yang berjaya dapat tukar walaupon ia merupakan cubaan mereka yang pertama kali.Mereka sendiri tidak menyangka akan dapat malah agak terkedu dan masih sukar untuk mempercayai yang mereka sekeluarga akan berpindah balik ke Semenanjung for good.  Salah seorang dari anak mereka adalah kawan baik dengan anak saya. Ibtisam namanya. Mereka sudah berkawan sejak dari kecil lagi. Sama2 belajar di Pasti, sekelas pula sejak dari  tahun 1 lagi hingga lah sekarang, sama2 dalam Persatuan Puteri Islam , teman bermain basikal di waktu petang, hehe. Bila ibu bapa mengambil keputusan untuk berpindah apa lah pula kesan terhadap anak2 ya?Itu la yang terlintas di fikiran saya.  Maka saya pon memberitahu Laila yang Ibtisam akan berpindah dan tahun depan mereka sudah tidak bersekolah sama2 Laila nyata memang se...