Posts

That's What Friends Are For

Image
Some says, as you grow older you don't really need friends that are always close to you or be around you. All you need is a friend who is close to your heart .Well, it is true. Partially.  But isn't it wonderful to have a friend (or friends) who is around you within your reach. Whom you call and have a coffee break with. Whom you enjoy to be with, spending time with. Don't you think?  I'm glad that I have friends who are not only close to me but close to my heart as well. I do have a lot of friends. Near and far. Young and old through all the years. But when my kids was smaller I didn't have any friends to hang out with. And I have to admit I somestimes to envy those who have friends that are close to them and to spend time with. And who would've thought I am able to do that now.  Friends to hang out. Friends for coffee. Friends for more adventures. I'm so grateful for all this. Thank you for being my friends.  #runningbuddies #hikingsquad

People do change.

Image
 I admit that I have changed.  A little. I think.  And I noticed there are some people who are close to me seem like feeling a little uneasy with my changes. Or is it just me feeling that way?  I guess it's me.  I'm sorry that I have changed.  I thought that you would be happy for me. For who I am.  I have to admit, I am sad. But that's okay. Because one thing that never changes is that I will always love you no matter what. I will love you for who you are. And  you are always in my prayers. 

My First 15km! Yeay!

Image
I need to document this. My personal achievement.  My first 15km.  Tak pernah lagi lari sampai 15km.  Itu pon jenuh dok berperang dengan diri sendiri dalam kepala.  Kejap rasa macam boleh..kejap rasa macam nak buat 10km je.. Pastu rasa macam tak larat, 13km pon cukup lah....siyes banyak kali rasa nak give up.  Hari2 lah macam tu even nak lari 10km pon begitulah selalu. Haha!  Siapa kata lari ni best? Hahaha!  Saya la!  😆😆😆.  Actually yang best tu bila dah habis lari, baju habis basah lencun is so satisfying. Masa tengah lari tu tader la best sangat. Muka merah, sunburn lagi, tudung senget, rambut terkeluar, basah pulak tu....tak lawa sungguh rasa. Haha. Tapi esok mesti nak lari lagi.  Oklah. Lepas ni kita aim for HM plak ya. InsyaAllah.  #ilovetorun #tostayactive #strava #myrunningjourney

Don't judge a book by its cover.

 Sifat suka mengejek orang, memperlekeh kan orang, mentertawakan orang atau dalam bahasa mudah nya "make fun of others" ni adalah sifat yang tidak kenal latar belakang seseorang. They make fun of how others look  and what they wear, as an example. Seronok kan?  Ia bisa dimiliki oleh pelbagai jenis golongan manusia juga tidak mengira apa pon profession seseorang itu. Sama ada seorang guru..atau pelajar...sama ada yang tua mahupon yang muda...yang berambut hitam ataupon karat. Malah golongan ustaz yang berkopiah atau berserban dan ustazah yang bertutup litup lagi sopan dan ayu juga ada yang suka make fun of others. Yelah. Sekurang2 nya...walaupon dia suka make fun of others (me to be exact) , tapi dia masih lagi menutup aurat dengan sempurna dan tak pakai leggings ketat macam mak ni kan?  Baiklah.  * Nanti ada la yang komen, bakpo preehh, skalo berehh. Kalau dah selalu kena..mahu mak tak preehh. 

Happy Birthday Kak Ngoh Run!

Image
Tengah tunggu Farhana Noor  habis lari. Nak tumpang balik. Haha.   Lari di Bataras ni best jugak sbb flat je.  Cuma bila dah siap tak best sangat kalau nak membawang.  🤭. Kan Saliza Binti Abu Sairin , Mizah Hashim , Nur Tieya , Azzi EMa , Nurul Nsf .  Sini meriah. Ramai regular runners.  But ada 2 orang regular runners je yang mak pasti akan bertegur sama ada say Hi atau just angkat tangan, yang mak tak pernah kenal sebelum ni. One is this energetic young chinese lady who would never fail to greet me good morning everytime we bumped into each other. She runs fast. Laju je dia lari.  The other one is this indian guy. We would say hi to each other by raising our hands. I am positively sure he is a doctor sbb pernah ternampak dia hantar anak dia pegi sekolah Pasir Puteh wearing scrubs. Hehe. Nanti mak nak selfie with these people. And to other runners whom we regularly bumped into each other..jangan malu2 nak say Hi to me okay?  It's really nic...

Hey you !(Hey me!)

Image
  Hey you! Do you know how blessed your life is? Do you know there are so many people who love you and care about you? Just look around you! Hey you! Appreciate those who make time for you, Think more of the people who spend every minute for you, Can't you see it with your own eyes? Hey you! Stop waiting for those who won't make time for you, Stop hoping for someone who don't appreciate you,  It's a waste of time. Hey you! Wipe those tears Chin up. Look ahead. Move forward. You worth a lot more. 💕 S

No Regrets

Image
       There are no coincidence in this life.  Everything that happens, happens for a reason.  Every person that we meet were always meant to be.  I do not regret of meeting you, knowing you. Someone as special as you. Though I admit it was pretty hard for me.  There are days when I just don't want to get up, soaked in tears.  There are times when I  just couldn't bear it. And I wanted it to be over. So bad.  It was so hard.  I pray that it will just fade away as quick as it appeared.  And I'm very much aware that someday I need to let you go.  Because you are here is not for me to keep.  Just another story to be added in my life.  #NA #noregrets

Why.

 Why do we meet?  😢😢😢

Belasungkawa : Almarhum Mohamad Jainudin bin Moklas ( part 2)

Image
I came to know arwah since he was my mother in law's first cousin and to make us even closer was because he also was posted to Sabah once he graduated. So we were the only family he had in Sabah. We seldom visited each other and usually whenever we went to KK we would also visited them. My husband and him also bought a house in the same housing estate.  Din, as we always called him eventhough we were supposed to call him paman ( uncle in Javanese) was someone who was always smiling. Kalau terbayang muka dia po mesti kita ternampak muka dia yang sentiasa murah dengan senyuman sampai nampak gigi.  Anak2 pon bila di tanya how do you see Atuk Din in your mind? Diaorang  pon akan cakap terbayang muka Atuk Din yang selalu tersenyum. He was a loving husband and father. Kalu pegi rumah dia kadang masa kita sampai tu dia bukak pintu sambil pakai apron. Tengah masak di dapur, Hehe. In fact masa malam kejadian tu pon Fiza cerita sebelum kena stroke tu dia tengah cuci pinggan, kema...

Belasungkawa : Almarhum Mohamad Jainuddin bin Moklas ( Part 1)

Image
Last 4th June saya telah mendapat berita bahawa pakcik sepupu kepada suami saya yang kami panggil Din telah diserang angin ahmar. Saya ketika itu berada di rumah manakala suami telah pergi keluar memancing bersama sahabat2 nya. By the time saya mendapat berita itu saya terus segera menelefon isteri nya, Fiza untuk mendapat kepastian. Upon hearing my voice Fiza burst into tears. Saya dapat rasakan betapa dia berasa tidak tentu arah, tidak tahu apa yang nak difikirkan or more like bermacam macam perkara yang memenuhi fikirannya. Saya rasa macam nak terbang ke KK ketika itu juga namun saya ada beberapa kek yang perlu disiapkan. I tried to call my husband to break the news but to no avail, all my attempt failed. He was probably somewhere in the middle of the South China Sea and couldn't be reached. At first I wanted to go to KK by myself but then I changed my mind. I decided to wait for my husband and to go together with him.  Early in the morning we drove straight to /Queen Elizabeth ...

Dari Dapur Mak Janna : Seri Kaya @ Tok Aji Serban

Image
This sweet kuih is one of my favourite and my kids' too. It si made of glutinous rice, eggs and palm sugar. Usually we'll have this kuih during Ramadhan, so since Ramadhan is just around the corner I guess it's very suitable for me to paste the recipe. Though the steps might seem complicated but actually it's not. If you plan to have this kuih for Iftar, it's better if you prepare the ingredients earlier........So here is a recipe of Seri Kaya. Seri Kaya Seri Kaya (Glutinous rice, topped with egg castard and palm sugar) Ingredients A : 5 eggs 100g palm sugar, chopped. (satu kerek laa kira2...atau setengah ketul) 1/4 cup of water 1 tbl spoon of corn flour (or you can just use plain flour) a pandan leaf for the aroma (if it's not available you can ommit this) Method : - in a pot, boil the water and then add in the palm sugar and the pandan leaf. - stir until all the palm sugar has dissolved. Turn off the heat. - add in the corn flour and m...

Dari Dapur Mak Janna : Poori dan Kentang Masala

Image
Sejak musim PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ramai dari kita yang mengambil kesempatan untuk mencuba bermacam2 resepi. Kalau tengok di Facebook tu macam2 menu yang naik. Tapi Mak suka sebab kita boleh bertukar2 resepi, boleh juga memberi idea kepada orang lain yang dah buntu nak masak apa. So hari ni mak telah cuba buat Poori. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah memberi idea kepada Mak. Cuma yang mak perhati ada bermacam2 versi resepi Poori ni.  Being me yang mesti nak buat macam yang original so mak telah search banyak resepi dan mak banding2 kan semua resepi2 tu. Rupa-rupanya cara nak buat Poori ni sama juga dengan cara nak buat Chapatti, cuma beza nya chapatti di masak di atas kuali tanpa menggunakan minyak sementara Poori di goreng dengan minyak yang banyak. So marilah Mak kongsikan resepinya di sini. Poori  Bahan2: - 500g tepung atta - secubit garam - 3 sudu besar minyak sapi / minyak masak biasa pon boleh - air secukupnya - 2 cawan minyak un...

Covid-19

Image
( (Image: © Shutterstock) from : Livescience.com Sekarang ni hampir seluruh dunia sedang diuji dengan kemunculan virus baru iaitu Corona Virus atau pon Covid-19. Virus ni mula-mula di temui di wilayah Wuhan, China sehingga telah menjangkiti lebih dari 80000 penduduk China dan kini telah merebak ke Asia , Eropah dan juga Amerika. Sehingga hari ini Covid 19 telah pon menyerang lebih 2000 rakyat Malaysia . Termasuk hari ni sudah hampir 2 minggu kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada permulaannya Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP ini untuk selama 14 hari bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Bagaimanapon setelah mendapati ramai rakyat ingkar perintah ini dan kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat PM telah melanjutkan lagi tempoh PKP ini sehingga 14 April 2020. Sepanjang PKP ini semua sekolah2, pusat2 pendidikan, pejabat2, perniagaan terpaksa di tutup kecuali khidmat2 di barisan hadapan. Semua rakyat di seru untuk b...

PKP

Hari ni dah nak dekat 2 minggu kami semua dok rumah. Patuh dengan arahan PKP. Walaupon Keningau ni masih lagi tergolong dalam kategori green zone sebab belum ada sebarang kes Covid 19 tapi kami semua masih lagi akur dan ikut je perintah. Kena bersabar lah dulu ni. Mak ada keluar jugak pegi pekan apa semua. Tapi keluar pon sebab nak beli barang je, lepas beli barang apa semua terus balik. Sampai je rumah terus cuci tangan, tukar baju apa semua kemudian baru la bawak masuk semua barang2. \ Things are quite hard tapi yelah kita sabar la dulu. Apa tu orang kata, bersabar2 dahulu, bersenang2 kemudian, InsyaAllah. Memang la kalau dok rumah je and tak keluar2 ni memang boleh mendatangkan rasa bosan, Tapi bagi mak semuanya bergantung kepada kita jugak, kalau kita pilih untuk makan tidur makan tidur je memang tak hairan la lepas tamat PKP ni ramai yang akan naik berat badan and rasa bosan tapi kalau kita anggap ini lah masanya untuk kita kemas rumah ke, buat spring cleaning ke, ok je..tak...

Dari Dapur Mak Janna : Tom Yam Putih Campur My Style

Image
Baru baru ni ada beberapa orang sahabat yang request resepi tomyam putih  style mak. Mak masih belom update lagi resepi nya. So hari ni memandangkan mak berkelapangan marilah kita update sebelum terlupa. TomYam Putih Campur My Style Bahan2: 3 ulas bawang merah, ditumbuk 3 ulas bawang putih ( diketuk kasar) 1inci lengkuas (dihiris kasar) 5 batang serai ( dititik) 5 helai daun limau purut sekeping asam keping 7biji cili padi diketuk ( boleh ejas ikut suka pedas anda) air perahan limau nipis ( dari 2biji limau) 2 batang carrot saiz kecil ( di potong bulat2) 1 mangkuk bunga kobis 1biji bawang holland ( dipotong wedges) 2biji tomato di potong 4 2 pelepah daun ketumbar ( dipotong kasar2) 2 sudu besar susu cair garam dan gula secukup rasa 1 sudu kecil serbuk/kiub pati ayam 4 cawan  air Minyak secukupnya untuk menumis Lauk2 untuk tomyam : 1 cawan  isi ayam ( dihiris) sedikit bahagian ayam bertulang ( dipotong kecil) 12 ekor udang ( di buang ...

Fishing Trip at Kampung Binsulok

Image
Aduhai, baru la ada masa nak update kisah kami pergi memancing santai santai di Kampung Binsulok, Kuala Penyu. Perginya dah lama...time cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tapi baru sekarang nak cerita. Yang pegi cuma Umar, Lin , Nana dan kami berdua. Sebabnya pondok yang kami nak menginap tu kecik sangat dan risau jugak kalau ramai2 masuk kang runtuh pulak pondoknya nanti. Hahaha! Kan dah satu kerja . Makanya tinggal lah Kakak, Angah dan kak chik kat rumah. Lagipon Angah kerja.  Kami bertolak pada hari Jumaat. Cik Abang bawa kereta pon rilek2 je. Tak ada la nak rush2 sangat. Takkan lari gunung dikejar gitu.. hehe. Berpandukan map yang diberi kami pon terus lah ke sana. Turun Kimanis melalui Bongawan, kemudian masuk ke jalan kampung tembus sehingga Pantai Pimping. Cantik pantai nya. Macam jalan pantai di Terengganu. Ada beberapa gerai kecil yang menjual jagung bakar di tepi tepi jalan jadi kami pon tak melepaskan peluang untuk beli beberapa batang jagung bakar. Sedap dan mani...

Angah Goes To Work!

Image
Ini anak mak yang nombor 2, Laila. Dia sekarang ni tengah tunggu result SPM, so dia memang kat rumah jelah tak pegi mana2, Tapi sejak hujung bulan 12 baru baru ni dia sudah pon mula bekerja part time sementara result nak keluar ni. Lagipon dari dok rumah buat taik mata buat semak  kan bagus dia pegi kerja, Ada jugak hasilnya. Mak memang galakkan anak mak untuk bekerja sementara. Masa Sophea dulu pon gitu jugak mak memang suruh dia cari kerja sempat lah juga dia kerja 2 bulan, Tapi memang mak suruh jelah, hehe, Apa yang dia nak kerja, kat mana nak kerja tu pandai pandai la diaorang cari dan usaha sendiri. Eh, yelah...kan mak dah hantar pegi sekolah pandai pandai takkan nak cari kerja pon nak kena mak yang carikan? Besok2 kalau dah habis belajar dekat U pon memang kena cari sendiri jugak. Tak boleh nak harapkan Mak ayah. Sebagaimana Sophea dulu, Laila pon dia sendiri yang usaha cari kerja kosong. Mula mula tu dia kata nak kerja di Giant sebab dia suka kerja susun susun baran...

Dari Dapur Mak Janna : Resepi Whipped Potato

Image
Baru baru ni saya telah memuatnaik gambar bekal anak iaitu kentang putar dan sosej di Facebook saya, tak sangka lah pula ramai yang mintak resepinya. Jadi, sebelum saya terlupa eloklah saya segera update resepi whipped potato yang telah diminta berserta bonus resepi gravy nya sekali. Pergh. Siap ada resepi bonus. Hihihi. Bagi saya senang je nak buat kentang putar ni. Tambahan pula anak2 memang suka makan. jadi kalau cukup bahan2 memang saya akan buat selalu. Ia boleh dipadankan dengan sosej atau nugget, dan kalau rajin sikit boleh buat isi ayam yang di panggang simple. Jadi, ini lah resepinya, Whipped Potato ( Kentang Putar) Bahan2: 500gram Kentang, dibuang kulit dan di potong 4 ( apa jenis kentang pon boleh) 1 1/2 cawan susu segar ( di panaskan sekejap) 50g butter garam secukup rasa lada hitam secukup rasa (jika tak suka boleh abaikan) Cara caranya: -Rebus kentang di dalam periuk sehingga empuk ( kira2 15 minit di atas dapur gas dan 7 minit di dalam periuk...

Selamat Tahun Baru 2020

Image
Assalamualaikum semua.. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 . Akhirnya bertemu juga kita dengan tahun 2020 ni, Macam biasa saya tak ada azam tahun baru pon. Haha. Mungkin sebab dah tua kot. Cuma macam biasalah, mak mengharapkan agar tahun ni lebih baik lagi dari tahun sebelum2 ni, Tahun 2020 ni Mak tak ada anak yang sekolah rendah, Nana dah masuk tingkatan 1, Kak Chik tingkatan 2, Umar pula dah tadika 6 tahun, Lin masih di rumah dengan Mak. Kakak dah masuk semester ke-2 di matrik and Angah pula tengah tunggu result SPM. So tak ada anak2 yang ambil exam besar tahun ni. Mak pon tentulah semakin tua, Haish. Bukan mengeluh apa pon tapi lebih kepada merasa betapa pantasnya masa berlalu. LinLin akan genap 4 tahun bulan 2 nanti, Tapi Mak masih belom nak hantar dia pegi tadika, Biarla dia kat rumah dulu dengan Mak, Lagipon kakak2 dan abang nya pon hanya mula bersekolah bila umur 5 tahun. Umar pula dah masuk tadika 6 tahun, Umar ni Mak sedikit r...

Kokob Rafflesia Conservation Garden, Ranau.

Image
 Baru baru ni suami Mak bawa kami semua bercuti ke Kundasang. Kebetulan kakak ipar pon datang ke Sabah bercuti dengan keluarga so kami pon join la sekali. And kali ni Mak berpeluang untuk tengok bunga Rafflesia secara live! Seronok sungguh. !  I have lived in Sabah for almost 19 years but never once I got the chance to see the biggest flower in the world with my own eyes.  Tempat yang mak pegi tengok #rafflesia hari tu namanya Kokob Rafflesia Conservation Garden . Ia terletak kira kira 6km dari pekan Ranau. Tak jauh mana cuma jalannya memang kena lalu kampung orang.  Mula mula sampai tu terkejut jugak sebab tengok sampai kat rumah orang. Ingatkan salah tempat sebab tak macam garden pon. Hehe. Tapi rupanya memang dah betul. Lepas dah tulis nama dan bayar RM10 seorang tuan rumah tu yang juga merupakan pemegang amanah untuk menjaga Rafflesia ni pon bawa la kami masuk hutan di tepi rumahnya sahaja. Mak dah risau dah kalau masuk rainforest ni...takut ada binatan...