PKP

Hari ni dah nak dekat 2 minggu kami semua dok rumah. Patuh dengan arahan PKP. Walaupon Keningau ni masih lagi tergolong dalam kategori green zone sebab belum ada sebarang kes Covid 19 tapi kami semua masih lagi akur dan ikut je perintah. Kena bersabar lah dulu ni.

Mak ada keluar jugak pegi pekan apa semua. Tapi keluar pon sebab nak beli barang je, lepas beli barang apa semua terus balik. Sampai je rumah terus cuci tangan, tukar baju apa semua kemudian baru la bawak masuk semua barang2.
\
Things are quite hard tapi yelah kita sabar la dulu. Apa tu orang kata, bersabar2 dahulu, bersenang2 kemudian, InsyaAllah.

Memang la kalau dok rumah je and tak keluar2 ni memang boleh mendatangkan rasa bosan, Tapi bagi mak semuanya bergantung kepada kita jugak, kalau kita pilih untuk makan tidur makan tidur je memang tak hairan la lepas tamat PKP ni ramai yang akan naik berat badan and rasa bosan tapi kalau kita anggap ini lah masanya untuk kita kemas rumah ke, buat spring cleaning ke, ok je..takkan sempat rasa bosannya. Kalau kita asik dok baring je sambil tengok telefon memang takkan mustahil makin lebar la bontot kita tu.

As for me , I memang buat je aktiviti macam biasa. Masak, kemas rumah, itu jelah. Itu pon kira macam exercise jugak kan. Hehe. Anak2 pon kita suruh la diaroang buat kerja2 kat rumah ni. Sidai baju, lipat baju, cuci baju.

Mak malas sebenarnya nak ulas pasal mereka yang masih degil nak keluar rumah apa semua tu sebab ntah laa..bagi mak orang macam ni bukan diaorang tak faham pon tapi mereka memang sengaja, Mungkin juga mereka fikir mereka takkan kena dengan penyakit ni. Entah lah.

 Ok lah nanti kita sambung lagi. Sekarang ni macam tak berapa best nak mengarang. Hehe, Pesanan terakhir saya STAY AT HOME, STAY SAFE.

- Mak Janna-

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik