Angah Goes To Work!
Ini anak mak yang nombor 2, Laila. Dia sekarang ni tengah tunggu result SPM, so dia memang kat rumah jelah tak pegi mana2, Tapi sejak hujung bulan 12 baru baru ni dia sudah pon mula bekerja part time sementara result nak keluar ni. Lagipon dari dok rumah buat taik mata buat semak kan bagus dia pegi kerja, Ada jugak hasilnya.
Mak memang galakkan anak mak untuk bekerja sementara. Masa Sophea dulu pon gitu jugak mak memang suruh dia cari kerja sempat lah juga dia kerja 2 bulan, Tapi memang mak suruh jelah, hehe, Apa yang dia nak kerja, kat mana nak kerja tu pandai pandai la diaorang cari dan usaha sendiri. Eh, yelah...kan mak dah hantar pegi sekolah pandai pandai takkan nak cari kerja pon nak kena mak yang carikan? Besok2 kalau dah habis belajar dekat U pon memang kena cari sendiri jugak. Tak boleh nak harapkan Mak ayah.
Sebagaimana Sophea dulu, Laila pon dia sendiri yang usaha cari kerja kosong. Mula mula tu dia kata nak kerja di Giant sebab dia suka kerja susun susun barang ni. Tapi Giant cuma ambil pekerja yaang berumur genap 18 tahun sahaja. Melepas lah dia. Pastu dia cakap nak kerja di Ninso, tapi bila mesej di Facebook takder yang balas pon. Tak lama tu dia dapat la pulak interview keje di kedai jual teh. Alaa...macam Tealive tu...tapi ni kedai yang local Keningau punya. So pegilah dia. Tapi lepas interview tu senyap je takde orang contact2.
Kemudian tak lama tu dia cakap dekat Mak Restoran Citra Rasa Corner nak cari pekerja. Mak kata , haa..mintak lah. So dia pon terus la whatsapps sendiri tanya apa semua sendiri and terus dapat kerja situ memandangkan owner kedai tu memang nak pakai staff segera. Alhamdulillah. Esoknya dia terus kena masuk kerja. Mak dah cakap kat awal2 dekat Angah, kerja kedai makan ni letih sikit dan Angah kena sabar sikit lah. Cuma kelebihan kerja di kedai makan ni tak payah risau dah bab nak makan kat mana, nak makan apa sebab makan depa sediakan. Duit belanja pon tak perlu bawak.
Maka bermula la rutin Angah pegi kerja setiap hari. Masuk keje dekat dekat pukul 7 balik plak pukul 6. Untuk dua minggu pertama tu Angah kena kerja pagi. nanti lepas 2 minggu tukar plak shift masuk tengah hari balik tengah malam. Tapi kalau balik malam owner memang akan hantar staf balik. Kira ok la kan? Hehe.
Sebenarnya Restoran Citra Rasa Corner ni adalah milik salah seorang kawan Mak yang juga merupakan antara pelanggan setia mak iaitu Cikgu Haslindah (Lin) dan suami nya Kasman (Man). Kami pon selalu juga pegi makan kat sana. Menu2 nya semua sedap2 terutama sekali menu Ikan Penyet. Jadi ketika hari pertama Angah masuk kerja Mak dah pesan awal awal dekat Angah jangan bagitahu yang Angah ni anak mak. Diam2 je, Kecuali kalau dia tanya la. Hehe.
Sekali bila dah petang tu, Angah whatsapp Mak, " Mak, boss dah tahu dah Angah ni anak Mak," hahaha. Saborjelah and Lin sendiri pon jugak terus whatsapps Mak sebab dia tak sangka Laila ni anak Mak. Hihihi.
Yelah, Keningau ni kecik je..boleh kata everybody knows everybody. Mak harap Angah akan kerja bagus2. Rajin2. So far Mak tengok Angah macam okey je kerja. Kawan sekerja pon semua baik2. Alhamdulillah...Sekurang2nya Angah boleh dapat pengalaman macam mana nak berdepan dengan orang, boleh jumpa macam2 jenis perangai orang, juga boleh faham bukan senang kerja macam ni. Mak percaya jika Angah sanggup kerja susah2 macam ni insyaAllah Angah akan survive walau di mana Angah bekerja suatu hari nanti. Mak juga nak Angah rasa bukan mudah nak cari duit dan nak Angah empathy perasaan orang yang kerja macam ni. Mudah mudahan Angah akan menghargai semua pengalaman yang Angah dapat di CitraRasa Corner, ameen.
Comments