Covid-19

((Image: © Shutterstock) from : Livescience.com




Sekarang ni hampir seluruh dunia sedang diuji dengan kemunculan virus baru iaitu Corona Virus atau pon Covid-19.

Virus ni mula-mula di temui di wilayah Wuhan, China sehingga telah menjangkiti lebih dari 80000 penduduk China dan kini telah merebak ke Asia , Eropah dan juga Amerika. Sehingga hari ini Covid 19 telah pon menyerang lebih 2000 rakyat Malaysia .

Termasuk hari ni sudah hampir 2 minggu kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada permulaannya Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP ini untuk selama 14 hari bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Bagaimanapon setelah mendapati ramai rakyat ingkar perintah ini dan kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat PM telah melanjutkan lagi tempoh PKP ini sehingga 14 April 2020. Sepanjang PKP ini semua sekolah2, pusat2 pendidikan, pejabat2, perniagaan terpaksa di tutup kecuali khidmat2 di barisan hadapan.

Semua rakyat di seru untuk bersabar dan tidak ingkar dengan semua arahan sepanjang tempoh PKP ini dan kekal berada di rumah kecuali ada urusan penting. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk membendung penularan wabak Covid 19 . Mudah mudahan dengan usaha dan kerjasama semua berserta dengan doa kepada yang Maha Esa semua ini akan berakhir. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak