Alahai...dah lama dah tak makan nasi belauk. Inilah kalau dah jadi orang Kelantan tu,orang Kelantan jugak.Mana pergi pun kalau boleh nak makan makanan kampung halaman. Tapi itulah, sejak tinggal jauh di perantauan ni, memang payah nak merasa masakan kampung. Kalau sudah tak tahan juga,kenalah masak sendiri. Namun, bila difikir-fikir balik bagus juga macam ni. Yelah, saya ni dulu kalau bab masak memasak ni memang jahil walaupun emak pandai masak. Tapi sekarang ni dah boleh dah masak sikit-sikit, berkat tinggal jauh dari tempat asal. Kalau tidak rasanya, sampai bila pun tak pandai, sebab asal terasa nak makan aje, order je kat kedai. Inilah, esok rasanya macam nak buat Nasi Belauk sebagai hidangan di waktu pagi. Iya! Untuk sarapan! Tak percaya ke? Orang Kelantan memang suka makan berat-berat untuk sarapan seperti Nasi Belauk (sama ada lauk ayam, daging ataupun ikan), Nasi Dagang dan Nasi Kerabu. Kebiasaannya pada waktu pagi kebanyakan orang cuma bersarapan ala kadar sahaja seperti makan ...