Hip!Hip! Hooray!


Akhirnya dapat jugak aku keluar dari rumah...sekurang-kurangnya dapat lah juga aku menyedut udara luar. Yes,my husband is back...hehe and hari ni dia bawalah aku dan anak-anak berjalan. Entah mimpi apa la suami aku tu nak main squasy lah pulak. Daripada hari tu lagi sibuk nak beli raket squasy. Takkan dah boring main badminton lah pulak...magik tu kalu dah boring main badminton..Sejak kawin ni tak sah kalau dia tak main badminton. Kalau tak dapat main alahai...macam orang tak dapat jumpa awek. So tadi lepas dah pergi minum-minum kami pergilah shopping kompleks. Si Sophea ni sibuk nak beli subang...alah, subang yang gantung2 tu,nak sangat subang yang goyang-goyang tu. Macam itulah kalau dah ada anak perempuan. Belum sekolah lagi dah pandai nak bergaya. Hari tu disuruh Maknya (aku lerrr..) beli alat mekap. Hendak eye-shadow, lipstick semua tu, cukup lengkap lah! Alahai....terpaksa la aku fikirkan ayat yang akademik untuk terangkan padanya. "Kanak-kanak tak payah pakai mekap lagi,sebab kanak-kanak dah cantik...lipstik saje boleh la..."Nasib baik dia dengar. Hari ni pulak nak subang gantung pulak. Akhirnya pilih punya pilih dapat la satu subang ni...warna oren. RM1.50 ja....terus la tapau yang itu...hehe, suke sakan lah dia. Tak beli aiskrim pun tak apa. Si Laila pun sibuk lah nak subang juga walaupun telinganya belum ditindik. Nak rantai la..."Mak! Ala nak lantai...nak lantai...", Macam-macam kalau dengan anak-anak ni. Birthday Sophea yang lepas pun dia minta kepala singa...ala yang orang buat Lion Dance tu...mmm, macam-macam!
Berbalik kepada cerita Ayang kita tu, akhirnya dalam dok belek-belek tu jumpa lah juga raket squasy. Tanpa berfikir panjang terus dibelinya raket tu dua, one for him and one for me. Siap cari bola dan kasut (untuk aku) lagi. Besok terus nak pegi main. Aku ni, dah berzaman tak main squasy. Masa sekolah menengah dulu la main squasy. Sempat la wakil sekolah sekali...hehehe, ni nak start main balik. Takpelah...at least ada la jugak aktiviti baru untuk aku. Mana tahu besok-besok anak-anak pula yang suka main squasy sampai boleh wakil negeri atau lebih baik, negara? What ever the good things they do I'll always be there to support them. Tengok lah esok macam mana...boleh lagi ke aku nak swing raket squasy ni..?

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik