ZZZZaaaaat!


BIla terdengar kalimah itu (Zzaat!) , rindu pula rasanya hendak bersilat balik. Tambah-tambah sejak dah masuk PSSGM group dekat YAhoo ! Group tu semakin bersemangat la pulak nak aktif balik. Tapi rasanya badan ni sudah keras benar. Yelah, mana tak nya....sejak kawin terus stop and sudah tidak aktif2 lagi. TAmbahan pula di Keningau ni tak ada Silat Gayong. Rasanya kalau ada gelanggang Gayong di sini sudah pasti saya akan ke sana. Saya sudah hampir 13 tahun menjadi Anak Gayong ni walaupun pada awalnya saya langsung tidak minat bersilat....kampung kata saya, apa kelas main silat....lebih bagus main taekwando....itu kata saya 15 tahun dulu. Tetapi saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh termakan kata-kata sepupu saya yang ketika itu memang gila bersilat. Asal berjumpa aje tidak ada cerita lain yang akan keluar dari mulut dia melain kan cerita2 silat. Akhirnya saya pun 'ter'minat dengan silat.
Silat sebenarnya bukanlah perkara asing di dalam keluarga saya. Pakcik-pakcik dan datuk2 saya semuanya orang silat. Malah tidak keterlaluan jikalau saya katakan mereka antara orang silat yang disegani pada zaman mereka. Saya bangga dengan darah pendekar yang mengalir dalam diri saya ini.
Saya mula bersilat ketika berumur 17 tahun...saya fikir agak lewat untuk bermula....namun it's never too late to learn. Bermula dari saat itulah saya sudah tidak menoleh ke belakang lagi.Hari latihan silat adalah hari yang paling saya tunggu2. Kalau hari2 ada latihan silat pun tidak mengapa. Saya masih ingat ketika saya berada di Tingkatan 5, saya masih sanggup menyertai satu pertandingan silat walaupun ketika itu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan SPM bermula. Ibu saya pada permulaannya tidak begitu menggalakkan saya bersilat, yelah...tambahan lagi saya akan menduduki satu peperiksaan besar ketika itu namun akhirnya ibu saya terpaksa akur dengan minat saya begitu mendalam terhadap seni silat, khususnya Silat Seni Gayong, malah pada hari pertandingan itu kedua ibubapa saya telah datang untuk menyaksikan persembahan saya dan adik saya....and I think that was the first and the last time ever they had ever seen me performing.
Minat terhadap silat tidak saya biarkan pada diri saya sahaja malah saya turut 'mengheret' dua orang adik perempuan saya untuk bersilat sehinggakan kami menjadi 'Silat Maniac', hehehe. Mana tidaknya....kalau berkumpul 3 beradik tu, tidak ada cerita lain yang keluar dari mulut kami melainkan cerita2 silat. We would talk about the same story over and over again and yet, we never get bored!
Saya terus bersilat sampai ke universiti dan apabila di universiti saya semakin aktif memandangkan peluang semakin luas dan banyak. Dan melalui silat juga saya bertemu jodoh. Suami saya juga orang silat dan lebih istimewa....orang Gayong juga.
Jika keadaan mengizinkan saya ingin kembali aktif walaupun sekarang sudah beranak dua....sayang juga ilmu itu dibiarkan. Ramai yang mencadangkan supaya membuka sebuah gelanggang Silat Seni Gayong di Keningau, namun perkara itu memerlukan saya untuk memikirkan sedalam-dalamnya memandangkan ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan.
Apa yang pasti cinta saya terhadap silat seni melayu khususnya Silat Seni Gayong tidak akan mati begitu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik