Nasi Belauk


Alahai...dah lama dah tak makan nasi belauk. Inilah kalau dah jadi orang Kelantan tu,orang Kelantan jugak.Mana pergi pun kalau boleh nak makan makanan kampung halaman. Tapi itulah, sejak tinggal jauh di perantauan ni, memang payah nak merasa masakan kampung. Kalau sudah tak tahan juga,kenalah masak sendiri. Namun, bila difikir-fikir balik bagus juga macam ni. Yelah, saya ni dulu kalau bab masak memasak ni memang jahil walaupun emak pandai masak. Tapi sekarang ni dah boleh dah masak sikit-sikit, berkat tinggal jauh dari tempat asal. Kalau tidak rasanya, sampai bila pun tak pandai, sebab asal terasa nak makan aje, order je kat kedai.
Inilah, esok rasanya macam nak buat Nasi Belauk sebagai hidangan di waktu pagi. Iya! Untuk sarapan! Tak percaya ke? Orang Kelantan memang suka makan berat-berat untuk sarapan seperti Nasi Belauk (sama ada lauk ayam, daging ataupun ikan), Nasi Dagang dan Nasi Kerabu. Kebiasaannya pada waktu pagi kebanyakan orang cuma bersarapan ala kadar sahaja seperti makan kuih-kuih, paling berat pun makan Nasi Lemak dan cuma makan berat pada waktu tengah hari ataupun malam. Sebenarnya, ketika bersarapanlah kita patut makan makanan yang berat-berat kerana kita akan memulakan aktiviti harian yang akan berlarutan hingga ke petang. Kalu kita hendak berdiet ataupun menjaga berat badan ,perkara inilah yang akan disarankan oleh doktor ataupun pakar pemakanan. Otak kita pun akan menjadi lebih cerdas. Jadi kepada adik-adik, jangan lupa bersarapan kalau nak jadi pandai!
Sebut pasal sarapan ni,saya teringat ketika saya kecil-kecil dulu. Tiap-tiap pagi sebelum ke sekolah ibu saya akan goreng telur untuk kami adik beradik seorang sebiji. Saya tak suka makan kuning telur jadi ibu saya akan buat scramble egg untuk saya manakala adik-adik saya yang lain makan telur mata kerbau ataupun telur separuh masak dengan roti. Itulah hidangan kami setiap pagi. Saya teringin sangat nak makan nasi goreng ke, mi goreng ke pada waktu pagi (macam saya tengok kat tv...) dan bawa bekal ke sekolah. Jadi bila kadang-kadang ibu saya buat Nasi Goreng, saya seronok sangat! Tapi bila sekarang, saya rasa bangga sangat sebab mungkin juga kerana sarapan telur tiap-tiap pagi, anak-anak ibu saya pandai- pandai belaka. Bukan nak meninggi diri tetapi siapa tak akan berbangga bila 9 dari pada sepuluh adik beradik saya berjaya ke universiti? Malah adik saya yang bongsu (anak ke sepuluh) yang kini sedang berada di Tingkatan 4 di MRSM pun ada kebarangkalian untuk ke universiti. Alhamdulillah, walaupun ayah saya cuma seorang guru dan ibu saya tidak bekerja kami semua cukup makan dan boleh belajar tinggi. Abah tidak pernah menjadikan wang sebagai alasan untuk tidak belajar. Nampaknya untuk anak-anak saya besok-besok pun saya akan beri sarapan sramble egg untuk mereka setiap pagi. Hehe.
Okalylah, sehingga kita bertemu lagi. Chow!

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik