Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Hari ni 31 Ogos hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 48. Aku tak ke mana-mana pun cuma petang ni kami merancang untuk pergi main squasy. Aku ni nak dikatakan patriotik sangat tu tidaklah, tetapi aku cukup berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain rasanya rakyat Malaysialah yang paling bertuah. Namun sejujurnya aku tidak pernah walaupun sekali menyertai atau pun pergi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan sama ada peringkat negeri ataupun peringkat kebangsaan. Entahlah...aku malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai tambahan pula kalau dengan anak-anak...cukuplah sekadar melihat dari kaca televisyen. Lebih selesa dan lebih jelas. Hari Merdeka ni aku tidak ada apa-apa rancangan istimewa, menu untuk hari ni pula kami ingat nak masak burger....sekali sekala, lagipun dah lama tak makan burger yang dimasak sendiri. insyaAllah kalau jadi kami akan pergi main squasy.Actually minggu lepas jadi juga kami main squasy