Posts

Showing posts from September, 2005

bila nak terbuka selera nie....?

Start dari semalam aku dah mula rasa semacam balik. 2,3 hari sebelum ni aku dah rasa okay dah, dah boleh makan dah, but dari semalam aku mula rasa loya2 balik..tengok apa benda pon aku tak selera nak makan, alahai......letih nya. Perut lapar tapi tak der selera, tension sungguh. Nak masuk dapur pun rasa semacam gak, belum lagi aku jenguk lauk kat dalam peti ais....adui! Ayang aku ada beli udang besar minggu lepas tapi aku tak masak2 pon lagi, entah jadi rasa pelik jer bila tengok lauk2 mentah tu. Adui...nak hilang kan rasa lapar aku cuma makan biskut and minum milo atau susu je...jadilah .Kalau macam ni gaya nya bukan makin gemuk aku ,makin kurus la jawabnya aku pregnant kali ni. Ntah2 baby boy kot? Sebenarnya aku tak kisah anak lelaki ker anak pompuan ker, janji baby aku ni nanti sihat dan sempurna. Tu je. Kalau ikut kan mulut orang sibuk suruh cari anak lelaki pulak...hai......yela, sebab sekarang ni aku dah ada dua orang anak perempuan... Sophea And Laila , but aku langsung tak kisa...

Meh, cerita sikit....!

Image
My Ayang at the top of Mount Kinabalu Aku nak cerita sikit pasal tempat aku bermastautim sekarang ni - Keningau, Sabah . Well, first time datang sini masa tahun 2001, masa tu aku baru berapa bulan kawin, 2 bulan kot. Sebelum tu aku dah dapat sikit sebanyak maklumat pasal Keningau from my hubby la tempatnya begini, begitu so aku pon dok imagine la. Tapi yang pasti aku yakin Keningau ni tak la teruk sangat macam kawasan pedalaman yang lain. Dari Kota Kinabalu kitaorang ambik teksi. Teksi bukan macam teksi KL la, nak kena tunggu penuh dulu baru leh jalan. Satu kepala tambang nya RM20 so aku dua orang suami isteri RM40 lah dan perjalanana dari KK ke Keningau mengambil masa kira2 2 jam setengah. Elok jer naik teksi aku pun tengok la pemandangan sekeliling....cantik gak....pastu bila aku tengok jalannya yang bengkang bengkok macam ular kena palu, aku pun start risau la....dah la bengkang bengkok, nak kena panjat bukit pulak tu! Aku pun kuat kan semangat .... enjoy the view, enjoy the view ....

What goes around...will come around.

Entah la, apa nak tulis hari ni. Sebelum ni banyak idea nak tulis tapi tak berkesempatan nak tulis sekarang ni dah kekeringan idea pulak. Anyway, good news......Laila nak dapat adik! Hehehe...semalam la aku check ...positif. Aku ni period memang tetap jadi bila period dah lewat 3 hari aku dah boleh agak ni mesti dah pregnant ni. Lagi pun ni dah kali ketiga pregnant so kita boleh rasa sendiri la. Actually kita orang plan nak tambah ahli baru dalam next year tapi nak buat macam mana rezeki tu nak datang lebih awal, alhamdulilllah....tak per. Lagipon Laila dah besar gak, bulan 10 ni dah 3 tahun dah dia so kalau dapat adik tahun depan pun dia dah nak masuk 4 tahun dah. Jauh2 sangat pun tak elok gak...tapi aku tak gi klinik lagi, tengok la dalam next week ke baru gi klinik. Minggu ni gak aku dapat macam2 cerita sensasi. Alahai tersangat la sensasi sampai boleh mencabar kesabaran. Apa2 hal aku sentiasa doakan semoga my friend - Ina , akan tabah mengahadapi segala dugaan. Sesungguhnya Allah l...

To all mothers out there!

Image
Semalam kemain aku dok perah otak nak cari idea untuk blog aku nih pastu malam tadi bila aku dok belek2 paper terbacalah artikel ni..."kempen penyusuan ibu gagal ". Gagal? Alahai..macam mana boleh jadi macam tu? Aku rasa kecewa sangat bila dapat tahu yang masih ibu2 yang lebih suka bagi anak2 mereka susu formula daripada susu ibu padahal masyarakat sudah sedia maklum betapa susu ibu kaya dengan khasiat dan mempunyai bermacam2 kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh susu formula. Bagi mama2,umi2, ibu2, mummy2 yang berkerja tu nak buat macam mana kan. Dah tak ada pilihan terpaksa la bagi susu formula kat anak2. Rasa2 nya kalu diberi peluang diaorang pun nak breastfeed jugak anak2 diaorang. Tak payah cakap orang lain la macam kakak2 aku yang kerja semua bagi susu formula...masa dalam cuti bersalin 2 bulan tu diaorang bagi la susu ibu pastu bila dah nak start keje balik diaorang akan campur dengan susu formula. Tapi aku memang tabik la kat Kak Ngoh aku nih, walau pun sibuk de...

Hmmmm....?

Dah berapa hari aku tak update blog. Ntah la tak tahu nak tulis pasal apa. Sejak dua menjak ni aku tak ada idea nak mengarang, tak ada cerita2 sensasi yang hendak dikongsi maka terbiar la blog aku ni selama beberapa hari. Hari ni pun idea tak timbul2 lagi tapi aku tulislah jugak. Tulis sajalah apa yang terlintas di kepala. Ini belum jadi penulis yang memang kerja nya menulis tiap2 hari. Macam-macam mana pun mesti nak paksa jugak otak berfikir untuk mencari idea. Alahai.....aku cuba tengok sekeliling ...tengok orang, cuba untuk mencari bahan (cewah dah jadi macam wartawan lah pulak!) untuk blog aku nih... tapi entahlah....dekat Yahoo Group aku tu banyak mesej2 baru tapi semuanya dok bincang pasal pegi pertandingan silat (or things that related to silat) sampai ponteng kelas and stuff. Aku ni pon banyak juga cerita pasal tu tapi entahlah aku tak berminat pula nak berkongsi dengan dia orang. Mungkin juga sebab aku sendiri dah lama tak bersilat apalagi masuk pertandingan. Well, kalau dul...

Another day to live........

Hari ni aku dah plan awal2 nak masak apa sebab Ayang aku kata nak makan sup ekor. Senang cerita. Tak payah la aku nak perah idea nak masak apa hari ni walau pun aku puasa hari ni. Pagi2 lagi lepas sahur aku dah keluarkan ekor yang Ayang aku beli semalam biar lembut. Then bila aku check rupanya rempah sup dah habis...tak pelah nanti boleh suruh Ayang belikan kejap. Aku tengok jam baru pukul 6.30pg...aku pun apa lagi sambung la tidur balik. Hehe...nak qada' yang malam tadi punyer. Bangun tidur aku terus basuh ekor dan start rebus biar dagingya empuk...nak tunggu sampai daging betul2 empuk mahu jugak makan samapi 2 jam! Lepas anak2 dah mandi and sarapan aku pun suruh la Ayang gi beli rempah sup, lagipun dia memang nak keluar berurusan. Dia balik rumah jer aku pun cari la mane rempah sup yang aku pesan tadi....dia kata tak ada rempah sup Adabi yang ada yang itu jer...boleh jugak tu....aku pun tengok....lorr...dia beli rempah sup ginseng yang Cina punyer tu...alahai...tak siap la sup ek...

Laila's turn

Image
Okay sekarang ni nak cerita pasal anak aku yang nombor dua pulak, Laila Amani. Laila ni kalau kat rumah kitaorang panggil dia Ala...Sophea la yang bagi tu,sebab dulu masa dia kecik dia tak pandai lagi nak sebut Laila dan jadi Ala je...Jarak umur Laila dengan Sophea ni cume 1 tahun 2 bulan.Rapat. Ni kira kes accident la ni..hehe. Anyway, Laila dilahirkan pada 26 Oktober 2002 di Hospital Keningau, Sabah, pada hari Sabtu . Aku masa tu dah overdue so aku kena masuk wad walaupun tak sakit nak bersalin. Tapi memandangkan kedudukan Laila dalam perut ketika itu melintang so aku sepatutnya kena buat C Section la...but Alhamdulillah....bila time perut aku sakit nak bersalin tu agaknya dia pusing so akhirnya tak payah buat C section...bersalin biasa jer walau pun Laila keluar...kaki dulu.. . iyerr....songsang ! Bersalin songsang sakitnya pun lain sikit, maklumlah keluar kaki dulu pastu badan and baru kepala. Tapi aku sakit perut pun sekejap je..tak macam kakak dia dulu, 16jam sakit woooi ! Time ...

Aduh....ngantuknya!

Image
Alahai..ngantuknya aku hari ni. Nak tidur pun dah masuk waktu Asar. Actually, dah lama aku tak tidur siang sejak anak-anak pun tak tidur siang. Kalau dulu-dulu asal pukul 1.30ptg aku dah sibuk suruh anak-anak kemas mainan diaorang dan masuk bilik tidur. Terbongkang lah kita orang tiga beranak. Pukul 4 lebih kurang baru bangun lagi dan anak-anak pun dah start nak tengok rancangan Hi-5 kegemaran mereka. Macam mana budak2 tu nak tido siang, bangun pagi pun pukul 10.30...jadi kalau dipaksa tidur pun diaorang tak boleh lelap jugak. Jadi kalau aku ngantuk jugak terpaksa la aku tahankan aje mata ni...sampai berair-air. Adeh...! Bukan apa, kalu aku tido jugak....siap la dua beradik tu buat projek. Alahai..dua beradik tu ada-ada saja idea diaorang especially yang Si Adik - Laila. Hai....memang menguji kesabaran sungguh! Ada satu hari ni, aku buat kek coklat untuk jiran sebelah. Dia mintak tolong buatkan 2 biji kek untuk anaknya. Siap sebiji aku pun letak la kat meja dan masuk ke dapur lagi un...

Pay day! Pay day!

Image
Sukanya aku tak terkira sebab hari ni 1 September...pay day! Hehehehe... actually ini adalah bulan kedua aku dapat income through the internet but memandangkan akaun maya aku ada masalah sikit so check yang bulan lepas tak dapat lagi...postpone ke bulan ni. Sukanya! Harap-harap kali ni tidak ada masalah lah. Bulan ni aku dapat USD121.50 dekat-dekat RM400 la and Ayang aku pulak dapat USD60.90 lebih kurang dalam RM180, jadilah...daripada tak dapat langsung. Sekurang-kurangnya ada juga side income . Kalau tak buat apa-apa 1sen pun tak dapat. Hehe...aku dah withdraw duit untuk dimasukkan ke dalam akaun bank maya aku and lepas tu aku boleh tunggu check dan seterusnya tunaikan check tu. Syoknya! Mudah-mudahan segala prosesnya akan berjalan dengan lancar. Macam-macam yang kita dengar sejak akhir2 ini....yelah hal rumahtangga lah. Yang mula2 heboh pasal seorang polis tu yang kena simbah dengan asid oleh isteri pertamanya sebab dia nak menikah sorang lagi. Kemudian seorang lelaki yang membak...