Pay day! Pay day!


Sukanya aku tak terkira sebab hari ni 1 September...pay day! Hehehehe...actually ini adalah bulan kedua aku dapat income through the internet but memandangkan akaun maya aku ada masalah sikit so check yang bulan lepas tak dapat lagi...postpone ke bulan ni. Sukanya! Harap-harap kali ni tidak ada masalah lah. Bulan ni aku dapat USD121.50 dekat-dekat RM400 la and Ayang aku pulak dapat USD60.90 lebih kurang dalam RM180, jadilah...daripada tak dapat langsung. Sekurang-kurangnya ada juga side income. Kalau tak buat apa-apa 1sen pun tak dapat. Hehe...aku dah withdraw duit untuk dimasukkan ke dalam akaun bank maya aku and lepas tu aku boleh tunggu check dan seterusnya tunaikan check tu. Syoknya! Mudah-mudahan segala prosesnya akan berjalan dengan lancar.

Macam-macam yang kita dengar sejak akhir2 ini....yelah hal rumahtangga lah. Yang mula2 heboh pasal seorang polis tu yang kena simbah dengan asid oleh isteri pertamanya sebab dia nak menikah sorang lagi. Kemudian seorang lelaki yang membakar dirinya setelah bergaduh dengan isteri keduanya. Dan yang terbaru seorang suami telah melanggar isteri pertama dan anaknyanya sehingga cedera apabila isteri pertamanya cuba untuk meninggalkannya. Alahai...apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Takut saya dibuatnya apabila menatap surat khabar sekarang. Yelah, saya pasti mereka semua itu tentu sebelum ini ketika baru-baru berkahwin tidak pernah menjangkan semua perkara2 tersebut berlaku kepada mereka..baik si suami atau si isteri. Saya yakin seperti juga pasangan-pasangan lain mereka juga meyimpan harapan agar rumah tangga mereka semua kekal bahagia disaat mereka diijabkabulkan.
Sememangnya, bukan senang untuk kita mengekalkan keharmonian sesebuah rumahtangga. kerjasama antara suami dan isteri adalah sangat penting. Hakikatnya memang tidak ada perkahwinan yang sempurna, tidak ada perkahwinan yang bebas dari sebarang sengketa. Adat kehidupanlah...ada masa naik, ada masa turun. Selama hampir 5 tahun saya melayari kehidupan berumahtangga saya akui kadang-kadang saya rasa seperti tidak berdaya dalam menghadapi cabaran hidup namun, berkat kesabaran dan do'a....saya akhirnya kembali bahagia. Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan sangat memahami saya. We're not just husband and wife but we are more than that. We're bestfriends. We can talk almost about anything and we know that neither one of us are perfect . That was the main key....we learn to accept each other's weaknesses and through that we complete each other.
I love my husband more than anything in the world....and I just can't imagine my life without him. We've been blessed with our two beautiful children.....

Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik