Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik

Sekolah my doters ni kalu ada apa2 berita or acara or apa2 lah kat skolah misti lah akan hantar surat kat ibu bapa.Kira nak inform kat parents la kan. Alah..biasa la..macam skolah2 lain la jugak kan. Cuma lately (actually since tahun lepas lagik) surat2 ni dah jarang2 datang. Kalu skolah cuti ker…..ada acara sukan ke kat skolah….skolah ganti ker…..ada latihan sukan ke….main pass2 kat budak jer. Orang kata kalu orang jemput kenduri tu…main jemput mulut jelah…tader kad2. Main announce kat assembley pastu suh budak2 bitau kat parents. Kalau masa perhimpunan tu budak2 bagi full attention and tak main2, insyaAllah la apa yg cikgu sampai kan tu hampir 90% la budak ingat and dengar…tp kalau time tu budak2 dok main….so…apa yg nak di sampaikan tu mistila tak sampai….tapi…kalu nak mintak bayaran or sumbangan duit…cepat je surat tu sampai…..hmm…….pelik sungguh.

Pastu ni pulak skolah rendah….budak2 yang masih dok melompat2 lagi, kalu cikgu bitau apa2 nanti bila balik umah berita tu dah jadik macam2 versi….nak2 kalu ada anak lebih sorang yg bajar kat situ….cth macam aku laa…Sophea cakap cikgu cakap gini…Angah plak kata dia dengar cikgu cakap gini….haaaa….tak ke haru jadi nyer?

Macam pernah terjadi la…Sophea balik kata esok tak sekolah….2 hari ….aku misti Tanya..surat tader ker? Surat tader. Mana la aku nak percaya……takkan la senang2 nak percaya kan….yer la..naper plak tiba2 cuti…cuti pasal apa…sebab apa…..so the next day I insisted Sophea to go to school jugak….alih2 tader org….hhahaha…..rupanya budak2 tahap 1 di beri cuti sebab budak2 Tahun 6 periksa UPSR……ish2…saborjelah…so agak2 salah sapa? Salah aku yang tak caya kat anak ker….salah skolah yang tak bagi surat rasmi?


Baru2 ni sampai lagi surat dari SK Pasir Putih ni… (ni pasir putih, keningau…ingat Klate je ke ada Pasir Putih? ) . Kali ni surat nak mintak dari ibu bapa untuk memberi sumbangan sebiji kerusi plastic berwarna hijau dan tebal yang berharga RM26 untuk kegunaan murid2 di sekolah tu. My first reaction was like….” Aik? Nak beli kusi skolah untuk budak2 pakai pon nak mintak ngan parents ker? “


ngalah kan rumah anak2 yatim ni nak mintak sumbangan



bila masa meeting PIBG pon aku tak tahu....surat tadak jugak!



Heran kan? Miskin sangat ke skolah tu sampai kusi student pon nak mintak ngan parents? Bukan ker segala mak nenek kusi..meja…almari…..papan putih…tu sumer kerajaan persekutuan memang ada peruntukan khas? Tu sumer bukan ker memang kemudahan asas yang patut and wajib kerajaan pusat sediakan? Takkan SK Pasir Putih tak dapat? Hai….kata Sekolah Impian…..takkan budget nak beli kusi pon tak cukop?

Nak kata SK Pasir Putih tu skolah swasta…bukan. Sekolah bantuan penuh kerajaan!….kalu skolah swasta tu logic gak ler nak mintak sumbangan dari parents.

Pelik kan? NI aku dok berfikir2 la ni ..nak bagi sumbangan ker tidak….parents ni bukan la berkira sangat kalu apa yg skolah mintak tu adalah munasabah…..tp ni sampai kusi student pon mintak ngan parents..saya rasa sangatla tidak munasabah. Munasarawak pon tidak. Kena plak parents yang orang kampong….susah…jenuh gak depa nak kuar duit beli kusi rege 26 hengget…26 hengget is too much to them.

What do you think? Nak bagi kusi tu ke…tak nak? Tak pom beli kusi rege 10 hengget jer ker…..hihihi.

Comments

Adrina Adi said…
hihi. lawak betul la u ni kak ja. tapi betul la apa u cakap. takkan la kerajaan malaysia ni miskin sgt sampai kerusi sekolah pun tak boleh nak provide?

ini macam kalu, rakyat bukan makin kaya. makin miskin boleh jadi.

if i were you, i ll go to the press. hah, over tak ahkak? hehe
iena hamdi said…
kak ed: wahh press gitu... nak wat cemana kan kakak kakak ku...

duit tu mesti dah dapat.. tp sure2 la kot masuk poket sesapa tuh.. tak kan la kusi pun nak minta tolong kan..
issshhhhh....mmg x patut mintak duit kat parents. Tak kan gomen x ada duit sampaikan kena mintak fm parents kan. Sure ada peruntukan nie.... PIBG tak bersore ker?..tak patutlah...kan

cuba bayangkan yg ada ramai anak then duit rm26 mmg nilai yg amat besar bagi family yg x mampu kan.

kalo mmg tak ada duit...why not buat hari kantin ker or what hari aper2lah...yg bulih menjana dana sek. kan.
Halen said…
ermmm klu nak ikutkan setiap skolah mmg dh dibagi peruntukan utk beli semua benda2 camni tp tu la heran jgk 1st time dgr minta ibu bapa yg belikan.

1st janna tanya la ur cik abe dia kan cikgu jgk mesti dia tahu.

2nd klu nak bagi ok je tp klu selalu diaorg duk minta beli itu ini perkara ni nak kena siasat jgk takut pihak skolah salah guna duit peruntukan tu.

3nd email ke tv3 hahaha.. suh karam sing walia dtg siasat :p
kakak,iena,riko and Alin:

haa..tu yg tak paham tu..kot yer pon byk peruntukan yg gomen tarik or kurangkan, takkan la sampai budget nak beli kusi skolah pon kena tarik? melampau la kan? gomen nak suh budak2 ni blajar sambil bersila kat lantai tu kot....mcm org zaman dulu2...

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!