Meh, cerita sikit....!


My Ayang at the top of Mount Kinabalu



Aku nak cerita sikit pasal tempat aku bermastautim sekarang ni - Keningau, Sabah. Well, first time datang sini masa tahun 2001, masa tu aku baru berapa bulan kawin, 2 bulan kot. Sebelum tu aku dah dapat sikit sebanyak maklumat pasal Keningau from my hubby la tempatnya begini, begitu so aku pon dok imagine la. Tapi yang pasti aku yakin Keningau ni tak la teruk sangat macam kawasan pedalaman yang lain. Dari Kota Kinabalu kitaorang ambik teksi. Teksi bukan macam teksi KL la, nak kena tunggu penuh dulu baru leh jalan. Satu kepala tambang nya RM20 so aku dua orang suami isteri RM40 lah dan perjalanana dari KK ke Keningau mengambil masa kira2 2 jam setengah. Elok jer naik teksi aku pun tengok la pemandangan sekeliling....cantik gak....pastu bila aku tengok jalannya yang bengkang bengkok macam ular kena palu, aku pun start risau la....dah la bengkang bengkok, nak kena panjat bukit pulak tu! Aku pun kuat kan semangat ....enjoy the view, enjoy the view......aku cuba mengalih perhatian. Tapi lama2, aku dah start rasa semacam jer seluruh badan aku, pemandangan yang cantik tadi langsung tak menarik perhatian aku...sabar, sabar, kata aku dalam hati. My Ayang cuba nak comfort la but aku tak nak....jangan kacau....at last.....uweeekkkkkkk! Habis keluar segala isi kat dalam perut. Masa tu perjalanan kitaorang belum pun suku perjalanan aku dah start muntah, hehehe. From one plastic bag to another aku terus tunduk jer....tak leh nak relax langsung. Adui...! Masa tu aku start fikir, kenapa la aku datang tempat macam ni, kenapa la aku sanggup tinggal kan hometown aku yang serba selesa tu untuk datang ke tempat yang macam ni? Masa tu memang dah tak tahan sangat dah. Kalau ikut kan hati nak ajer aku patah balik ke KK dan balik ke Semenanjung, tapi tu la....aku tak buat pon. Bila dah sampai Gunung Emas (it is a mountain and tinggi nya lebih dari 1000meter la) baru la aku lega sikit....mungkin juga sebab dah tak der benda lagi yang hendak dimuntahkan. Itu pun baru separuh jalan, ada kira2 sejam lebih lagi perjalanan menuruni gunung pulak. Lepas turun dari Gunung Emas tu aku dah tak sedar dah......zzzzzzzzzzzzzzzzz. Bila aku sedar aku nampak pintu gerbang besar dengan tulisan "Selamat Datang Ke Keningau"....I guess that greetings was for me. Bila dah sampai rumah sewa aku pun baring ajelah.....hehehe, biar Ayang aku jer yang tolong kemas beg2 semua. Masa tu aku dah tobat takkan ke KK lagi melainkan aku nak balik Semenanjung jer. Hehehe...tapi tak pon....a few months after that we actually went to KK. Aku mabuk lagi tak? The answer is..........Yes, aku muntah lagi.....huhuhuhuhuuuuuuuu!
Tapi sekarang aku dah okay. Dah tak mabuk lagi mungkin juga sebab dah biasa dan dah tahu jalannya macam mana.
Keningau ni sebuah bandar yang kecil la. Tapi kecil2 pon cukup lengkap dengan segala kemudahan la. Cuma mungkin dari segi hiburan tu kurang sikit la. Actually banyak hiburan kat sini....karaoke, disco, kelab2.....uish! Memang berlambak2 kat pekan Keningau ni....but of course those places are not for me. Maksud aku hiburan macam shopping la...hehehe. Supermarket tu ada la tapi kalu big mall macam Lot 10 or Mega Mall tu tak der la. Kat sini bukannya teruk sangat seperti yang orang sangkakan. Keningau ada jugak KFC! So kira not bad la kan?
Cumer kat sini makanan tak banyak pilihan la mungkin juga sebab Sabah ni tidak terkenal dengan makanan. So bab makan2 ni payah sikit. Kalau teringin nak makan tu memang kena masak sendiri la. Cume dekat Keningau ni ada satu restoran favourite semua orang la. Tu pun sebab tokey nya orang semenanjung.... so makanannya banyak yang kena dengan selera kita dan orang Sabah sendiri....diaorang pun tahu maner yang sedap kan...hehehe.
Keningau ni dulu pernah menggegarkan negara dengan nahas Ribut Greg a few years back, aku pun tak ingat bila,tapi yang aku ingat tengah malam Krismas la...so rasanya 26 Disember tahun baper aku tak ingat (Tsunami tu pun 26 Disember jugak! What a coincidence!).So aku pun berkesempatan la tengok kawasan yang teruk di landa ribut tu. Menurut cerita kawan2 aku kat sini, ribut tu datang tak ada tanda....tak hujan tak der angin, actually hujan juga....tapi rintik2 jer. Tiba2 jer katanya air Sungai Pampang melimpah2 laju....seolah menyapu bersih rumah2 pendatang haram yang dibina di sepanjang tepi sungai itu. Memang sapu bersih la katanya. Orang yang kat jalan tak boleh nak buat apa....hanya mampu melihat sahaja manusia menjerit meminta tolong sedangkan tubuh mereka telah hanyut di bawa arus deras. Selepas air surut, banyak mayat di temui di atas pokok, di dinding rumah....tersangkut kat mana2 la..malah ada juga mayat yang hanyut sampai ke Beaufort.
Masyarakat tempatan telah mencipta satu ayat dari perkataan PAMPANG (kejadian itu berlaku di Sungai Pampang) itu - Pendatang Asing Mati Percuma Akibat Nahas Greg.
oklah...nanti aku cerita lagi. Sebenarnya banyak cerita menarik sepanjang aku tinggal di sini. For the time being we haven't planned of going back to Semenanjung. Kita orang suka dok sini.

Comments

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak