Aduh....ngantuknya!

Alahai..ngantuknya aku hari ni. Nak tidur pun dah masuk waktu Asar. Actually, dah lama aku tak tidur siang sejak anak-anak pun tak tidur siang. Kalau dulu-dulu asal pukul 1.30ptg aku dah sibuk suruh anak-anak kemas mainan diaorang dan masuk bilik tidur. Terbongkang lah kita orang tiga beranak. Pukul 4 lebih kurang baru bangun lagi dan anak-anak pun dah start nak tengok rancangan Hi-5 kegemaran mereka. Macam mana budak2 tu nak tido siang, bangun pagi pun pukul 10.30...jadi kalau dipaksa tidur pun diaorang tak boleh lelap jugak. Jadi kalau aku ngantuk jugak terpaksa la aku tahankan aje mata ni...sampai berair-air. Adeh...! Bukan apa, kalu aku tido jugak....siap la dua beradik tu buat projek. Alahai..dua beradik tu ada-ada saja idea diaorang especially yang Si Adik - Laila. Hai....memang menguji kesabaran sungguh!
Ada satu hari ni, aku buat kek coklat untuk jiran sebelah. Dia mintak tolong buatkan 2 biji kek untuk anaknya. Siap sebiji aku pun letak la kat meja dan masuk ke dapur lagi untuk kukus sebiji lagi kek. Dalam aku dok letak kek yang pertama tu kat meja, aku dah siap warning dua beradik tu..."jangan kacau yer kek ni, ini kek Kak Farah punya....". Diaorang angguk je. Aku pun masuk ke dapur. Lama lah juga aku di dapur. Tak lama tu aku keluar nak jengok kek yang dah siap tadi....MasyaAllah! Apa dah jadi ni?!.....dah rabak separuh kek tu dikerjakan dua beradik tu! Nak makan katanya....aduh..bikin panas betul budak dua orang tu. Aku pun apa lagi, teruslah menganugerahkan "pingat jasa bakti" kat peha diaorang....melalak lah adik dan kakak tu. Kalau bukan sebab kek tu nak di beri orang rasanya aku tak lah marah sangat, tetapi memandangkan kek tu orang punya maka aku teramat lah hot. Geram sungguh! Bukan aku tak buat sebiji untuk diaorang.
Kemudian ada suatu hari tu (aku pun tak ingat bila) Si Laila mintak nak makan biskut Oreo, aku pun bagi lah. Memang kat rumah ni stock biskut untuk anak-anak mesti sentiasa ada. Aku pun sambung la buat kerja kat bilik sekali bila aku keluar nak jengok budak-budak aku tengok kat lantai dah bersepah dengan biskut hancur. Ya Allah....aku masih sabar lagi tu. Tapi bila aku pijak carpet aku rasa ada bonjol semacam jer ...terus aku selak carpet tu. Rupa-rupanya ada banyak lagi biskut hancur kat bawah carpet tu....diaorang sorok bawah carpet rupanya....bagus nya idea.....alahai...anak-anak....macam tu lah. Memang menguji kesabaran.
Kalu nak cerita pasal dua beradik tu memang tak habis-habis, tapi itulah permata hati aku dan suami. Bila diingat balik perangai diaorang rasa kelakar pulak.



Sophea Munira ialah anak aku yang pertama dan dilahirkan pada 18 Ogos 2001 di Hospital Kota Bharu, Kelate pada hari Sabtu. Masa nak bersalin kan dia punyer lah seksa . Mana taknya, aku start sakit perut pukul 2 pagi 18/8, pukul 7 mlm (hari yang sama) barulah Si Sophea tu nak kuar. Itu pun nak kena vaccum baru boleh keluar. Aku dah tak larat campur tak pandai nak teran so Dr. kata kena vaccum. Masa tu dah tak pikir dah vaccum ke , bedah ke, yang penting the baby had to come out! Banyak gak aku kena jahit....hehehe , 3jam beb kena jahit sahaja...(anak-anak dara yang belum kawin mesti takut ni nak beranak...hehehe).
Sekarang ni dah besar dah Sophea...dah pandai macam-macam dan sibuk nak gi sekolah dah. kalau nak buat apa-apa pun mesti nak buat sendiri..."kakak dah pandai..", katanya. Tidur pun dah tak tidur dengan aku...lagipun dia dah 4 tahun. Dia tidur dibilik dia sendiri tapi tiap kali nak tidur mesti letak minyak ubat kat perut dan belakang dulu...peluk cium semua. Dah besar anak mak rupanya ya...mak doa kan agar Kakak akan jadi anak yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. I love you Kakak......Mak sayang kakak ya!


Comments

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik