What goes around...will come around.

Entah la, apa nak tulis hari ni. Sebelum ni banyak idea nak tulis tapi tak berkesempatan nak tulis sekarang ni dah kekeringan idea pulak. Anyway, good news......Laila nak dapat adik! Hehehe...semalam la aku check ...positif. Aku ni period memang tetap jadi bila period dah lewat 3 hari aku dah boleh agak ni mesti dah pregnant ni. Lagi pun ni dah kali ketiga pregnant so kita boleh rasa sendiri la. Actually kita orang plan nak tambah ahli baru dalam next year tapi nak buat macam mana rezeki tu nak datang lebih awal, alhamdulilllah....tak per. Lagipon Laila dah besar gak, bulan 10 ni dah 3 tahun dah dia so kalau dapat adik tahun depan pun dia dah nak masuk 4 tahun dah. Jauh2 sangat pun tak elok gak...tapi aku tak gi klinik lagi, tengok la dalam next week ke baru gi klinik.

Minggu ni gak aku dapat macam2 cerita sensasi. Alahai tersangat la sensasi sampai boleh mencabar kesabaran. Apa2 hal aku sentiasa doakan semoga my friend - Ina, akan tabah mengahadapi segala dugaan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Baik kita tahu sekarang dari kita tahu besok2....kan? Ina kena ingat , sepandai2 tupai melompat akan jatuh ke tanah jua....what goes around will come around.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!