bila nak terbuka selera nie....?

Start dari semalam aku dah mula rasa semacam balik. 2,3 hari sebelum ni aku dah rasa okay dah, dah boleh makan dah, but dari semalam aku mula rasa loya2 balik..tengok apa benda pon aku tak selera nak makan, alahai......letih nya. Perut lapar tapi tak der selera, tension sungguh. Nak masuk dapur pun rasa semacam gak, belum lagi aku jenguk lauk kat dalam peti ais....adui! Ayang aku ada beli udang besar minggu lepas tapi aku tak masak2 pon lagi, entah jadi rasa pelik jer bila tengok lauk2 mentah tu. Adui...nak hilang kan rasa lapar aku cuma makan biskut and minum milo atau susu je...jadilah .Kalau macam ni gaya nya bukan makin gemuk aku ,makin kurus la jawabnya aku pregnant kali ni. Ntah2 baby boy kot? Sebenarnya aku tak kisah anak lelaki ker anak pompuan ker, janji baby aku ni nanti sihat dan sempurna. Tu je. Kalau ikut kan mulut orang sibuk suruh cari anak lelaki pulak...hai......yela, sebab sekarang ni aku dah ada dua orang anak perempuan...Sophea And Laila, but aku langsung tak kisah pun ! Dapat semua anak perempuan pun tak per. AKu fikir macam tu mungkin juga sebab adik beradik aku pun ramai perempuan...(9 perempuan and 1 je lelaki), so kalu dah di takdirkan aku dapat ramai anak pompuan atau semua perempuan pon aku tak kisah. Lagi pun kalu baby boy ni tak syok la nak beli baju....tak banyak fesyen...hehehe, asyik t-shirt, seluar,t-shirt,seluar. Kalu baby girl ni banyak sikit fesyen yang menarik......hehehe. Nampaknya kali ni aku dijangka bersalin bulan 5....bersalin di Keningau jugalah jawabnya. Tak per, nanti aku nak terbangkan my Ma and abah ke Keningau ni. Masa bersalin Laila dulu pun my Ma datang jugak. Dah lama dah Ma takdatang Keningau ni..and kali ni mungkin boleh la nak jalan2 pun sebab masa datang dulu tu bulan puasa..so nak jalan pun tak baper sonot la. Aku suka kalau yang jaga aku masa pantang tu Ma aku. Well, sapa2 pun tentulah nak emak sendiri yang jagakan....sebab kalau emak sendiri kita dah tahu cara dia macam mana. Kalau Ma aku yang jaga...sonot! Memang kena manja sungguh la...Ma yang mandikan baby...Ma yang sapukan minyak kat badan aku....tolong picit....stoking pun Ma yang tolong pakaikan....! Mesti la seronok kan? Rasa macam nak jadi kecik balik jer..hehehe. Bila dah kena tatang macam tu mula la aku rasa rindu sangat masa aku masih anak dara dulu tu. Masa tu kita macam dah tak sabar dah nak mulakan hidup sendiri...tapi bila dah ada keluarga sendiri....dah ada anak sendiri kita rindu pulak nak manja2 dengan emak kita. Rasa macam sekejap jer kita bermanja dengan mak kita. Rindu rasanya nak peluk Ma. Aku ni bukannya rapat sangat dengan Ma aku tu....tapi sesedap mana pun pelukan seorang suami, sedap lagi pelukan seorang ibu......I miss u Ma....! Peluk suami lain, peluk emak lain. Okaylah, tu jelah dulu. Nak semayang Isyak sebab kejap lagi nak kuar dah...nak gi cari barang2 sikit.


chow!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Dapur Janna : Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam

Fettucini Alfredo

Aileen Diyana, the lucky no. 6!