Kesian

My kids bagi tahu aku...tandas kat skolah rosak semua. Nak kencing pon payah. Aku tanya, rosak cemaner....pintu sumer rosak takboleh di tutup.

Hmm...kesian kat budak2 skolah SK Pasir Putih (Sekolah Impian). Daif nyer tandas pon rosak. Kata skolah impian. Imagine la....kat skolah tu ada 6 buah tandas, tp yang boleh diguna sebelum ni cuma 2 jer. Lagi empat hanya sebagai perhiasan. Sian budak2. Dah kalu budak2 terberak terkencing kat dalam kelas....satu hal la plak kan? Kesian plak kat cikgu cikgu.

Tak tahu la kat mana budak2 ni melepas kan hajat masing2. Kalu setakat air kecil..ok lagi la..buat nya nak buang air besar,cemaner yer?

Kesian kat SK Pasir Putih ni...tader peruntukan....jangan kata nak repair toilet....nak beli kusi student pon tak mampu. Kesiaaaan....kesiaaaann (tiru nada pembantu En.Jamil cerita Madu 3). Owh...ingat kan entry saya yang pasal pihak skolah mintak sumbangan kerusi untuk sekolah....well, saya tak bagi. Kedekut kah saya? Sahabat saya sorang ni ada dua orang anak belajar di SK Pasir Putih juga...macam saya la jugak. Jadi dia dengan baik hatinya telah membeli kerusi hijau yg tebal serta berharga 26 hengget itu utk setiap anak nya. Nasib baik anak dia dua je yg skolah..buat nya 5,6 orang? Pada hari dia menyerahkan kerusi tu pada pihak sekolah..pihak skolah kata...kiranya kerusi tu...anak dia yang punya lah. Maka dia pon tulis la nama anak2 dia pada kerusi masing2 dengan harapan kerusi takkan mudah tertukar...or kalau orang ambil pon kerusi akan dapat mudah dikesan.

And guess what happen? Kerusi itu sudah hilang, langsung tak dapat dikesan. Kesian kan? Berbaloi ke awak semua rasa? Bukan kah lebih bagus, kalau peruntukan yang 3 juta yang nak wat SJK (C) kat Bukit Beruntung tu...diperuntukkan sikit untuk sekolah2 macam SK Pasir Puteh ni....tak payah bagi sampai berjuta2...bagi 100k pon cukup dah rasanya...wat perbetul toilet yg 6 buah tu..pastu wat beli kerusi plastik berwarna hijau dan tebal yang berharga RM26 sebanyak 350biji. Tu pon berpuluh ribu ringgit lagi ada lebih.

Comments

Adrina Adi said…
kak ja mmg layak jadi ketua PIBG. hehe..

tapi come on lah.. tak fikir ker macam mana budak2 tu nak membuang ke apa. kalau kita boleh gak tahan2. tp budak2.. macam mana lah kan?

isk.. shame on u govern*ment!
iena hamdi said…
sokong kak ed.. eheh kena jadi pengetua PIBG nih,..

tp betul la... tak kan la tak dak peruntukkan langsung?

err sekolah 3 juta? apa yg canggih sangat tuh... adoiii

kalau ada pun sure ke budak nanti pandai... ermmm apa apa ajer la kan
Effah Mahat said…
sis... derang ni protocol la konon.. tp.. tu lahhhh........... menteri datang baru kelam kabut...

Popular posts from this blog

Mangga Wani ?

mmm...?

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mak