Belasungkawa : Almarhum Mohamad Jainuddin bin Moklas ( Part 1)

Last 4th June saya telah mendapat berita bahawa pakcik sepupu kepada suami saya yang kami panggil Din telah diserang angin ahmar. Saya ketika itu berada di rumah manakala suami telah pergi keluar memancing bersama sahabat2 nya.

By the time saya mendapat berita itu saya terus segera menelefon isteri nya, Fiza untuk mendapat kepastian. Upon hearing my voice Fiza burst into tears. Saya dapat rasakan betapa dia berasa tidak tentu arah, tidak tahu apa yang nak difikirkan or more like bermacam macam perkara yang memenuhi fikirannya. Saya rasa macam nak terbang ke KK ketika itu juga namun saya ada beberapa kek yang perlu disiapkan.

I tried to call my husband to break the news but to no avail, all my attempt failed. He was probably somewhere in the middle of the South China Sea and couldn't be reached.

At first I wanted to go to KK by myself but then I changed my mind. I decided to wait for my husband and to go together with him. 

Early in the morning we drove straight to /Queen Elizabeth II Hospital in Luyang. Saya rasa macam suami saya bawak kereta laju gila, Sampai je di KK saya terus call Fiza . Dia pon turun ke lobby untuk menyambut kami. Once she saw us dia terus nangis . I hugged her hard. Apa yang saya ingat dia dok sebut " ...macam mana lepas ni Janna...? Apa fiza nak buat lepas ni Janna..." Saya konon nak jadi kuat tak mahu menangis tapi bila dengar dia cakap macam tu air mata memang tak boleh ditahan tahan. Terbayang bayang wajah Din, wajah anak2 mereka yang masih kecil kecil. Allahu. Sakitnya dada saya. 

I was the one who went to the ward first with Fiza while my husband waited downstairs at the lobby. Disebabkan pandemik Covid 19 ni pihak hospital memang tidak membenarkan pelawat untuk melawat  pesakit, but in our case kami di benarkan masuk tapi tak boleh ramai2, Bila masuk je dalam bilik and nampak Din terbaring tak sedar dengan wayar di mulut kena intubate, di hidung, mulut berplaster, matanya pejam seolah olah sedang tidur.Pastu bunyi pulak beep, beep alat bantuan pernafasan tu. Tangan saya terketar ketar nak pegang tepi katil. Sungguh rasa macam tak percaya. 

I did spend some time there, sempat bacakan Yaseen untuk dia. Lepas tu saya turun. Bagi peluang orang lain pula. Bila sampai bawah dah ramai dah kawan2 dia yang sampai nak melawat. Semua pon nak tengok. Bergilir gilir diaorang naik. 

Masa tu doktor memang cakap pendarahan pada medula oblongata dah 90%, doktor pon tak boleh buat apa. Doktor pon cakap kalau ada ahli keluarga yang nak tengok boleh la datang. Even anak2 dia yang kecil kecil tu doktor bagi naik wad untuk tengok ayah mereka. Kalau doktor dah cakap macam tu maka kita pon dah faham sendiri. 

We stayed in the hospital sampai jam 10 malam. Sungguh pon hati ni berat nak balik tapi kami terpaksa balik juga sebab saya ada oder kek esoknya. Saya dah setuju dengan tempahan kek tu beberapa hari sebelum ni lagi. Jadi saya tak dapat nak cancelkan order.


Jun 6, 2020 ( Sabtu)
Hari ni selepas selesaikan order kek dan urusan di rumah kami pon segera ke KK. namun di dalam perjalanan kami mendapat berita bahawa Din sudah pon pergi buat selama lamanya. Allahu...lebih kurang pada jam 2.12 petang.

Sesampai di hospital kami segera naik ke atas namun bila kami sampai di bilik pak guard bagitahu jenazah sudah pon bawa turun ke bawah ke unit forensik. Berlari la pulak kami turun ke bawah. Sampai di bawah terus saya ternampak Fiza, I rushed to get her and terus dia peluk saya, She looked lost dan pandangan mata dia kelihatan kosong je. Dia kata kenapa dia tak boleh nak nangis? Betul ke dia ni? Allahu...saya memang tak tahu nak cakap apa and I just let her bercakap je, 

Kemudian kami terus ke Masjid Jamek Kg Likas , tidak berapa jauh dari hospital untuk menguruskan jenazah. Anak2 arwah seramai 7 orang semua ada. Nana, Chacha dan Afifah yang besar besar tu dah faham dengan keadaan tu. Yang kecil kecil 4 orang di bawah tu je yang belom faham lagi. Balik2 dok tanya bila nak jumpa ayah...macam mana dengan barang2 ayah...macam mana nak balik Kaingaran. Aduhhh. Sungguh saya tak kuat nak dengar semua tu. 

Namun, Allah Maha Besar. Allah tunjukkan kepada kami semua yang masih hidup ni betapa mudah nya urusan jenazah arwah, betapa lancar dan cepat  sekali urusannya. Sekejap je selesai memandikan dan mengafankan. Yang solatkan jenazah pon ramai kawan2 arwah yang datang jauh dari Ranau. Jam 2.12 petang doktor declare kematian, jam 6 petang sudah selesai kebumi. Allahu...memang cepat betul. Alhamdulillah....memang rasa syukur sangat2. Kita yang melihat ni memang rasa macam memang Allah permudahkan semuanya,  dan insyaAllah arwah pergi dalam keadaan husnul khotimah. insyaAllah. 




to be continued... 

Comments

Pak Man said…
Semoga roh allahyarham di tempatkan bersama-sama dengan para solihin......aminn.

Popular posts from this blog

mmm...?

Mangga Wani ?

Per: Memohon Sumbangan Kerusi Plastik